Mari baca

Julai 1, 2012

Berkaitan kitab Tafsir Mimpi Ibnu Sirin

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 2:58 pm
Tags: , ,

dari blog mujaddid 2010.

Orang ‘dulu-dulu’ & mungkin sekarang masih ada lagi yg percayakan mimpi. Antara kepercayaan yg pernah kita dengar ialah kalau mimpi dipatuk ular maknanya tak lama lagi akan bertemu jodoh dan banyak lagi tafsiran mimpi yang lain. Wallahua’lam daripada mana tafsiran tersebut diperolehi tidak pula saya ketahui tetapi wujud satu buku tafsiran mimpi yang amat masyhur di kalangan kita. Buku tersebut disandarkan kepada seorang Tabiin bernama Ibnu Sirin.

Walau bagaimanapun ada ulama’ telah mentahqiqkan bahawa sandaran buku tersebut kepada Ibn Sirin adalah tidak tepat. Antara ulama’ tersebut adalah Syeikh Masyhur Hassan Salman di dalam kitab ” كتب حذر منها العلماء ” dan kitab ” منتخب الكلام في تفسير الأحلام “. Malah dilaporkan di dalam Forum Multaqa Ahlul Hadeth bahawa Syeikh Masyhur Hassan Salman semasa memberi komen berkenaan kitab tersebut di dalam satu kelas pengajian mingguan syarah kitab Sohih Muslim, beliau berkata “kitab tersebut adalah penipuan ke atas Ibnu Sirin dan penulis sebenar adalah Abu Said Al-Wa’iz As-Syafie’.

Begitu juga diceritakan bahawa Syeikh Abu Addul Rahman Muhammad Amru Bin Abdul Latif  as-Syanqiti rahimahullah (w1429) telah melalui suatu jalan dan berhenti di  kedai buku. Mata beliau terlihat satu buku yg tertulis nama Ibnu Sirin dan beliau menjadi amat marah serta berkata dengan suara yg tinggi ‘penipuan….ini semua penipuan atasnya’.

Di dalam perbincangan Forum Multaqa Ahlul Hadeth dinyatakan bahawa pengarang kitab tersebut adalah seorang alim mazhab Syafie iaitu Abdul Malik Bin Muhammad Kharkusyi Nisaburi yg dikenali dengan gelaran Abu Said Al-Wa’iz yg meninggal tahun 407H dan nama sebenar kitab tersebut adalah البشارة و النذارة في تفسير الأحلام .

Ustaz Ibrahim Solih dalam muqaddimmah kitab Ibnu Qutaibah dalam bab tersebut menyatakan bahawa jika diperhati kitab tafsir mimpi tersebut didapati bahawa banyak kali diulang ‘berkata Ustaz Abu Said Wa’iz’ yg menunjukkan bahawa dia adalah pengarang kitab tersebut. Ada juga yg berpendapat kitab yg disandarkan kepada Ibnu Sirin adalah karangan seorang ahli sufi yg dikenali sebagai Abdul Ghani As-Sufi dan nama kitabnya ( تعطير الأنام في تعبير المنام). Kitab tersebut dipenuhi dengan cerita-cerita yg tiada asal usul.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna tafisr mimpi adalah sesuatu yg tidak wujud. Kisah Nabi Yusuf menceritakan bagaimana baginda mendapat wahyu untuk menafsir mimpu Al-Aziz. Di kalangan ulama’ juga ada yg mempunyai karamah untuk menafsir mimpi. Tetapi menafsir mimpi bukanlah satu ilmu yg boleh diusahakan melalui pembacaan tetapi merupakan kurnian Allah. Sebab itulah ada ulama’ yg mengarang kitab menceritakan penafisran mereka terhadap mimpi antaranya Ibnu Surur Al-Hanbali yg hidup sezaman dgn Ibnu Taimiyyah dengan kitab ( قواعد في تعبير الرؤيا).

Antara tafisr mimpi yg paling hampir tepat yg dilakukan adalah yg dia namakan sebagai (الشهاب العابر) sehinggakan ahli ilmu di zamannya memberi komen: mungkin dia mempunyai penglihatan Jin.  Kitab-kitab lain yg dikarang oleh ulama’ adalah seperti (تعبير الرؤيا) oleh Al-Qadiri Dinuri dan banyak lg kitab-kitab yg tidak dicetak.

