Mari baca

Februari 26, 2015

Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu

downloadNaskah ini ialah Prosiding Persidangan Penterjemah Antarabangsa ke-11. Ia menghimpunkan lebih 60 kertas kerja yang sebahagian besarnya di dalam bahasa Melayu.

Ada beberapa kertas kerja yang amat menarik untuk dibaca dan beberapa sarjana yang amat saya minati menyumbang tulisan di dalamnya. Antaranya termasuk guru kami Prof Emiretus Dr. Abdullah Hasan, Pn. Ainon Mohd, SN Prof. Muhamma Hj Salleh dan beberapa lagi.

Ada banyak juga tajuk-tajuk yang menarik dikupas antaranya penterjemahan Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai dan banyak lagi.

Berbaloi memiliki naskah ini dengan hanya RM15.00 di Kedai Buku 1 Malaysia. Selamat membaca

November 6, 2013

Para Ulama Membeli Kitab

Filed under: Kedai buku,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 4:15 pm

Para Ulama Membeli Kitab

Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah dalam rakaman kajian Baiti Jannati menceritakan,

Bahawa suatu ketika beliau bertemu dengan Syaikh Salim Eid Al-Hilali dan Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman hafidzahumullah. Dua syaikh ini merupakan antara empat ulama’ dan anak murid paling kanan Imam Muhaddith Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah.

Ketika itu Syaikh Masyhur dan Syaikh Salim baharu sahaja membeli kitab sejumlah 40 juta rupiah. Nilai ini bersamaan 40 set terjemahan Tafsir Ibn Kathir terbitan Pustaka Imam Syafie.

Di Malaysia harga set Tafsir Ibn Kathir dalam lingkungan RM500-700. Maknanya kedua ulama’ ini membelanjakan sebanyak RM20,000 untuk membeli kitab dalam satu masa.

Senilai downpayment sebuah rumah apartmen kos sederhana!

Maka tidak hairan ada ulama’ mengingatkan agar ‘jual rumahmu dan beli kitab!’ Dan mereka benar-benar melaksanakannya.

#SyaikhMasyhurHasanSaman #SyaikhSalimEidElHilali #ulama #ulatbulu#kutubuku

Oktober 29, 2013

Baucar Buku 1Malaysia

Filed under: Bisnes & Kewangan,Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 4:19 pm

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

Baucar Buku 1Malaysia

131. Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya perlu ditingkatkan. Jadikanlah buku teman setia, penyuluh di kala gelap, penyegar minda sepanjang hayat. 

132. Sukacita saya umumkan Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak 250 ringgit kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian. Langkah ini dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak 325 juta ringgit.

#BAJET

Julai 13, 2013

Kedai Buku: Bushra Perak

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 7:33 am
Tags: , , ,

1000701_10200938519917866_1162013934_n

Harga Menuntut Ilmu

Al Qur’an merakamkan kisah Nabi Musa Alaihisalam mencari Khidr untuk menuntut ilmu. Firman Allah maksudnya,

“Dan ketika Musa berkata kepada muridnya: ‘Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan, atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun.” (surah al-Kahfi, ayat 60)

Demikian juga antutias para sahabat Nabi untuk mendengar al Qur’an dan hadith.

Imam Ahmad menukilkan di dalam kitab Musnadnya, Dari Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil, dia berkata bahwasanya dia mendengar Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhu bercerita: “Telah sampai kepadaku sebuah hadits dari seseorang yang langsung mendengarnya dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Lalu aku membeli sebuah unta, kemudian kupersiapkan bekalku, lalu aku berangkat pergi untuk menemuinya selama satu bulan perjalanan hingga sampailah aku ke negeri Syam. Ternyata orang tersebut adalah Abdullah bin Unais.

Untuk catatan jarak antara Madinah dan Syam kira-kira 1000 km.

Itu belum lagi segugus kisah para ulama’  berkelana dari satu kota ke satu kota mengunjungi guru mereka untuk belajar hadith.

Ilmu tidak pernah murah, dan untuk mendapatkannya harus ada usaha dan pengorbanan.

Syukur kepada Allah Alhamdulillah dan terima kasih kepada pengusaha Bushra Perak atas kesudian membuka cawangan pustaka mereka di Ipoh. Maka tidak lah perlu kita berletih-letih berjalan kaki sampai haus selipar seperti Nabi Musa atau menaiki kuda selama satu bulan untuk mendengar satu hadith.

Kalau sebelum ini saya terpaksa ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kitab yang saya mahukan. 2 jam juga perjalanan menaiki bas.

Bushra Perak

Perniagaan Bushra menawarkan buku-buku agama pelbagai judul dan variasi dari tulisan ulama’  klasik dan ilmuan mutakhir.

Saya belum sempat jengah Busha di Ipoh, namun sudah pernah ke cawangan utama di Klang. Antara judul yang ditawarkan termasuk:

1. Terjemahan Tafsir Ibnu Kathir

2. Terjemahan Fathul Bari Syarah Sahih al Bukhari

3. Terjemahan Tafsir Adhwa’ul Bayan Syaikh Amin Syinqiti

dan variasi buku-buku panduan asas agama Islam.

