Mari baca

Oktober 7, 2010

Amalan Apakah Yang Paling Utama

Filed under: Adab & Akhlak,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 6:13 pm

Penulis : Prof. Dr. Ibrahim Amir Ruhaili

Pernterjemah : Thoriq Abdul Aziz At-Tamimi

Penerbit : Darus Sunnah, Jakarta (2009)

Halaman : 342 halaman

Buku ini khusus untuk orang-orang yang ghairah sahaja. Maksud saya ghairah beramal untuk mendapatkan keutamaan dan ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Syarat Sah dan Diterima Sesuatu Amal Ibadah

Tidak semua perbuatan baik diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala. Sarjana Islam mengeluarkan dua pra-syarat supaya sesuatu amalan itu diterima oleh Allah.

Secara ringkasnya ia boleh disimpulkan dalam dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh setiap orang Islam pada setiap kali solat. Maksudnya,

“Tiada Tuhan Yang layak diibadati, melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

  • Pertama : Ikhlas @ Tauhid

Ayat pertama mensyaratkan ikhlas beribadat hanya kepada Allah. Ikhlas juga bermakna mentauhidkan Allah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu apapun. Definisi ini diambil dari Surah Al-Ikhlas yang inti seluruh surah ini berkaitan tauhid dan larangan syirik.

  • Kedua : Ikut Sunnah

Lafaz kedua kalimah syahadah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah dan wajib diikuti, bagi sesiapa yang mahu mendapat pahala dan masuk syurga.

Amal Apa Yang Utama

Setelah dua perkara pokok yang menjadi pra-syarat ini dipenuhi barulah sesuatu amal itu layak dinilai oleh Allah untuk diberi pahala.

Buku karya ilmuwan tersohor ini membincangkan jenis-jenis amalan dan darjat keutamannya menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Beramal seperti berdagang juga. Kita bukan sahaja mahu berniaga sebanyak-banyaknya, kita juga mahu perniagaan kita untung semaksimal yang mungkin. Ada orang berniaga dari siang sampai ke malam, namun dek kerana kurangnya ilmu berniaga untungnya biasa-biasa sahaja. Dalam satu sisi yang lain, ada orang berniaga dalam masa yang sedikit sahaja, namun untungnya berlipat-kali ganda.

Kalau berdagang di dunia sahaja sudah perlu ilmu dan kemahiran, makanya tentu berdagang (baca : beramal) untuk akhirat lebih dari itu perlu kepada ilmu.

Dengan ilmu kita akan dapat membandingkan darjat amal antara satu dengan yang lain.Yang mana lebih utama

  • Memberi salam atau menjawab salam. Memberi salam itu sunat, manakala menjawab salam itu wajib hukumnya.
  • Membaca Al-Qur’an banyak secara pantas, atau membaca Al-Qur’an sedikit dengan perlahan dan tartil.
  • Sedekah sekali dengan jumlah banyak, berbanding sedekah sedikit secara berterusan.

Saya bawakan beberapa contoh perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini untuk menggamit perhatian pembaca.

Daftar Isi

  1. Perhatian Generasi Salaf Terhadap Keutamaan Amal dan Antutias untuk Mendalami Hal ini 22
  2. Keutamaan Amal Berdasarkan Jenisnya 30
  3. Keutamaan Amal Berdasarkan Sisi Wajib dan Sunnahnya 60
  4. Keutamaan Amal Berdasarkan Niat dan Kekuatan Ikhlas 84
  5. Keutamaan Amal Berdasarkan pada Baiknya Ber-Ittiba’ 98
  6. Keutamaan Amal Berdasarkan Konsistensi dan Kontinuitas Perlaksanaannya 142
  7. Keutamaan Amal Berdasarkan Perlaksanaan, Kesederhanaan, Ketepatan, dan Kemudahan Perlaksanaannya 160
  8. Keutamaan Amal Berdasarkan pada Kedudukan dan Derajat Pelakunya di Sisi Allah Ta’ala 186
  9. Keutamaan Amal Berdasarkan Masa dan Waktu Perlaksanannya 194
  10. Keutamaan Amal Berdasarkan Tempat dan Lokasi Perlaksanaannya 230
  11. Keutamaan Amal Berdasarkan Pengaruhnya Bagi Makhluk 244
  12. Keutamaan Amal Berdasarkan Situasi yang Menyertainya 260
  13. Mempertimbangkan Hal-hal yang Menjadi Penyebab Utamanya Suatu Amal dan Mendahulukan Salah Satunya pada Saat Bersamaan 292
  14. Penutup 321
  15. Daftar Pustaka 329

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: