Mari baca

Ogos 14, 2013

Sebaik-Baik Kamu yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 6:41 am
Tags: ,

Bintang Adalah Amanah Langit

“Bintang adalah amanah untuk langit, apabila bintang telah pergi maka datang kepada langit apa yang telah dijanjikan kepadanya, aku adalah amanah untuk para sahabatku, apabila aku telah pergi datang kepada sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka, dan sahabatku adalah amanah untuk umatku, apabila sahabat-sahabat ku telah pergi datang kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith ini Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyebutkan bahawa bintang adalah amanah untuk langit, lalu menyebutkan dirinya dan para sahabatnya bagaikan bintang.

Di dalam Al-Quran, bintang memiliki 3 fungsi; penunjuk jalan, penghias langit dan pelempar syaitan.

Maka para sahabat nabi adalah penunjuk jalan bagi umat Islam, mereka adalah hiasan bagi umat Islam, dan pelempar syubhat syaitan yang merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam.

Petikan dari buku Sebaik-Baik Kamu yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya oleh Ust. Abu Yahya Badrusalam. Pustaka Bashirah, 2009.

Ulasan Buku

1002585_587396164636488_421228020_nBuku ini tidaklah besar. Hanya 186 halaman. Tidaklah pula ditulis oleh nama besar; kibar ulama’ atau masyaikh. Hanya ustaz yang pada sangkaan ramai orang biasa-biasa sahaja. Manakala topik pembahasannya pula bukanlah asing atau lain dari yang lain.

Pembaca buku dan penulis-wannabe seperti kami sudah barang tentu ego dan ‘perasan’ itu sering terlajak. Almaklumlah di atas rak buku sudah ada karya Pram, Ohmae, Kant dan usah-disebutlah-lagi.

Akan tetapi entah bagaimana entah bagaimana, akhirnya ego sebesar anak gajah itu tadi terus mengecut menjadi kecil dan kecil sehingga menjadi seperti seekor semut.

Penangan buku ini dari ustaz ini. Benar bahawa Allah memuliakan seseorang dengan Al-Quran.

Hari ini Ust Abu Yahya dan buku-buku tulisan beliau menjdi koleksi kesayangan. Beliau hafidzahullah memiliki kemahiran dan kelebihan mempermudah ‘simplify’ dalam menerangkan sesuatu yang kompleks.

Website peribadi Ust Abu Yahya Badrusalam: http://www.cintasunnah.com

#readquran #kempenbacaquran #alkitab #ulatbuku #kutubuku #islam #tafsir

Februari 7, 2013

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 12:22 pm

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

1. Bidang hadis

• Ujaalatul Imla’ karyan An-Naaji, buku yang sangat bermanfaat sekali. Nama penuh pengarangnya al-Hafidz Burhanuddin an-Naji.
• Buku-buku karya Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah dalam bidang hadis.
• Musnad ad Darimi dan Sunan ad Darimi, keduanya ini hakikatnya adalah satu buku yang sama.
• Tahzibu as Sunan karya Ibnu Qayyim rahimahullah.
• Al Lu’ Lu’ wal Marjan fi ma ittafaqa ‘alaihi asy Syaikhan karya Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi’. Buku yang sangat bagus. Sanad-sanadnya dihilangkan agar ringkas dan jumlah hadisnya adalah 1906.

2. ‘Aqidah

• Tat hiru al Iktiqad karya ash Shan’ani.
• Syarh ash Shudur fi Tahrimi Raf’il Quburi karya asy Syaukani.
“Syaikh Abdul Musin berkata, “Keduanya adalah dua buku yang mulia. Aku banyak mengambil faedah dari keduanya terutama di dalam bantahanku terhadap Hasan al Maliki.”
• Usul Thalathah karya Syaikhul Islam Ibnul Abdil Wahhab.

