Mari baca

Mac 4, 2015

Motivasi Islami yang Paling Berkesan – Kitab Shahih at-Targhib wa at-Tarhib

Filed under: Adab & Akhlak,Motivasi — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , , ,

Ringkasan

shahitarghibcovKitab ini merupakan edisi tahkik/ saringan yang dilakukan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ke atas kitab at-Targhib wa at-Tarhib karangan Imam al-Mundziri (w. 656H). Ia merupakan koleksi himpunan hadis-hadis motivasi dan amaran (anjuran & ancaman). Kemudiannya pakar hadis zaman ini melihat akan besar manfaat dari kitab ini, maka beliau mengambil inisiatif untuk menyaring dan menyemak semula status sanad hadis-hadis yang dibawakan di dalam kitab ini. Maka lahirlah Shahih at-Targhib wa Tarhib.

Rebiu

Firman Allah maksudnya: “Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik . Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Surah An-Nahl : 125)

Ibn Qayyim menjelaskan bahawa hikmah digunakan pertama kali dalam menyampaikan seruan dakwah. Setelah itu jika tidak memberi kesan, maka diberingan ‘mau’izah hasanah’ berupa peringatan yang baik yakni janji-janji Allah akan ganjaran beramal dan ancaman berbuat dosa. Dan kemudian jika masih tidak berhasil maka baharulah masuk kepada fasa ketiga yakni membantah mereka dengan cara yang baik.

Kitab Shahih Targhib wa Tarhib ini menghimpunkan hadis-hadis berkaitan anjuran beramal dan ancaman meninggalkannya. Ia termasuk dalam kategori kedua yakni sebagai ‘mau’izah hasanah’.

Bukanlah kita tidak mengetahui akan kewajipan sesuatu ibadah sebagai contoh, namun ada ketika kita

Advertisements

Februari 25, 2015

Buku-buku Jerry D. Gray

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 9:54 pm
Tags: , , , , ,

Buku-buku Jerry D. Gray telah diterjemah dan diterbitkan oleh Pts sejak beberapa tahun yang lalu. Ia diulang cetak banyak kali lantaran fakta dan pendedahan yang dibuat. Namun ia belum cukup kuat untuk menarik saya membeli dan membacanya. Sehinggalah suatu pagi guru kami terlewat sampai ke kelas kerana ralit membacanya.

Di dalam kelas, beliau menceritakan bahkan mencadangkan agar kami membeli dan membaca apa yang diceritakan oleh Jerry D. Gray.

Rupanya beliau seorang yang berasal dari US kemudian menulis pendedahan mengenai kejahatan dan perancangan jahat pihak Barat khususnya Yahudi-Illuminati. Memeluk agama Islam dan melarikan diri ke Indonesia.

Pagi ini alhamdulillah saya sempat mengimbas 3 buah buku yang telah diterjemahnya yakni Art Of Deception, Deadly Mist dan The Final Chapter.

Ia pendedahan yang mungkin mengejutkan pada sebahagian orang. Namun kepada mereka yang membaca Al-Qur’an dan Hadis Nabi khususnya yang berkaitan ‘Fitan’ atau tanda-tanda kecil kiamat, hal ini bukan sesuatu yang baharu.

Naskah Jerry D. Gray direkomen untuk dibaca.

Cov_Art_of_Deception-240x361Final_Chapter-240x369
Cover-Deadly-Mist

Oktober 27, 2013

Kitab Zuhud oleh Imam Ahmad bin Hanbal

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 8:22 am

Kitab Zuhud: Imam Ahmad bin Hanbal

Gambar

Setakat yang kita kenal ada beberapa ulama’ mengarang kitab dengan tema yang sama. Antaranya termasuk:
– Imam Abdullah ibn Almubarak: Az-Zuhud war Raqaaiq
– guru Imam Ahmad yakni Waki’ Ibn Jarrah
– Fudhail b Iyadh: Raqaiq
– dan dari zaman mutkahir seperti Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, pakar hadith dari Indonesia.