Luangkan masa untuk singgah ke sana dan berkenalan dengan pengurusnya Tuan Ahmad Humaizi yang budiman lagi baik hati.

Bushra Perak

No. 13, Jalan Kamaruddin Isa,

TamanFairPark,

31400 Ipoh Perak.

Pengurus Ahmad Humaizi: 013-471 9722

 

https://www.facebook.com/BushraPerak

Januari 25, 2013

Kedai buku agama di Melaka

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , ,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kedai buku agama di Melaka

IMG_2564

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMG_2562

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMG_2563

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMG_2567

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMG_2565

 

Januari 24, 2013

Kedai buku House of Islam, Sandakan

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 12:45 pm
Tags: , , ,

Kedai buku House of Islam cawangan Sandakan. Ada satu lagi cawangan di Kota Kinabalu.

Saya suka kedai ini;

  • kerana bukunya banyak.
  • buku disusun ikut kategori, senang hendak cari buku.
  • pembantu kedai ini mahir selok-belok dan sedikit berpengetahuan tentang buku.

Gambar

Gambar

Gambar

Gambar

Gambar

Yang saya tidak suka pula ialah;

  • judul buku dari Indonesia sangat terhad.
  • buku-buku bermanhaj salaf juga terhad.
  • buku penerbit Pts juga macam kurang sangat/ atau langsung tiada!

Alamat The House of Islam di Kota Kinabalu:

Borneo Islamic Media Sdn. Bhd.

Lot 05, Ground Floor, Wisma Yakin,

Jalan Datuk Salleh Sulong,

88000 Kota Kinabalu, Sabah

Oktober 21, 2012

60 Dinar untuk membeli buku!

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 12:52 pm
Tags: , ,

Menghabiskan Puluhan Dinar Untuk Sebuah kitab

Imam asy-Syafi’i rahimahullah mengatakan,

“Untuk memiliki kitab Muhammad B. al-Hasan rahimahullah, aku menghabiskan wang sebanyak 60 dinar. Kemudian aku mempelajarinya lalu aku tuliskan sebuah hadis bagi setiap permasalahan. Maksudnya adalah bertujuan melakukan bantahan (atau koreksi dengan mengemukakan dalil).”

 

(Aadaab asy-Syafi’i, m/s. 33-34. Dr. Muhammad al-‘Aql, Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbaat al-‘Aqiidah, m/s. 34 – Maktabah Adhwa as-Salaf) 

Terima kasih kepada sahabat dan juga saudagar kitab Tn. Abu Numair Nawawi Subandi atas perkongsia kisah menarik di atas.

Secebis kisah kesungguhan dan antutias para ulama’ dalam mencari ilmu pengetahuan.

Ilmu itu sesuatu yang berharga dan sangat mahal. Ia perlu dibayar bukan harga wang kertas, bahkang seringkali ilmu itu diperoleh dengan mengalirnya darah, nanah dan airmata.

Sebelum adanya teknologi percetakan, ilmu pengetahuan dipindahkan dari satu generasi kesatu generasi melalui lisan dan catatan tulisan tangan. Hal yang sama berlaku pada tradisi keilmuan Islam. Ayat-ayat al-Qur’an, selain dihafal ia juga dicatat oleh sebilangan sahabat. Antara yang terkenal sebagai pencatat wahyu ialah sahabat Nabi bernama Muawiyah bin Abu Suffyan dan Zaid bin Thabit.

Manakala penulisan hadis bermula sedikit lewat berbanding penulisan al-Qur’an, lantaran adanya tegahan dari Nabi pada awalnya. Antara sahabat yang dikenali mencatat hadis ialah Amr al-Asr. Seorang sahabat Nabi yang lain yang banyak meriwayatkan hadis ialah Abu Hurairah. Namun atas kesungguhan dan dan doa dari Nabi, beliau dikurniakan oleh Allah ingatan yang menakjubkan.

 

Demikian juga dalam tradisi Melayu. Kebanyakan ilmu pengetahuan diwarisi melalui lisan. Hanya sedikit sahaja yang dicatat. Justeru tidak hairan walaupun tiada buku yang menuliskan ilmu mahupun rumus membuat kapal, industri membuat kapal di Kuala Terengganu tetap unggul sejak ratusan tahun sehingga hari ini. Sedangkan ilmu senibinanya sangat kompleks dan kritikan membabitkan nyawa dan keselamatan ketika tengah lautan.

Justeru nilai sebuah pengetahuan dan ilmu pada waktu terdahulu sangat berharga.

Sedangkan pada hari ini, pada zaman yang dikatakan canggih dan berteknologi tinggi; sepatutnya ilmu lebih dihargai. Namun sebaliknya yang berlaku. Sekadar renungan dan koreksi kepada diri saya sendiri juga, berapakah wang yang sedia kita peruntukkan untuk menuntut ilmu dan membeli buku? Kalau Imam Syafii 60 dinar (1 dinar = RM 600) untuk seorang guru sahaja. Diriwayatkan beliau berguru dengan ratusan orang ulama’.