3. Bantahan

• At Tankil fi Raddil ‘alal Kauthari karya Mu’alimi al Yamani. Kitab yang baik dan di dalamnya sarat dengan faedah.
• Dahrul Iftira’aat Ahli Zaigh wal Irtiyab ‘an Da;wait al Imam Muhammad bin Abdil Wahhab. Buku yang lurus dan sangat bermanfaat.
• Buku Syaikh Abdul Aziz ar Rayyis di dalam membantah Hasan al Maliki. Buku yang ringkas namun bermanfaat.
• Madarikun Nazhar fis Siyasah.

4. Fiqh

• Kitab Fiqh yang paling luas pembahasannya adalah al Mughni karya Ibnu Qudamah, al Majmu’ karya an Nawawi dan al Istidzkar karya Ibnul Abdil Barr.
• Ahkamul Jana’iz wal Bid’auha karya Syaikh al Albani. Syaikh Abdul Muhsin berkata, “Aku tidak tahu, ada buku yang lebih memadai daripada Ahkamul Janaiz dan buku ini adalah yang paling utama yang pernah ditulis.”
• I’lamul Muwaqqi’in karya Ibnu Qayyim al Jawziyah. Buku agung yang Syaikh menasihatkan para pelajar untuk mempelajarinya dan mengambil faedah darinya. Buku ini mencakup hukum-hukum syar’ie dan penjelasan akan hikmah-hikmahnya.

5. Tafsir
• Tafsir Ibnu Kathir karya al Hafidz Ibnu Kathir. Buku tafsir yang paling bermanfaat.
• Tafsir as Sa’di, buku yang paling cocok bagi para pelajar dan ulama sekalipun.

Dipetik dari:

Syarah Hadits Arbain an Nawawi Plus 8 Hadits Ibnu Rajab; Penjelasan Hadits-hadits Pilihan yang Mencakup Pokok-pokok Ajaran Islam.
Penulis: Syaikh Abdul Muhsin al Abbad, Ulama Ahli Hadis Kota Madinah al Munawwarah.
Penterjemah: Abu Habib Sofyan Saladin
Penerbit: Darul Ilmi Publishing

Januari 26, 2013

Kitab-kitab hadis yang dicadang hafal

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 2:00 pm
Tags: , ,

Menurut Syaikh Abd Al Kareem Al- Khudayr seseorang yang ingin menghafal buku-buku hadis, maka beliau mencadangkan seperti urutan berikut;

  1. Hadith 40, Imam Nawawi
  2. Umdatul Ahkam, Ibn Qudamah al-Maqdisi
  3. Bulughul Maram, Ibn Hajar al-Asqalani
  4. Sahih Bukhari
  5. Sahih Muslim
  6. Sunan Abu Dawud
  7. Sunan Tirmidzi
  8. Sunan an-Nasa’i
  9. Sunan Ibn Majah

Dari post Rusdan RD dalam grup Tanyalah Ustaz dan Ustazah

November 26, 2012

50 Kaedah Kehidupan dalam al-Qur’an

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

50 Kaedah Kehidupan dalam al-Qur’an

Penulis : Dr. Umar b Abdullah al-Muqbil

Penterjemah : Fathoni Muhammad

Penerbit : Pustaka Darus Sunnah, (2012)

Hamalan : 427 mukasurat

Harga : RM 47.00. Beli di Q&S Islamic Media.

Dr. Umar Al Muqbil, merupakan pensyarah hadis di Fakulti Syari’ah Universiti Al Qashim, Wakil Ketua di Lembaga Ilmiah untuk Studi Al Qur’an, Saudi Arabia.

Buku ini merupakan kumpulan syarahan yang disampaikan oleh penulis dalam sebuah radio di Arab Saudi pada tahun 1430 H.

“Sisi kemukjizatan al-Qur’an bak lautan tidak bertepi. Hal ini tidak menghairankan kerana al-Qur’an merupakan firman Allah yang agung. Tidak terhitung berapa banyak ulama’ yang telah menulis beberapa disiplin pengetahuan demi mengangkat ragam kandungan al-Qur’an. Baik yang berkaitan dengan hukum dan sastera yang sentiasa mempertebal keyakinan orang yang beriman bahawa al-Qur’an ini adalah firman Allah, semakin senang membacanya dan membuka cakrawala pengetahuannya saat menghayati percikan kandungannya.

