Mari baca

April 2, 2014

Benarkah Imam Ahmad bin Hanbal mengarang kitab Ar-Rad ala al-Jahmiyah wa al-Zanadiqah (Bantahan terhadap Jahmiyah dan para Zindiq)?

Filed under: Akidah & Manhaj,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Benarkah Imam Ahmad bin Hanbal mengarang kitab Ar-Rad ala al-Jahmiyah wa al-Zanadiqah (Bantahan terhadap Jahmiyah dan para Zindiq)?

Syaikh Abdul Aziz As-Sadhan (anak murid Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah) menulis:

Buku ini dicetak lengkap dengan tahqiq, ta’liq serta muqaddimah dalam ilmu kalam dan mazhab-mazhab penghancur ilmu kalam oleh Dr. Abdurrahman Umairah. Dia menyebutkan dalam mukaddimah, bahawa sebahagian ulama’ ragu tentang penisbatan kitab ini kepada Imam Ahmad bib Hanbal. Hujjah mereka ialah perkataan Abdullah bin Ahmad kepada ayahnya, “Mengapa kamu tidak mengarang buku, padahal kamu menyusun al-Musnad?” Maka dijawab, “Aku menyusun buku ini agar ia menjadi petunjuk (dalil) apabila orang-orang berselisih dalam sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam maka ia akan merujuk kepadanya.”

Oleh kerana itu mereka berkata, “Bahawa Imam Ahmad tidak menulis buku kecuali al-Musnad.”

Yang benar bahawa Imam Ahmad menulis buku selain al-Musnad dan orang-orang menggunakannya dan ditetapkan penisbatan buku itu kepadanya dengan dalil yang pasti. Adapun buku ‘Rad Ala Jahmiyah…’ maka Abu Bakar al-Khilal berkata tentangnya, “aku menulis dari tulisan Abdullah dan Abdullah menulisnya dari tulisan ayahnya.”

Al-Qadhi Abu Ya’la berhujjah dengan beberapa kutipan dalam bukunya ‘Ibtal at-Takwil’ dan dia menyebutkan dalam buku ‘Manhaj al-Ahmad fi Tarajim Ashab al-Imam Ahmad’ dan Ibn Qayyim menyebutkannya dalam buku ‘Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyah’ dan dia menetapkan penisbatannya.

Faedah dari “Kitabun, Akhbarun, Rijalun, Ahadith Tahtal Mijhar” oleh Syaikh Abdul Aziz As-Sadhan. Terj oleh Ibnu Ali. Pustaka as-Sunnah 2005.

#ImamAhmad #RebiuBuku #Buku #Kitab #AhmadbinHanbal#Jahmiyah #Radd #Rudud

April 1, 2014

Buku Tentang Buku

Filed under: Senarai Bacaan,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Buku Tentang Buku

10009773_697684913607612_1143331363_nSyaikh Bakr bin Abu Zaid rahimahullah mengarang sebuah kitab berjudul, “Mu’jam al-Muallafat al-Manhulah wa ma Waqa’a fi Ismihi aw Nasabuhu Dharbun min al-Wahn wa al-Ghalth.” (Kumpulan tentang karya tulis yang diciplak dan apa yang di alami penulis sebenarnya dan sebab terjadi kerancuan dan kesalahan.)

Kitab ini antara rujukan dan sandaran kepada Syaikh Abdul Aziz Sadhan hafidzahullah ketika menulis rebiu atau catatan terhadap 43 buah kitab yang kontroversi dalam Kutubub, Akhbarun, Rijalun, Ahadith Tahtal Mijhar. Ia diterjemah dengan judul Sorotan Total Ulama’ Salaf.

Syaikh Bakar bin Abu Zaid rahimahullah sebelum ini merupakan anggota Lajnah Daimah Lil Buhuth wal Ifta. Syaikh diberi jolokan Ibn Qayyim kecil.

Namun amat disayangkan sekali, amat sedikit buku atau karya beliau yang sampai ke alam terjemahan Melayu. Dan nama beliau agak asing berbanding masyaikh yang lain.

Manakala Syaikh Abdul Aziz bin Sadhan pula merupakan salah seorang anak murid senior Syaikh Ibn Baz rahimahullah. Bahkan Syaikh as-Sadhan menulis biografi khusus untuk gurunya.

Demikian besar dan prihatin para ulama’ terhadap ilmu dan kitab.