Ogos 8, 2012

Kedai buku di Kota Kinabalu

Filed under: Kedai buku,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 10:10 am
Tags: , , , , , ,

Selain jumlah institus pengajian tinggi dan sekolah, kedai buku juga memberi sedikit klu atau gambaran aras intelektual masyarakat di sesebuah tempat.

Persepsi saya terhadap Sabah khususnya Kota Kinabalu beralih hampir 180 darjah mengenai hal ini. Sebuah kota yang tidak begitu masyhur di dalam negara sebenarnya sangat diminati untuk dikunjungi pelancong dari luar negara. Benar kata orang, ‘grass always greener ther other side“.

Lupakan rumput, kambing New Zealand dan lembu. Kembali kepada topik buku.

Di Kota Kinabalu ada banyak kedai buku. Yang besar-besar seperti Times di Plaza Warisan, Popular di Centre Square. Times menawarkan bacaan bahasa Inggeris yang variasi dengan majalah dan koleksi buku bacaan kelas antarabangsa.

Manakala Popular pula menawarkan buku bacaan tempatan yang subhanallah banyak judulnya. Bahkan koleksi buku Melayu di Popular Kota Kinabalu menandingi kebanyakan cawangan popular di Semenanjung. Bahkan Johor Bahru yang beberapa tahun dahulu jualannya paling baik di Malaysia tidak memiliki judul bahasa Melayu sebanyak di KK.

Kedai-kedai buku indie juga tidak kalah banyak. Kebanyakannya menawarkan buku-buku agama. Tentunya bisnes ini milik mamak, siapa lagi.

Antaranya termasuk Iqra’ Islamic Centre di Wawasan Plaza, Neezadee berdepan Centre Point, Islamic House dan paling besar ialah dua buku kedai buku agama di Wisma Muis.

Insya Allah kami akan rebiu sedikit detil datu demi satu nanti.

 

Disember 8, 2011

Harga Buku Terjemahan di Vietnam

Filed under: Bisnes & Kewangan,Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 4:17 pm

Ketika berada di negara yang sedang berkembang pesat, Vietnam, saya sempat meninjau harga buku-buku terjemahan di Vietnam. Ia bertujuan sebagai perbandingan dengan negara kita Malaysia dan beberapa negara lain. Untuk catatan : kadar tukaran matawang VND berbanding RM yang saya dapat ialah RM 1 : 6600 VND.

Harga : 58 000 Vietnam Dong (RM 10.00)

Harga : 58 000 Vietnam Dong (RM 10.00)

Harga : 84 000 VND (13.00)

Harga : 84 000 VND (13.00)

Harga : 92 000 VND (14.00)

Harga : 92 000 VND (14.00)

Harga : 100 000 VND (RM15.00)

Harga : 100 000 VND (RM15.00)

Harga : 149 000 VND (RM22.50)

Harga : 149 000 VND (RM22.50)

Mei 15, 2011

Kedai Buku : Jendela Ilmu Enterprise

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 10:03 am

Ini baru kedai buku.

Tidak keterlaluan jika kelaskan Jendela Ilmu sebagai kedai buku ‘hardcore’. Di dalamnya tidaj menjual benda lain selain buku sahaja. Kebanyaka buku yang dipamerkan atas rak ialah buku agama dan buku bahasa Arab.

Buku-buku di sini di susun mengikut genre ada rak akidah, rak fikih, rak wanita, rak sejarah dan beberapa kategori lagi. Ia sangat memudahkan pembeli untuk memilih. Adapun saya menilik kesemua rak.

Begitu juga ada rak khas untuk penulis yang banyak judulnya seperti rak Ustaz Abdullah al-Qari Haji Salleh, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dan juga rak Dr Yusuf al-Qaradhawi.

Saya suka kedai buku yang lama beroperasi. Salah satu sebabnya ialah koleksi buku-bukunya lebih banyak dan ‘lebih matang’. Jika ada rezeki, kita akan dapat berjumpa dengan buku-buku cetakan lama yang sukar ditemui di kedai-kedai buku komersial dan kontemporari.

Antara buku-buku unik yang saya temui dan beli di sini termasuklah :

1. Akidah Muslim : Syaikh Abu Bakar al-Jazairi, Pustaka Aman Press (1986)
2. Akhlak Muslim : Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, Pustaka Aman Press (1985)
3. Terjemahan Ushul Sunnah : Imam Ahmad bin Hanbal, Penerbit al-Mubarak (2000)
4. Mengenal Syurga Dalam Serba Keanehan dan Keabadiannya : kompilasi oleh Abdullah al-Qari Hj Salleh, Pustaka ASA (1985)
5. Calon-Calon Ahli Syurga dan Ahli Neraka : M. Ali Chasan Umar, al-Haramain (1981)

Manakala antara buku-buku berjilid besar karangan ulama’ klasik yang dijual disini termasuk :

1. Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, lebih dari 20 jilid.
2. Siyar a’lam an-Nubala’ oleh Imam Adz-Dzahabi
3. Syarhu Sunnah oleh Imam al-Baghawi
4. Kitab-kitab hadis yang enam

Setiap pembelian layak menerima diskaun 10 %.

No.16, Tingkat 2, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu.

Laman Berikutnya »