Banyak di antara kita yang menggunakan tauqi’at (mutiara kata), baik berupa syair, kata-kata bijak ulama atau potongan hadis. Semua ini tidak menjadi masalah, tetapi andai kita menggunakan kalimat-kalimat yang mengkristal menjadi kaedah-kaedah yang banyak bertebaran di dalam kitab suci ini nescaya lebih baik. Kerana di dalamnya ada banyak manfaat. Di antaranya:

Pertama: Menguatkan interaksi kaum Muslimin dengan kitab sucinya dalam semua aspek kehidupan.

Kedua : Menanamkan keyakinan dalam diri setiap individu kaum Muslimin bahawa al-Qur’an merupakan solusi segala masalah yang mereka hadapi. Baik secara langsungkan atau tidak langsung.

Ketiga : Mengefektifkan kaedah-kaedah al-Qur’an ini dan mengulangi-ulanginya di pelbagai kesempatan agar menjadi alternbatif banyaknya kata-kata bijak yang tidak jelas sumbernya dan bertebaran di dunia maya.

~ kata Pengantar oleh penulis.

Daftar isi

  1. Bertutu kata yang baik
  2. Keputusan Allah adalah yang terbaik
  3. Jangan kamu lupa kebaikan antara kamu
  4. Manusia lebih tahu tentang dirinya sendiri
  5. Orang yang mengada-ngadakan kebohongan pasti merugi
  6. Berdamai adalah cara terbaik
  7. Jangan menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dll.

Rebiu

Apa yang menarik mengenai buku ini ialah, ia menyarikan kaedah-kaedah atau pedoman-pedoman asas untuk hidup bahagia. Di dunia dan juga di akhirat. Ia digali dari al-Qur’an. Kemudiannya dijelaskan dan ditafsirkan dengan ayat al-Qur’an yang lain.

Kemudian penulis menjelaskan lagi ayat itu dengan hadis Nabi dan kisah-kisah para sahabat.

Sekali-sekala penulis membawakan kalam ulama’. Antara yang kerap dirujuk ialah Imam Ibn Taimiyah dan anak muridnya Imam Ibnu Qayyim dengan kitabnya al-Jawab al-Kafi (ad-Da’ wa Dawa’). Demikian juga ulama’ yang lainnya.

Membaca kaedah-kaedah di dalam buku ini banyak membantu kefahaman tentang Islam secara umum.

November 21, 2012

Kitab Tafsir al-Qur’an yang terbaik oleh Syaikh Ahmad Syakir

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , ,

Menurut Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

“Menurut kami, Tafsir al-Hafiz Ibnu Katsir adalah kitab Tafsir yang paling bagus, indah, dan lengkap setelah Tafsir Imam para ahli Tafsir, iaitu Abu Ja’far ath-Thabari. Kami tidak bertujuan membandingkan antara keduanya, atau antaranya dengan yang lainnya, kerana menurut kami, tidak ada tafsir yang dapat menyamai keduanya, atau bahkan menghampirinya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir telah berusaha dengan gigih untuk menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, kemudian dengan as-Sunnah yang sahih yang merupakan keterangan dan penjelas al-Qur’an. Selanjutnya beliau menyebutkan perkataan para ulama salaf tentang tafsir ayat-ayat yang ada.

Beliau juga membawakan banyak hadis (pada banyak tempat di dalam tafsirnya) berserta sanad-sanadnya dari kitab-kitab as-Sunnah dan sumbernya. Beliau banyak mengemukakan alasan kedha’ifan hadis, akan tetapi beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menyebutkan hadis-hadis yang sahih walaupun dalam masa yang sama turut menyertakan hadis-hadis yang dha’if bersama. Maka kitab beliau tersebut (di samping merupakan kitab Tafsir al-Qur’an), ia juga sekaligus sebagai ilmu dan petunjuk bagi para penuntut ilmu hadis. Darinya dapat diketahui kaedah menganalisa dan meneliti sanad-sanad dan matan-matan hadis, serta mengetahui perbezaan hadis-hadis sahih dan selainnya. Jadi, dilihat dari makna ini, maka ia adalah kitab yang memberi pelajaran yang agung dan manfaatnya besar sekali.” (Mukaddimah ‘Umdatut Tafsir ‘an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Kredit kepada Q&S Islamic Media, Ilmusunna.com dan Abu Numair Nawawi Subandi.

November 20, 2012

Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri merekomen Tafsir Ibn Kathir

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 4:43 am
Tags: , , ,

Tafsir Ibnu Katsir Menurut Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri:

“Sesungguhnya al-Qur’an yang mulia adalah kitab paling agung yang dengannya Allah memuliakan umat Islam ini. Al-Qur’an adalah kitab mulia yang tidak datang kepadanya kebathilan sama ada dari depan atau pun dari belakangnya, diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, dan memberikan petunjuk ke jalan yang paling lurus. Dan sesiapa yang meninggalkannya, sungguh dia berada dalam kerugian.

Umat Islam telah memberikan perhatian yang tiada tara terhadap al-Qur’an sejak generasi Salaf yang telah berlalu dari umat ini. Para ulama umat ini telah membahaskan tentang al-Qur’an sama ada dalam permasalahan hukum-hakam, penjelasan, nasihat, faedah, pelbagai peristiwa dan kejadian, ibarat (perumpamaan), mukjizat, i’rab (huraian perkataan), pelbagai jenis qira’at (jenis bacaan), kepelbagaian lahjah (loghat), sehingga keadaan geografi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Qur’an, dan masih banyak lagi perbahasan-perbahsan lainnya.

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam bab tafsir al-Qur’an, paling agung, paling banyak pula diterima dan tersebar di tengah-tengah umat ini. Kerana Ibnu Katsir rahimahullah adalah seorang yang ahli tentang ilmu-ilmu al-Qur’an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umat-umat terdahulu dan yang akan datang, ditambah lagi dengan kurniaan Allah ke atas beliau berupa pandangan yang tajam dan mendalam tentang sunnatullah yang terjadi berkaitan dengan kemaslahatan, kerosakan, kemajuan, kemunduran, serta kehancuran umat ini.

Beliau memiliki pengetahuan yang luas atas apa yang diisyaratkan pada dasar-dasar perbahasan sebelumnya. Dan beliau rahimahullah memilih riwayat-riwayat tafsir yang ma’tsur (yang datang daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam menafsirkan al-Qur’an. Beliau banyak membawa hadis-hadis yang marfu’ (bersambung sampai kepada Nabi), perkataan-perkataan para salaf ash-Sholeh dari kalangan sahabat, tabi’in, dan para imam pembawa petunjuk yang datang setelah mereka serta dari kalangan ulama yang memiliki kekuatan ilmu dan pandangan dalam bidang tafsir al-Qur’an dengan tidak mengabaikan sisi-sisi lain yang telah kami sebutkan. Oleh ekrana itulah tafsir ini merangkum dua seni riwayah dan dirayah, serta manqul dan ma’qul. Kaum muslimin dapat menuai faedah yang sangat besar, dan kitab tafsir ini dapat diterima serta mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kitab-kitab tafsir lainnya.” (Mukaddimah al-Mishbah al-Munir fii Tahdzib Tafsir Ibnu Katsir, dinukil semula dari: http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=77)

Kredit kepada Q&S Islamic Media, Ilmu Sunnah dan Abu Numair Nawawi Subandi.

Mei 8, 2012

Kitab-kitab Tafsir Al-Qur’an Untuk Permulaan

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Beberapa contoh kitab-kitab tafsir yang dikenali sebagai Tafsir Bil Ma’thur.Adabeberapa metodologi dalam tafsir Al-Quran. Salah satu darinya ialah tafsir bil ma’thur, yakni tafsir Al-Quran dengan periwayatan iaitu sama ada menafsirkan Al-Quran dengan  Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadis Nabi atau pun tafsir Al-Quran dengan perkataan sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’ut tabi’in.