Diceritakan bahawa Syeikh Nasiruddin Al-Albani pernah berkata ‘aku telah mengumpulkan kitab-kitab ta’bir mimpi’…. Anak murid kepada Syeikh memberitahu maksud syeikh ialah ‘aku telah membaca banyak buku tafsir mimpi tapi aku tidak berjaya menafsirnya.’ Pengajarannya bahawa kitab-kitab ttg tafsir mimpi yg dikarang oleh ulama’ bukanlah sebagai panduan untuk kita menafsir mimpi tetapi menceritakan pengalaman dan tanda-tanda seseorang itu mampu menafsir mimpi. Dan kitab yg disandarkan kepada Ibnu Sirin adalah bukanlah karangan belaiu yg sebenarnya.

http://mujaddid2010.blogspot.com/2010/02/tafsir-mimpi-dalam-islam.html

Ogos 12, 2011

Al-Qur’an di Dalam Hati

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 6:12 am

Abdullah bin Abbas, semoga Allah meredhainya melaporkan dari Nabi, selawat dan salam buat beliau,

“Sesungguhnya seseorang yang dalam hatinya tidak ada Al-Qur’an sama sekali ibarat rumah yang rosak.” (Sunan Tirmidzi, hassan sahih)

Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, semoga Allah merahmatinya, “Kebun dan tamanku berada dalam dadaku, kemanapun aku pergi maka ia selalu bersamaku”. Yang dimaksudkan oleh Ibnu Taimiyah ialah Al-Qur’an dan As-Sunnah yang berada di dalam dadanya yang mampu menetapkan dan menambah keyakinan.

 

Sahl bin Abdullah, semoga Allah merahmatinya berkata kepada salah seorang muridnya, “Apakah engkau hafal Al-Qur’an?” Muridnya menjawab, “Tidak.” Maka ia berkata, “Alangkah kasihannya seorang mukmin yang tidak menghafal Al-Qur’an! Denan apakah dia berdendang? Dengan apakah ia akan hidup senang? Dengan apa ia bermunajat kepada Rabb-nya?”

disarikan dari buku  The Mystery Of The Quran Secret Power tulisan  DR. Khalid bin Abdul Karim Al-Laahim

Jun 1, 2011

Sedekah Sebagai Bukti Keimanan & Penghapus Dosa

Filed under: Adab & Akhlak,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 1:47 pm

Penulis : Yazid bin Abdul Qadir Jawwas

Penerbit : Pustaka At-Taqwa, Bogor (2009)

Beli di galeriniaga.

Sedekah bukan perkataan asing dalam pendengaran orang kita.

Namun yang silapnya perkataan sedekah membawa konotasi negatif. Merujuk kepada peminta-peminta sedekah yang berkeliaran di kaki lima dan tepi jalan.

Sedekah mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan. Dari mendapat ganjaran pahala berganda-ganda sehingga 700 kali ganda seperti yang dikatakan oleh Allah sendiri dalam Surah Al-Baqarah hinggalah sedekah dapat menghadang seseorang itu dari dijilat api neraka.

Ada ulama’ memasukkan sedekah jariah ke dalam amalan yang ringan untuk dilakukan (tentunya oleh orang-orang yang beriman) namun mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.

Satu dari kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang sanggup bersedekah pada setiap hari pada waktu pagi ialah seperti yang dituturkan oleh Nabi,

“Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang berinfak’, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang yang tidak mau berinfak’.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Naskah karangan ilmuwan dan pendakwah dari Indonesia ini, Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas hafidzahullah sangat bermanfaat untuk mendorong dan memotivasi diri agar rajin bersedekah.

Beliau menghimpunkan dalil dari Al-Qur’an dan hadis tentang kelebihan dan keutamaan sedekah.

Selepas mencerna maklumat dari naskah ini baru saya faham dan mengerti mengapa tokoh-tokoh besar dari kalangan sahabat nabi dan ilmuwan Islam sanggup berhabis untuk memberi sedekah.

Jawapnya sangat mudah, kerana ganjarannya sangat besar bukan sahaja di akhirat bahkan juga di dunia.

Ikuti kajian kitab ini oleh pengarang sendiri di sini.

Mei 12, 2011

Janggut, Wajib atau Sunnah

Filed under: Adab & Akhlak,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 1:36 am

Penulis : Muhammad Abu Farooq al-Athari
Penerbit : Jahabersa (2004)

(Mungkin) Pada sebilangan orang isu janggut adalah isu yang remeh-temeh. Berbanding situasi umat Islam yang sedang dihenyak dari setiap penjuru benua, baik dari segi fizikal mahupun mental.

Membangkitkan isu janggut dan misai dalam kemelut yang berlaku hari ini, dirasakan tidak rasional dan tidak penting.