#buku #kitab #UlatBuku #KutuBuku #Biblioholic #EncikBaca#Ulama #Salaf #ManhajSalaf #UlasanBuku #RebiuBuku #Resens

Mac 19, 2014

3 Kitab Akidah Terbaik: Syaikh Hammad Al-Ansari

Filed under: Akidah & Manhaj,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , ,

Syaikh Al-Allamah Hammad Al-Ansari rahimahullah mencadangkan beberapa judul buku yang bagus untuk dibaca kepada para pemuda penuntut ilmu. Ia dipetik dari rakaman mp3 yang syaikh sampaikan berkaitan kepentingan membaca buku-buku yang bermanfaat.

Judul tersebut ialah:

1. Kitab As-Sunnah: Imam Ahmad bin Hanbal

2. Kitab As-Sunnah: Abdullah bin Ahmad bin Hanbal

3. Kitab Tauheed: Imam Ibnu Khuzaimah

Rahimahumullah

Sumber: http://aloloomenglish.net/vb/showthread.php?548-The-books-that-Al-Allamah-Hammad-al-Ansaree-suggested-for-the-youth

 

Mac 18, 2014

Manhaj Salaf, Sebuah Buku dan Seorang Petani

Filed under: Akidah & Manhaj,Dakwah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Menemui Manhaj Salaf dari Seorang Petani

Abdul Awal bin Hamad al-Ansari menceritakan dari ayahnya,

“Suatu hari aku menemui Syaikh Hamid Faqeeh dan berkata kepadanya: Berpegang kepada manhaj salaf amat jarang ditemui di Mesir, dan engkau pula berpegang kepada manhaj salaf! Bagaimana engkau menemui manhaj salaf?

Dia bercerita: Aku graduasi dari Universiti Kaherah atau Azhar. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, aku melewati sebuah ladang dan melintasi seorang lelaki tua sedang duduk di situ. Lalu aku memberi salam kepadanya. Ketika itu aku sedang memegang sijil kelulusan universiti, lalu lelaki itu bertanya: Apa yang yang engkau pegang itu? Aku menjawab: Ini ialah sijil graduasi.

Di sebelah lelaki tua itu ialah Kitab Tauhid dengan penjelasan Fathul Majid. Lelaki tua itu bangun seketika dan pergi menguruskan beberapa perkara. Aku membelek-belek buku tersebut dan kemudian lelaki tua itu datang semula. Aku bertanya kepada lelaki itu tentang buku tersebut lalu aku nyatakan kekaguman aku terhadap buku tersebut. Maka lelaki itu pun mula menjelaskan ‘akidah salaf’ kepadaku.

Dia berkata: “Wahai anakku! Sekarang terserah kepada kamu untuk menyebarkan dakwah tauhid dan akidah salaf, kerana sesungguhnya kamu tidak mempelajari hal ini dari universiti yang kamu pelajari sebelum ini.”

Maka sejak detik itu, aku mula terpanggil kepada akidah salaf.

Dipetik dari ‘‘al-Majmoo’ Fee Tarjama al-Allama al-Muhaddith ash-Shaykh Hamad bin Muhammad al-Ansaari -Rahimullaah- wa Seeratahi wa Aqwaalihi wa Rihlatihi’ oleh Abdul Awal bin Hammad al-Ansari.

Sumber: http://followingthesunnah.wordpress.com/2012/09/13/a-brief-biography-of-shaykh-allaama-al-muhaddith-hamad-al-ansaari/

#ManhajSalaf #Tauhid #AhliHadith #HammadAnsari #Hidayah

Mac 17, 2014

Nasihat Yang Membekas Dalam Jiwa Syaikh Hammad Al-Ansari

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Nasihat Yang Membekas Dalam Jiwa Syaikh Hammad Al-Ansari

Abdul Awal bin Hamad al-Ansari menceritakan peri ayahnya Syaikh Hammad Al-Ansari rahimahullah,

“Ketika ayahku menemui Syaikh Abdullah al-Mahmood di Nigeria, dia belajar banyak perkara dan mengambil nasihat dari syaikh. Antara yang paling penting ialah apabila Syaikh Abdullah berkata: Wahai anakku! Apabila engkau tiba di tanah haram, maka berpeganglah kepada buku-buku tulisan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim. Dan sampaikan akidah generasi salaf dan tebarkan buku-buku mereka. Ia bergantung kepadamu untuk mengajarkan kepada masyarakat; akidah dan pengetahuan.”

Sambung Abdul Awal bin Hamad al-Ansari, Aku mendengar ayahku berkata: “Aku amat terkesan dengan nasihatnya. Aku menerima dan sematkan ke dalam hatiku, dan kemudian aku membuat keputusan untuk melaksanakan nasihat itu.”

Dipetik dari ‘‘al-Majmoo’ Fee Tarjama al-Allama al-Muhaddith ash-Shaykh Hamad bin Muhammad al-Ansaari -Rahimullaah- wa Seeratahi wa Aqwaalihi wa Rihlatihi’ oleh Abdul Awal bin Hammad al-Ansari.

Sumber: http://followingthesunnah.wordpress.com/2012/09/13/a-brief-biography-of-shaykh-allaama-al-muhaddith-hamad-al-ansaari/

#IbnTaimiyah #IbnQayyim #Kitab #Buku #UlatBuku #KutuBuku #HammadAnsari #AhliHadith

Mac 14, 2014

114 Rak Yang Penuh Buku

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 6:22 am

I Juta Dirham dan 1 Juta Hadith 

Ayahnya mewariskan 1 juta dirham kepadanya. Berbekalkan 1 juta dirham itu, akhirnya dengan izin Allah dia menulis 1 juta hadith dengan tangannya. 

Yahya bin Ma’in (233 H) guru kepada Imam Al-Bukhari ini mendapatkan warisan dari ayahnya sebanyak 1 juta dirham dan 50 ribu dinar. Semua itu dihabiskan Yahya untuk mencari hadith, sehingga sandalpun ia tidak memilikinya. Dari harta itu, Yahya memiliki 114 rak yang penuh buku (lihat, Tahdzib At Tahdzib, Al Atsqalani, 11/282). 

(1 juta dirham bersamaan Rm15 juta. 50 ribu dinar bersamaan RM30 juta) 

sumber: http://gizanherbal.wordpress.com/2011/06/13/%E2%80%9Cayahku-seorang-ulama%E2%80%9D-cara-ulama-mendidik-anaknya/ 

Baca lagi biografi Imam Yahya bin Main: http://yufidia.com/yahya-bin-main 

Dan ada lagi kisah seorang ulama hadith yang ayahnya memberi 100 ribu dinar dan berkata, “Telah aku berikan wang sebanyak 100 ribu dinar, dan aku tidak mahu melihat wajahmu, kecuali setelah kamu mendapatkan 100 ribuhadith!”  

November 6, 2013

Para Ulama Membeli Kitab

Filed under: Kedai buku,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 4:15 pm

Para Ulama Membeli Kitab

Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah dalam rakaman kajian Baiti Jannati menceritakan,

Bahawa suatu ketika beliau bertemu dengan Syaikh Salim Eid Al-Hilali dan Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman hafidzahumullah. Dua syaikh ini merupakan antara empat ulama’ dan anak murid paling kanan Imam Muhaddith Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah.

Ketika itu Syaikh Masyhur dan Syaikh Salim baharu sahaja membeli kitab sejumlah 40 juta rupiah. Nilai ini bersamaan 40 set terjemahan Tafsir Ibn Kathir terbitan Pustaka Imam Syafie.

Di Malaysia harga set Tafsir Ibn Kathir dalam lingkungan RM500-700. Maknanya kedua ulama’ ini membelanjakan sebanyak RM20,000 untuk membeli kitab dalam satu masa.

Senilai downpayment sebuah rumah apartmen kos sederhana!

Maka tidak hairan ada ulama’ mengingatkan agar ‘jual rumahmu dan beli kitab!’ Dan mereka benar-benar melaksanakannya.

#SyaikhMasyhurHasanSaman #SyaikhSalimEidElHilali #ulama #ulatbulu#kutubuku

Oktober 27, 2013

Kitab Zuhud oleh Imam Ahmad bin Hanbal

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 8:22 am

Kitab Zuhud: Imam Ahmad bin Hanbal

Gambar

Setakat yang kita kenal ada beberapa ulama’ mengarang kitab dengan tema yang sama. Antaranya termasuk:
– Imam Abdullah ibn Almubarak: Az-Zuhud war Raqaaiq
– guru Imam Ahmad yakni Waki’ Ibn Jarrah
– Fudhail b Iyadh: Raqaiq
– dan dari zaman mutkahir seperti Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, pakar hadith dari Indonesia.

Dianggarkan lebih 60 judul telah dikenal pasti dikarang oleh ulaman dan tema ini.

Syaikhul Islam pernah memuji, “Satu-satunya kitab zuhud yang paling bagus ialah yang dikarang oleh Al-Imam Ahmad.

Biografi Ringkas

Imam Ahmad lahir di Baghdad pada tahun 164H/ 780M. Antara gurunya termasuk:
– Sufyan bin Uyainah
– Yahya al-Qattan
– Waki’ ibn Jarrah
– Imam Syafie

Manakala anak-anak murinya:
– dua orang anaknya sendiri Abdullah dan Soleh
– Ali Al-Madiny
– Al-Bukhari
– Muslim
– Abu Dawud
– Abu Zar’ah Ar-Razy
– Abu Hatim Ar-Razy dll

Kehidupan

Yazid bin Al-Munady berkata, “Al-Imam Ahmad termasuk orang yang paling hidup dan mulia jiwanya, paling baik pergaulan dan adabnya. Pandangan matanya lebih banyak menunduk dan juga menahannya, menghindari keburukan dan main-main, tidak pernah mendengar darinya kecuali penyampaian hadith, suka menyebut orang soleh dan zuhud dengan rasa hormat dan sebutan kata-kata yang baik.”

Harmalah berkata, “Aku pernah mendengar Asy-Syafii berkata: saat keluar dari Iraq, aku tidak meninggalkan seseorang yang lebih mulia, lebih berilmu, lebih wara’ dan lebih bertaqwa selain dari Ahmad bin Hanbal.

Qutaibah berkata, “Suffyan Tsauri meninggal dunia dan wara ikut meninggal bersamanya. Asy-Syafii meninggal dunia dan As-Sunnah ikut meninggal bersamanya. Ahmad bin Hanbal meninggal dunia dan bid’ah pun muncul.”

Antara kitab beliau yang sudah dicetak termasuklah:
– Musnad, memuat 30,000 hadith.
– Az-Zuhud
– Ar-Radd ala Zanadiqah fiima fiihi min Mutasyabih Al-Quran.

Dan kitab yang masih berupa tulisan tangan
– Al-Asyribah
– Al-Masaail
– Al-Ilal war Rijal

Dan banyak lagi.

Rebiu Kitab Az-Zuhud

Di dalam kitab ini memuat 2,345 nas berupa hadith dan atsar.

Pada bahagian pertama Imam Ahmad membawakan riwayat-riwayat berkaitan sifat zuhud Rasulullah dan para Nabi yang lainnya.

Kemudian di bahagian kedua kisah zuhud para sabaha dan tabi’in.

Edisi terjemahan ini diterbitkan oleh Darul Falah, Jakarta. Setebal 417 halaman dan diterjemah oleh Kathur Suhardi.

Terima kasih kepada rangkaian Kedai Buku Bushra cawangan Perak kerana membawakan buku ini di atas rak mereka.

Jun 16, 2013

Buku-Buku Tentang Sufi dan Tasauf

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Tadi malam seorang sahabat yang mempunyai sebuah perpustakaan peribadi sebesar banglo meminta cadangan buku-buku tentang sufi dan tasawuf. Beliau memanjang permintaan dari kenalannya. Berikut petikan dari jawapan itu:

… Tasawuf dalam maksud adab membersihkan hati serta membaiki akhlak sesuai dengan ajaran al Qur’an dan Sunnah Nabi. Itu tasauf yang sahih.

Manakala tasawuf dan sufi yang mengajar orang tidak solat, bersuluk di tempat tertentu dengan ritual yang tidak diajar oleh Nabi itu adalah tasawuf yang sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Wallahuaklam saya tidak pasti tasauf yang mana dimaksudkan. Dengan sangkaan baik maka saya rekomen beberapa judul berkaitan penyucian hati dan akhlak. Sebahagiannya saya sudah baca dan ambil faedah. Ada yang belum saya baca, namun saya rekomen berdasarkan penilaian orang lain yang sudah membacanya.

1. Tazkiyatun Nufus: Syaikh Salim Eid al Hilali. Pustaka Imam Asy Syafie.

Ini saya sudah baca dan huraian ringkas danterus kepada poin. Penulis ialah ulama’ hadith dari Jordan, anak murid kanan Syaikh al Albani rahimahullah. Di awal buku ini penulis bawakan kisah-kisah bagaimana para Nabi menyucikan hati mereka.

2: Buku Putih Ihya’ Ulumuddin Imam al Ghazali: Syaikh Jamaluddin al Qasimi. Penerbit Darul Falah.
3: Mukhtasar Minhajul Qasidin: Ibnu Qudamah al Maqdisiy.