Adajuga metodologi tafsir yang lebih menjurus kepada tafsir dari sudut penggunaan bahasa. Ianya teliti dengan bahasa-bahasa ma’aninya, kelebihan-kelebihan, pengertian setiap perkataan yang digunakan. Fokusnya lebih kepada keindahan bahasa Al-Quran contohnya kitab-kitab Al-Kassyaf oleh Al- Zamaksyari, Ruhul Ma-ani oleh al-Alusi, Tahanut Tanwin oleh Ibn Asyur dan sebagainya.

Antara kitab-kitab yang terbaik ialah Tafsir Al-Thobari. Akan tetapi Tafsir Al-Thobari ini terlalu panjang kerana beliau memasukkan semua riwayat-riwayat sahih mahupun yang lemah. Ada antara ulama seperti Syeikh Ahmad Syakir berkhidmat melakukan penelitian semula riwayat-riwayat di dalam kitab tersebut dan juga ulama-ulama yang lain.

Kitab Tafsir Ibnu Kathir

Walaubagaimanapun tafsir ringkas yang boleh kita manfaatkan secara langsung ialah Tafsir Ibnu Kathir. Ia merupakan yang terbaik untuk mudah faham dan mudah baca. Kitab ini memberikan kita satu garis panduan atara kaedah. Kaedah tafsirannya;

–         menafsirkan ayat al-Qur’an dengan al-Qur’an yang lain

–         kemudian menafsirkan al-Qur’an dengan hadis Nabi

–         seterusnya perkataan sahabat nabi tabi’in,

–         disusuli tabi’ut tabi’in

–         dan akhir sekali barulah kesimpulan dan pandangannya.

Berbeza dengan sebahagian orang yang salah dan keliru dalam memahami Al-Qur’an.Adadi antara mereka merenung mushaf dan memikirkan sendiri apakah maknanya tanpa merujuk kepada kitab tafsir yang muktabar. Jika kaedah ini digunakan, maka ramailah sudah boleh diiktiraf menjadi ulama’ tafsir.

Begitu juga ada tafsir contohnya Al-Iman Albiqa-I rahimahullah (wafat 885H), Nazhm al-Durar fi Tanasub al-Ayat wa al-Suwar (8 jilid). Tafsir ini memberi fokus kepada membahaskan munasabah-munasabah setiap ayat. Mengapakah ayat ini didatangkan selepas ayat ini. Mengapakah surah ini diletakkan selepas surah ini.

Begitu juga ada tafsir-tafsir yang memberi focus kepada hukum hakam seperti tafsir Al-Imam Al-Qurtubi rahimahullah (wafat 671H). Beliau memberi fokus kepada hokum-hakam dari ayat al-Qur’an. Sebagai contoh beliau membawa satu ayat al-Qur’an dan  mengeluarkan istinbat 25 hukum fikih daripadanya.

Manakala tafsir yang memberi fokus Al-Quran dengan Al-Quran sahaja seperti tafsir  Syeikh Muhammad Al-Amin Al Shanqiti (wafat 1393 H) dengan judul Adwa’al-Bayan Fi Idhah al-Qur`an bi al-Qur`an. 

Aliran Tafsir Bir-ro’yi (tafsiran akal dan rasional)

Adajuga tafsir bir-ro’yi iaitu tafsir yang menggunakan akal semata-mata. Golongan ini disebut sebagai muktazilah.Ada yang  mengarang kitab tafsir untuk mendirikan dan menegakkan akidahnya seperti Al Zamakhsyari dengan tafsir Al-Kassyaf.

Itu sebagai gambaran (overview) tentang kitab-kitab tafsir. Namun begitu sebagai penuntut ilmu cukuplah sebagai permulaan letakkan target untuk menghabiskan baca kitab Tafsir Ibnu Kathir. Bahkan pada hari ini ia telah diringkaskan oleh kelompok ulama yang dikepalai oleh Syeikh Sofiurahman Al-Mubarakfuri iaitu Al-Misbahul Munir Fee Tahdhib, ringkasan Ibnu Kathir. Hadis-hadis telah dinilaikan semula dan disusun sempurna dengan mengambil kesimpulan Al-Imam Ibnu Kathir berasakan Al-Quran, hadis Nabi, perkataan dan pandangan sahabat Nabi.

GreenVillageClub House, Doha,Qatar

09 Mac 2012

Rakaman oleh Abu Aqif Studio: http://www.youtube.com/watch?v=_EkVhse7Oz8

Teks oleh Biro Multimedia & Penerbitan, iLMU 

dari blog Ustaz Fathul Bari.

April 2, 2012

Menulis di Akhbar, Majalah atau Buku?

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Penulisan — Mohd Riduan Khairi @ 8:29 am
Tags: ,

Menulis di akhbar, majalah mahupun buku masing-masing punya kelebihan dan kekurangan.

Akhbar Terkini dan Sensasi

Akhbar paling cepat terbit. Tulis semalam, hari ini sudah boleh dibaca. Selain paling cepat terbit, ia juga paling cepat dibaca. Dalam masa kurang 12 jam maklumat dan mesej akhbar sampai menyelip ke dalam jutaan pembaca. Bahkan lebih awal lagi, ramai juga orang membaca akhbar pada waktu seawal sarapan pagi! Ini berdasarkan imejan drama dan babak televisyen, akhbar dibaca pada waktu sarapan pagi, atau minum jam 10.

Majalah

Majalah agak lambat responsif. Kalau ayam mengeram seminggu baharu menetas, isu di majalah lewat hampir sebulan. Namun dek kerana sedikit perlahan, memungkinkan kandungannya lebih matang dan boleh dipertanggungjawabkan.

Buku

Menulis buku paling lambat berbanding akhbar dan majalah. Ada buku hanya dapat disiapkan setelah dieram dan dikandung bertahun-tahun lamanya. Amat sukar dan langka untuk menemui penulis sehebat al-Allamah Ibnu Qayyim yang sempat menulis sebuah kitab besar hanya ketika berada atas unta dalam perjalanan. Dalam masa beberapa ketika, berpegang kepada ingatan semata-mata beliau menyiapkan adi-karya ‘magnum opus dalam literasi Islam, Za’adul Ma’ad (terjemahnnya 7 jilid). Maha Suci Allah memberikan karomah kepada ilmuwan Islam.

Sirkulasi atau Volume Terbitan

Umumnya terbitan akhbar lumayan lebih banyak berbanding majalah dan buku. Akhbar Harian Metro mencatat jualan harian mencecah setengah juta (480 ribu)! naskah setiap hari. Wah! Banyaknya. Boleh kita jumlah setiap hari hampir atau lebih1 juta naskah akhbar Melayu dijual. Justeru menulis diakhbar mendapat publisiti lumayan.

Manakala sirkulasi majalah khususnya ilmiah dan agama sekitar puluhan ribu sahaja. Majalah agama sebagai contoh rata-rata mencatat jumlah jualan paling tinggi 50 ribu naskah/ bulan.

Lebih dari itu lagi nasib buku-buku agama tidak lebih baik. Tidak dinafikan ada buku agama mencatat jualan lebih 70ribu pada tahun lepas. Namun mfenomena itu bolehlah dikatakan sebagai ‘once i a blue moon‘. Hanya novel cinta sahaja boleh cecah jualan puluhan ribu naskah bahkan hingga ratusan ribu naskah.

Surat Khabar lama

Namun disebalik jualan yang mencecah lebih 1 juta naskah setiap hari (bagi akhbar berbahasa Melayu sahaja). Dek kerana cepat terbit, ia juga cepat ‘basi’. Menjelang hari hari esok nasib kebanyakan kertas akhbar setaraf pembungkus nasi lemak. Bahkan lebih sadis lagi menjelang tergelincir matahari akhbar sudah renyuk dan terperuk lebih rendah dari kain buruk. Kalau kain buruk masih berbakti mengelap meja. Mungkin akhbar pagi, nasibnya di waktu petang tidak ubah kucing kurap.

Memang ada orang yang mengumpul akhbar atau keratan akhbar, namun nisbahnya sangat sedikit. Yang simpan mungkin perpustakaan dan peminat barangan antik. Nisbahnya mungkin 1 dari 10 ribu.