Namun sikap ahlus sunnah berbeda. Tidak pernah ada urusan yang remeh-temeh apabila ia dibangkitkan oleh Allah dan Rasul. Hatta sekecil nyamuk yang diumpakan oleh Allah dalam Al-Qur’an, ia menjadi suatu urusan yang sangat besar bagi umat Islam.

Ukuran Kecil dan Besar

Apa yang dipandang besar oleh agama, maka ia besar di sisi umat Islam sepanjang zaman.

Janggut dalam Al-Qur’an

قَالَ يَبْنَؤُمَّ لَا تَأْخُذْ بِلِحْيَتِي وَلَا بِرَأْسِي
Dia (Nabi Harun) menjawab: “Wahai putra ibuku! Janganlah engkau pegang jenggotku, jangan pula kepalaku!”

Ayat ini mengabarkan pada kita, bahwa Nabi Harun pada masa hidupnya memelihara janggotnya… Jika ayat ini kita padukan dengan ayat lain yang berbunyi:

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ
Mereka (para Nabi) itulah yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka (al-An’am: 90)

Janggut Dalam Hadis

Nabi pernah berkata seperti yang dilaporkan oleh sahabat Abdullah ibn Umar,

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ، وَفِّرُوا اللِّحَى، وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ! (رواه البخاري: 5892)ـ
Selisihilah kaum musyrikin, biarkanlah janggot kalian panjang, dan potong nipislah misai kalian! (HR. Bukhari: 5892)

Baca lagi dalil-dalil yang menjelaskan tentang hal ini di sini.

Beli di sini.

Februari 16, 2011

Penulisan Fiqh Al-Shafi’i

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 4:32 pm

Judul : Penulisan Fiqh Al-Shafi’i ; Pertumbuhan dan Perkembangannya

Penulis : Prof. Madya Dr. Mat Sa’ad Abd Rahman

Penerbit : Penerbitan Hizbi (1986)

Halaman : 81 mukasurat

Bab 1 : Sejarah Hidup

Bab 2 : Al-Shafi’i dan Penulisannya

Bab 3 : Fiqh Al-Shafi’i, Perkembangan dan Penulisannya Sesudah Beliau Wafat

Bab 4 : An-Nawawi dan Penulisan Kitab Minhaj al-Talibin

Naksah ini merupakan perbincangan ringkas berkaitan Imam As-Syafi’i salah seorang imam besar ahlus sunnah wal jama’ah.

Fokus utama buku ini ialah membicarakan pertumbuhan, perkembangan dan proses penulisan mazhab Syafi’i.

Dalam bab akhir, penulis membawakan perbincangan kepada Imam Nawawi, salah seorang imam besar dalam mazhab Syafi’i.

Naskah ini antara naskah awal dalam bahasa Melayu yang saya jumpa.

Disember 30, 2010

Beberapa Koreksi Tata Cara Solat

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 11:39 am

Buku 1 : Koreksi Penting Tata Cara Solat (La Jadida fi Ahkami Solah)

Buku 2 : Hukum Mengusap Muka Setelah Solat dan Berdoa (Juzun fi Mash al-Wajhi bi Yadaini Ba’da Raf’ihima Ad-Dua)

Kedua-dua buku ini merupakan naskah terjemahan karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid (meninggal 2008).

Secara peribadi saya menanggapi kedua naskah ini sebagai karya yang sangat bersifat akademik. Oleh yang demikian itu ia tidak sesuai untuk bacaan orang awam.

Namun bagi penuntut ilmu, naskah ini sangat bermanfaat. Sebagai contoh pengarang membawakan 7 hadith berkaitan mengusap muka setelah solat dan doa. Kemudian beliau ‘takhrij‘kan hadis-hadis tersebut beserta kritik ahli hadis terhadap peraw-perawinya.

Jika tidak hati-hati dan cermat pembaca yang masih belum biasa dengan teknik perbahasan begini akan mudah ‘hilang‘ dalam perbincangan.

Kemudian, pada akhir perbahasan pengarang akan membuat kesimpulan pendapat mana yang lebih kuat dan tepat.

Begitu juga dengan naskah Koreksi Tata Cara Solat.

Pun begitu, saya difahamkan naskah Syaikh Bakar bin Abu Zaid ini juga pernah dikoreksi oleh sarjana lain. Antara yang dibincangkan termasuk bab ‘Berlebihan dalam Merapatkan Saf“.

Perbincangan ini panjang dan luas.