Kedua naskah ini disarikan dari kitab monumental dalam bidang akhlak dan tasauf. Ihya’ Ulumuddin adalah magnum opus bagi Imam al Ghazali bahkan mungkin kitab yang paling dikenali dalam bidang tasawuf. Akan tetapi di dalamnya terkandung banyak kesalahan dan hadis2 yang tidak sabit dari Nabi. Dikatakan bahawa Imam as Subki mengira ada 923 hadis palsu di dalamnya.

Namun disebabkan kitab ini tersohor dan sangat banyak digunakan dalam masyarakat bukan sahaja hari ini, sejak dahulu lagi. Beberapa ulama telah melakukan saringan. Antara yang paling awal ialah Imam Al Iraqi, guru yang memberikan gelaran al Hafidz kepada anak muridnya Ibnu Hajar al Asqalani.

2 kitab yang saya rekomen di atas adalah ringkasan dan hasil saringan dari Ihya Ulumuddin. Karya Al Qasimi saya belum pernah baca. Yang saya tahu Syeikh al Qasimi seorang ulama hadith. Saya mendengar syarahan kitab beliau bertajuk Qowaidu Tahdith Min Fununi Mustalahul Hadith. Kuliah syarahan dibuat oleh Ust Abu Yahya Badrussalam (download di www.kajian.net).

Kitab al Maqdisy itu saya sempat semak beberapa bahagian sahaja belum habis baca lagi. Juga Ust Abu Yahya ada kuliahkan. Namun saya baru sempat dengar separuh. Dan Mukhtasar Minhajul Qasidin sarat dengan faedah. Dari situ saya belajar tentang anjuran memberi hadiah kepada orang kaya.

4. Bustan al Wa’izin, Suluh Penyucian Jiwa: Imam Ibnul Jauzi.

Belum dibaca. Yang saya ada dan pernah baca sebahagian ialah Talbis Iblis oleh Ibnu Jauzi. Beliau pakar dalam bab tipu daya syaitan terhadap manusia.

5: Raudatul Muhibbin, Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu: Ibnu Qayyim al Jauziyan.

Pernah belek namun belum pernah baca. Ibnu Qayyim ialah seorang ulama’ yang pakar dalam ilmu kejiwaan atau disebut sebagai psikologi. Saya katakan beliau ialah bapa psikolog Islam.

Bukan sahaja kandungannya bahkan bahasa yang digunakan puitis dan mengalir terus masuk ke dalam hati pembaca. Jika penterjemahnya bagus, kita akan dapat merasai keindahan bahasanya.

6: Zuhud Cahaya Kalbu: Imam Ahmad bin Hanbal.
7: Zuhud: Imam Ibnul Mubarak.

Lazimnya orang tasawuf dan sufi suka kepada zuhud. Maka dua buku ini menjelaskan hakikat zuhud yang sahih dari al Quran dan hadith.

Adalah salah memberi makna zuhud dengan meninggalkan kerja, beribadah di masjid semata dan kemudian mengharap belas ihsan orang lain untuk hidup. Ini makna zuhud di sisi sami Budha dan bukan di sisi orang Islam.

Sejarah mencatatkan bahawa para Imam yang zuhud seperti Ibnul Mubarak sendiri dan Imam Laits bin Saad adalah dari golongan yang kaya dan berharta.

Kedua kitab Zuhud ini saya belum baca dan termasuk dalam ‘wish list‘ saya.

Ini beberapa buku yang saya ketahui dan sempat semak. Mungkin ada lagi senarai lain yang saya tidak ketahui.

Juga saya mencadangkan 2 lagi judul tambahan. Dua judul ini adalah rod atau bantahan terhadap kesesatan sufi dan tasawuf. Dalam ertian tasauf yang sesat dan menyimpang dari ajaran Islam. Tasauf yang ada dan sahih dari ajaran Islam itu semuanya didasari dengan al Quran serta hadith yang sahih. Kedua nya itu harus difahami dan diamalkan sesuatu dengan petunjuk Nabi dan para sahabat.

2 buku itu ialah:

1. Darah Hitam Tasawuf: Dr. Ihsan Ilahi Zahir. Penulis ialah ulama’ hadtih dari Pakistan atau India.

Penulis adalah pakar yang banyak mengkaji tentang kesesatan tasawuf dan juga kesesatan Syiah. Ulama menyebut bahawa tasawuf dan tasawuf itu ialah saudara kandung.