Berbanding dengan akhbar, majalah lebih tahan lama. Dan yang lebih tahan paling lama ialah buku. Tidak ada akhbar yang boleh dijual selama setahun. Namun ada buku yang masih laku dijual walaupun sudah dicetak ribuan kali dan ditulis ribuan tahun yang lalu. Al-Qu’ran dan kitab hadis dikumpulkan lebih 1000 tahun yang lalu. Namun sampai hari ini permintaan dan jualan Al-Qur’an dan kitab hadis masih laku keras.

Kitab Tafsir Ibnu Katsir sudah diulang cetak beratus-ratus kali, diterjemahn berulang-kali dalam satu-satu bahasa dan diterbitkan oleh puluhan penerbit, namun masih laku dijual. Kalaulah contoh-contoh itu sangat jauh untuk digambarkan, lihat sahaja kepada buku Ranjau Sepanjang Jalan oleh SN Shahnon Ahmad, sudah berapa kalikah dicetak dan sudah berapa tahun ia kekal relevan atas pasaran.

Pilihan Penulis

Justeru di manakah letak duduk penulis? Ada penulis memilih akhbar, majalah atau buku. Atau ada penulis yang mahu kekal menulis untuk dibada pro-bono di internet.

Saya memilih untuk menulis di semua medium. Kelompok sasarnya berbeza. Bahkan untuk kekal relevan sebagai penulis dan lanjut hayatnya dalam pasaran, harus menulis dalam semua medium. Minimum beberapa medium.

Surat Khabar Orang Islam

Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap. Justeru adakah surat khabar untuk orang Islam; dalam artian membawa berita yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan analisi unjuran perkara yang akan berlaku dalam umat. yang dibaca setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Mustahil tidak ada atas sifatnya sebagai agama yang syumul.

Jawabnya : mustahil tidak ada.

Al-Qur’an dan Kitab hadis adalah ‘akhbar’ atau media yang perlu dibaca oleh umat Islam setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.

Setiap hari ada zikir-zikir yang perlu dibaca oleh umat Islam. Dikutip dari ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi. Boleh lihat himpunan yang hampir lengkap dalam al-Adzkar karangan Imam Nawawi. Kata ulama kepada mereka yang tidak memiliki al-Adzkar, “jual rumahmu dan beli al-Adzkar’. ia telah disarikan dengan ringkas oleh Dr Said bin Ali alWahf al-Qahthani dengan tajuk Hisnul Muslim.

Begitu juga bacaan-bacaan yang bersifat mingguan. Antaranya ialah Surah al-Kahfi :

Dari Abu Said al-Khudri, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya di antaranya dan Bait `Atiq.

(riwayat ad-Daarimi, 3407. Sahih menurut Shaikh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami, 6471)

“Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang berikutnya.”

(riwayat oleh al-Haakim, 2/399; al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar dalam Takhreej al-Adhkaar mengatakan hadis hasan, katanya, ini merupakan riwayat paling kuat menjelaskan Surah al-Kahf. lihat: Fayd al-Qadeer, 6/198.  Turut dinilai sahih oleh Shaikh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 6470)

Begitulah seterunya riwayat-riwayat yang menyebutkan keperluan, keutamaan dan urgensi membaca al-Qur’an saban hari, saban minggu saban dan seterusnya.

“Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil ungkal dalam kekufurannya.” (Surah Maryan 19, ayat 97)

Mac 1, 2012

Amalam-amalam Pemelihara Iman

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 5:36 am
Tags: ,

Judul Asal : Nida’atu ar-Rahman li Ahli al-Iman

Penulis : Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jaza-iry

Penterjemah : Nasharuddin Atha dan Abdurrahman

Penerbit : Qisthi Press, Jakarta (2006)

Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi merupakan salah seorang tenaga pengajar di Masjid Nabi, Madinah. Beliau adalah Ahli Hadits yang juhud, Jabir bin Musa bin Abdul Qadir bin Jabir Abu Bakar Al-Jazairi. Lahir di Al-Jazair tahun 1342 H/ 1921 M.