Oktober 7, 2010

Amalan Apakah Yang Paling Utama

Filed under: Adab & Akhlak,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 6:13 pm

Penulis : Prof. Dr. Ibrahim Amir Ruhaili

Pernterjemah : Thoriq Abdul Aziz At-Tamimi

Penerbit : Darus Sunnah, Jakarta (2009)

Halaman : 342 halaman

Buku ini khusus untuk orang-orang yang ghairah sahaja. Maksud saya ghairah beramal untuk mendapatkan keutamaan dan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Syarat Sah dan Diterima Sesuatu Amal Ibadah

Tidak semua perbuatan baik diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala. Sarjana Islam mengeluarkan dua pra-syarat supaya sesuatu amalan itu diterima oleh Allah.

Secara ringkasnya ia boleh disimpulkan dalam dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh setiap orang Islam pada setiap kali solat. Maksudnya,

“Tiada Tuhan Yang layak diibadati, melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

  • Pertama : Ikhlas @ Tauhid

Ayat pertama mensyaratkan ikhlas beribadat hanya kepada Allah. Ikhlas juga bermakna mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apapun. Definisi ini diambil dari Surah Al-Ikhlas yang inti seluruh surah ini berkaitan tauhid dan larangan syirik.

  • Kedua : Ikut Sunnah

Lafaz kedua kalimah syahadah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah dan wajib diikuti, bagi sesiapa yang mahu mendapat pahala dan masuk syurga.

Amal Apa Yang Utama

Setelah dua perkara pokok yang menjadi pra-syarat ini dipenuhi barulah sesuatu amal itu layak dinilai oleh Allah untuk diberi pahala.

Buku karya ilmuwan tersohor ini membincangkan jenis-jenis amalan dan darjat keutamannya menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Beramal seperti berdagang juga. Kita bukan sahaja mahu berniaga sebanyak-banyaknya, kita juga mahu perniagaan kita untung semaksimal yang mungkin. Ada orang berniaga dari siang sampai ke malam, namun dek kerana kurangnya ilmu berniaga untungnya biasa-biasa sahaja. Dalam satu sisi yang lain, ada orang berniaga dalam masa yang sedikit sahaja, namun untungnya berlipat-kali ganda.

Kalau berdagang di dunia sahaja sudah perlu ilmu dan kemahiran, makanya tentu berdagang (baca : beramal) untuk akhirat lebih dari itu perlu kepada ilmu.

Dengan ilmu kita akan dapat membandingkan darjat amal antara satu dengan yang lain.Yang mana lebih utama

  • Memberi salam atau menjawab salam. Memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu wajib hukumnya.
  • Membaca Al-Qur’an banyak secara pantas, atau membaca Al-Qur’an sedikit dengan perlahan dan tartil.
  • Sedekah sekali dengan jumlah banyak, berbanding sedekah sedikit secara berterusan.

Saya bawakan beberapa contoh perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini untuk menggamit perhatian pembaca.

Daftar Isi

  1. Perhatian Generasi Salaf Terhadap Keutamaan Amal dan Antutias untuk Mendalami Hal ini 22
  2. Keutamaan Amal Berdasarkan Jenisnya 30
  3. Keutamaan Amal Berdasarkan Sisi Wajib dan Sunnahnya 60
  4. Keutamaan Amal Berdasarkan Niat dan Kekuatan Ikhlas 84
  5. Keutamaan Amal Berdasarkan pada Baiknya Ber-Ittiba’ 98
  6. Keutamaan Amal Berdasarkan Konsistensi dan Kontinuitas Perlaksanaannya 142
  7. Keutamaan Amal Berdasarkan Perlaksanaan, Kesederhanaan, Ketepatan, dan Kemudahan Perlaksanaannya 160
  8. Keutamaan Amal Berdasarkan pada Kedudukan dan Derajat Pelakunya di Sisi Allah Ta’ala 186
  9. Keutamaan Amal Berdasarkan Masa dan Waktu Perlaksanannya 194
  10. Keutamaan Amal Berdasarkan Tempat dan Lokasi Perlaksanaannya 230
  11. Keutamaan Amal Berdasarkan Pengaruhnya Bagi Makhluk 244
  12. Keutamaan Amal Berdasarkan Situasi yang Menyertainya 260
  13. Mempertimbangkan Hal-hal yang Menjadi Penyebab Utamanya Suatu Amal dan Mendahulukan Salah Satunya pada Saat Bersamaan 292
  14. Penutup 321
  15. Daftar Pustaka 329

Ogos 29, 2010

As-Sunnah dalam Mengamalkan As-Sunnah

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 11:00 pm

Fadlan Mohd Othman

Jahabersa 2006

83 halaman 

Buku ini merincikan 4 tunggak utama dalam beragama. Iaitu Sunnah dalam Mengamalkan Iman, sunnah daam mengamalkan  amal soleh, sunnah dalam mengamalkan kebenaran dan sunnah dalam mengamalkan kesabaran. Empat perkara ini terangkum di dalam satu surah AL-Quran yang ringkas. 

“Demi masa. Sesungguhnya manusia iatu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, yang beramal soleh, yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran”. (Al-Asr )

 Imam Asy-Syafi’i memberi komentar kepada surah ini, 

“Sekiranya Allah tidak menurunkan ke atas makhlukNya sebarang hujah melainkan surah ini, pasti ia sudah memadai”. (halaman 15) 

Naskah ini merincikan bahagian pertama perihal iman dengan memasukkan kepentingan ilmu sebelum iman dan amal. Ini berdasarkan ayat Al-Qur’an yang bermaksud, 

“Maka tetapkanlah pengetahuanmu bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah dan silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang beriman – lelaki dan perempuan dan Allah mengetahui akan gerak geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (Surah Muhammad : 19) 

Asalanya naskah ini diambil dari kertas kerja pengarang yang dibentangkan di sebuah seminar. Oleh yang demikian itu, naskah ini tidak dapat dikembangkan dengan lebih rinci. Ia sekadar pengenalan ringkas dan perbincangan empat perkara ini sangat wajar dan perlu dilanjutkan.

Julai 22, 2010

Khilaf dalam Islam : Sebab dan Adab

Filed under: Dakwah,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 9:54 am
Tags: ,

Abdul Rasyid Idris

Dr Azwira bin Abdul Aziz

Dr Fadlan Mohd Othman

Penerbit : Jahabersa

Buku ini menghimpun 3 tulisan dari 3 penulis :

  1. Perkara Yang Pasti dan Tidak Pasti
  2. Fakto-Faktor Perselisihan Pendapat
  3. Adab-Adab Berbeza Pendapat Dalam Islam

Tulisan ini kompak (padat) namun isinya tetap bernas. Semua dibawakan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman salaf.

Ia tidak perlu diulas panjang.

Surah Hud 11 : 118 Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat 119. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.

Perselisihan pendapat dan perbezaan pandangan adalah lumrah kejadian Allah. Namun ini tidak bermakna Allah menyuruh hambanya sentiasa berbalah, sebaliknya Allah memerintahkan hambanya untuk bersatu atas kebenaran.

Sesunguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa Ar-Rasyidin Mahdiyin selepasku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat”. (Sahih : Sunan Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Selepas merincikan faktor dan punca yang menyumbang kepada perbezaan pendapat, naskah ini juga membawakan solusi menurut Islam.

Namun saya tegaskan, perbincangan tentang khilaf khusus untuk orang yang berfikiran terbuka, lapang dada menerima pembaikan@kritikan dan tidak taksub mazhab.

Buku ini tidak akan bermanfaat kepada orang yang taksub mazhab dan sempit dadanya menerima kebenaran dari orang lain.

Julai 1, 2010

Menguak Misteri Shalat Subuh

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 5:00 am
Tags:
Menguak Misteri Shalat Subuh

Pengarang :

Abdul Muhsin bin Zainuddin bin Qaasim

Penerbit : Rumah Dzikir

132 halaman

Termasuk beberapa bab yang menarik dan penting dalam buku ini ialah :

  1. Keutamaan dan kelebihan solat subuh
  2. Keutamaan dan keutamaan solat sunah Qabliyah subuh
  3. Tips-tips bangun solat subuh
  4. Koreksi terhadap buku Misteri Solat Subuh

Beberapa keutamaan dan kelebihan solat subuh

Jabir bin Abdullah menceritakan, ketika bersama Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau), beliau memandang ke arah bulan purnama lalu berkata,

“Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sepertimana kalian melihat bulan ini. Jika kalian sanggup tidak meninggalkan salat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya, maka lakukanlah.”

Kemudian beliau membacakan ayat ini,

Dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-Mu sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya” (Thaha 30).

(dari rekod Bukhari)

Keutamaan solat malam

Jibril pernah datang kepada Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) lalu berkata,

“Wahai Muhammad! Silakan engkau hidup sesukamu, kerana engkau akan mati juga. Cintailah sesiapa sahaja yang kau mahu, kerana engkau pasti berpisah dengannya. Berbuatlah sesuka hatimu, kerana engkau akan diberi balasan”.

Kemudian Jibril melanjutkan,

“Wahai Muhammad! Sesungguhnya kehormatan seorang mukmin itu pada solat malam. Kemuliaanya adalah ketika ia tidak meminta-minta orang lain”.

(dari rekod Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Mundziri, Thabrani dan Albani)

Laman Berikutnya »