Akibat dari keberanian dan ketajaman kritikan beliau terhadap Syiah dan tasawuf, dia dibom dalam sebuah siri ceramah nya di Pakistan. Dalam ceramah itu beberapa lagi ulama’ lain yang hadir turut sama maut. Beliau ketika itu cedera parah dan meninggal dunia dalam pesawat ketika penerbangan ke Arab Saudi. Ketika itu mufti Arab Saudi meminta agar beliau dikirim kesana untuk mendapatkan rawatan.

2: Dzikir ala Tasawuf: Dr. Arifin Badri.

Penulis ialah ilmuan dan pendakwah berasal dari Indonesia lulusan phd dari Univ Madinah. Buku ini saya belum pernah baca. Saya cuma sering mengikuti tulisan dan rakaman kuliah beliau dalam bidang muamalat dan bisnes. Wallahuallam.

Sekiranya ada tambaha saya akan maklumkan kemudian. Barokallahufik. Jazakumullahukhar.

Nota Akhir

– nota ini terdedah kepada pembaikan dan koreksi. Sila tambah atau koreksi di bahagian komen.

– semua judul diatas sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia dan dijual diwww.atsar.ilmusunnah.com

Februari 7, 2013

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 12:22 pm

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

1. Bidang hadis

• Ujaalatul Imla’ karyan An-Naaji, buku yang sangat bermanfaat sekali. Nama penuh pengarangnya al-Hafidz Burhanuddin an-Naji.
• Buku-buku karya Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah dalam bidang hadis.
• Musnad ad Darimi dan Sunan ad Darimi, keduanya ini hakikatnya adalah satu buku yang sama.
• Tahzibu as Sunan karya Ibnu Qayyim rahimahullah.
• Al Lu’ Lu’ wal Marjan fi ma ittafaqa ‘alaihi asy Syaikhan karya Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi’. Buku yang sangat bagus. Sanad-sanadnya dihilangkan agar ringkas dan jumlah hadisnya adalah 1906.

2. ‘Aqidah

• Tat hiru al Iktiqad karya ash Shan’ani.
• Syarh ash Shudur fi Tahrimi Raf’il Quburi karya asy Syaukani.
“Syaikh Abdul Musin berkata, “Keduanya adalah dua buku yang mulia. Aku banyak mengambil faedah dari keduanya terutama di dalam bantahanku terhadap Hasan al Maliki.”
• Usul Thalathah karya Syaikhul Islam Ibnul Abdil Wahhab.

3. Bantahan

• At Tankil fi Raddil ‘alal Kauthari karya Mu’alimi al Yamani. Kitab yang baik dan di dalamnya sarat dengan faedah.
• Dahrul Iftira’aat Ahli Zaigh wal Irtiyab ‘an Da;wait al Imam Muhammad bin Abdil Wahhab. Buku yang lurus dan sangat bermanfaat.
• Buku Syaikh Abdul Aziz ar Rayyis di dalam membantah Hasan al Maliki. Buku yang ringkas namun bermanfaat.
• Madarikun Nazhar fis Siyasah.

4. Fiqh

• Kitab Fiqh yang paling luas pembahasannya adalah al Mughni karya Ibnu Qudamah, al Majmu’ karya an Nawawi dan al Istidzkar karya Ibnul Abdil Barr.
• Ahkamul Jana’iz wal Bid’auha karya Syaikh al Albani. Syaikh Abdul Muhsin berkata, “Aku tidak tahu, ada buku yang lebih memadai daripada Ahkamul Janaiz dan buku ini adalah yang paling utama yang pernah ditulis.”
• I’lamul Muwaqqi’in karya Ibnu Qayyim al Jawziyah. Buku agung yang Syaikh menasihatkan para pelajar untuk mempelajarinya dan mengambil faedah darinya. Buku ini mencakup hukum-hukum syar’ie dan penjelasan akan hikmah-hikmahnya.

5. Tafsir
• Tafsir Ibnu Kathir karya al Hafidz Ibnu Kathir. Buku tafsir yang paling bermanfaat.
• Tafsir as Sa’di, buku yang paling cocok bagi para pelajar dan ulama sekalipun.

Dipetik dari:

Syarah Hadits Arbain an Nawawi Plus 8 Hadits Ibnu Rajab; Penjelasan Hadits-hadits Pilihan yang Mencakup Pokok-pokok Ajaran Islam.
Penulis: Syaikh Abdul Muhsin al Abbad, Ulama Ahli Hadis Kota Madinah al Munawwarah.
Penterjemah: Abu Habib Sofyan Saladin
Penerbit: Darul Ilmi Publishing

Laman Berikutnya »