Beliau mengarang beberapa kitab besar termasuk Minhaj Muslim dan Tafsir Al-Aisar. Keduanya sudah diterjemahn ke dalam bahasa Melayu Malaysia dan versi Indonesia. Baca lagi tentang tafsir Al-Aisar di kitabtafseer.wordpress.com.

Buku yang kami ulas ini (Amalan-amalam Pemelihara Iman) merupakan himpun tafsir dan penjelasan ayat-ayat al-Qur’an yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Syaikh hafidzahullah menghimpunkan 90 kesemuanya ayat-ayat yang dimulai dengan lafaz, “Wahai orang-orang yang beriman.”

Justeru tentu sekali buku ini signifikan dan penting untuk ditela’ah dan dibaca oleh sekelian orang yang mengaku beriman dan bertauhid dengan tauhid yang murni.

Bukan itu sahaja, benar sungguh dan adanya bahawa membaca kitab-kitab yang dikarang oleh ulama’ menelurkan mutiara kefahaman yang amat mendalam. Berbinar-binar mata kami menekuni setiap perkataan yang dinukilkan oleh syaikh.

Seringkali kami dimajukan pertanyaan, bagaimanakah memilih buku yang bermanfaat dan sedap dibaca. Maka jawab kami : pilihlah buku yang dikarang oleh ulama’, nescaya anda tidak pernah akan merasa kecewa walau sedetikpun.

Sinopsis

Ketika iman telah diikrarkan, banyak konsekuensi yang harus dilaksanakan. Namun ironis, banyak orang yang mengabaikan, kendati mereka sering membaca dan mendengarkannya dari al-Qur`an.

Penulis buku ini bermaksud menjabarkan amalan-amalan yang harus diperhatikan oleh orang-orang beriman untuk memelihara dan meningkatkan kualitas iman mereka. Tentu saja, penjabaran ini berdasarkan al-Qur`an dan juga sabda-sabda Rasulullah s.a.w. yang kesahihannya tak diragukan.

Lembar demi lembar buku ini penuh terisi dengan pengetahuan, wawasan, dan pencerahan keimanan yang akan membawa kita pada keberuntungan di dunia dan akhirat. Karena itu, melewatkan satu lembar saja dari buku ini akan sangat disayangkan.

Selain menggugah, buku ini juga akan memahamkan kita tentang apa yang harus dikerjakan dan ditinggalkan oleh orang-orang yang beriman. Dan itu, merupakan isyarat untuk menjadi hamba yang benar-benar iman dengan keimanan yang benar. Maka, untuk lebih jelasnya, silakan menyimak penuturan buku ini dari halaman ke halaman.

Ogos 12, 2011

Al-Qur’an di Dalam Hati

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 6:12 am

Abdullah bin Abbas, semoga Allah meredhainya melaporkan dari Nabi, selawat dan salam buat beliau,

“Sesungguhnya seseorang yang dalam hatinya tidak ada Al-Qur’an sama sekali ibarat rumah yang rosak.” (Sunan Tirmidzi, hassan sahih)

Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, semoga Allah merahmatinya, “Kebun dan tamanku berada dalam dadaku, kemanapun aku pergi maka ia selalu bersamaku”. Yang dimaksudkan oleh Ibnu Taimiyah ialah Al-Qur’an dan As-Sunnah yang berada di dalam dadanya yang mampu menetapkan dan menambah keyakinan.

 

Sahl bin Abdullah, semoga Allah merahmatinya berkata kepada salah seorang muridnya, “Apakah engkau hafal Al-Qur’an?” Muridnya menjawab, “Tidak.” Maka ia berkata, “Alangkah kasihannya seorang mukmin yang tidak menghafal Al-Qur’an! Denan apakah dia berdendang? Dengan apakah ia akan hidup senang? Dengan apa ia bermunajat kepada Rabb-nya?”

disarikan dari buku  The Mystery Of The Quran Secret Power tulisan  DR. Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim

Laman Berikutnya »