Dianggarkan lebih 60 judul telah dikenal pasti dikarang oleh ulaman dan tema ini.

Syaikhul Islam pernah memuji, “Satu-satunya kitab zuhud yang paling bagus ialah yang dikarang oleh Al-Imam Ahmad.

Biografi Ringkas

Imam Ahmad lahir di Baghdad pada tahun 164H/ 780M. Antara gurunya termasuk:
– Sufyan bin Uyainah
– Yahya al-Qattan
– Waki’ ibn Jarrah
– Imam Syafie

Manakala anak-anak murinya:
– dua orang anaknya sendiri Abdullah dan Soleh
– Ali Al-Madiny
– Al-Bukhari
– Muslim
– Abu Dawud
– Abu Zar’ah Ar-Razy
– Abu Hatim Ar-Razy dll

Kehidupan

Yazid bin Al-Munady berkata, “Al-Imam Ahmad termasuk orang yang paling hidup dan mulia jiwanya, paling baik pergaulan dan adabnya. Pandangan matanya lebih banyak menunduk dan juga menahannya, menghindari keburukan dan main-main, tidak pernah mendengar darinya kecuali penyampaian hadith, suka menyebut orang soleh dan zuhud dengan rasa hormat dan sebutan kata-kata yang baik.”

Harmalah berkata, “Aku pernah mendengar Asy-Syafii berkata: saat keluar dari Iraq, aku tidak meninggalkan seseorang yang lebih mulia, lebih berilmu, lebih wara’ dan lebih bertaqwa selain dari Ahmad bin Hanbal.

Qutaibah berkata, “Suffyan Tsauri meninggal dunia dan wara ikut meninggal bersamanya. Asy-Syafii meninggal dunia dan As-Sunnah ikut meninggal bersamanya. Ahmad bin Hanbal meninggal dunia dan bid’ah pun muncul.”

Antara kitab beliau yang sudah dicetak termasuklah:
– Musnad, memuat 30,000 hadith.
– Az-Zuhud
– Ar-Radd ala Zanadiqah fiima fiihi min Mutasyabih Al-Quran.

Dan kitab yang masih berupa tulisan tangan
– Al-Asyribah
– Al-Masaail
– Al-Ilal war Rijal

Dan banyak lagi.

Rebiu Kitab Az-Zuhud

Di dalam kitab ini memuat 2,345 nas berupa hadith dan atsar.

Pada bahagian pertama Imam Ahmad membawakan riwayat-riwayat berkaitan sifat zuhud Rasulullah dan para Nabi yang lainnya.

Kemudian di bahagian kedua kisah zuhud para sabaha dan tabi’in.

Edisi terjemahan ini diterbitkan oleh Darul Falah, Jakarta. Setebal 417 halaman dan diterjemah oleh Kathur Suhardi.

Terima kasih kepada rangkaian Kedai Buku Bushra cawangan Perak kerana membawakan buku ini di atas rak mereka.

Jun 16, 2013

Buku-Buku Tentang Sufi dan Tasauf

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Tadi malam seorang sahabat yang mempunyai sebuah perpustakaan peribadi sebesar banglo meminta cadangan buku-buku tentang sufi dan tasawuf. Beliau memanjang permintaan dari kenalannya. Berikut petikan dari jawapan itu:

… Tasawuf dalam maksud adab membersihkan hati serta membaiki akhlak sesuai dengan ajaran al Qur’an dan Sunnah Nabi. Itu tasauf yang sahih.

Manakala tasawuf dan sufi yang mengajar orang tidak solat, bersuluk di tempat tertentu dengan ritual yang tidak diajar oleh Nabi itu adalah tasawuf yang sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Wallahuaklam saya tidak pasti tasauf yang mana dimaksudkan. Dengan sangkaan baik maka saya rekomen beberapa judul berkaitan penyucian hati dan akhlak. Sebahagiannya saya sudah baca dan ambil faedah. Ada yang belum saya baca, namun saya rekomen berdasarkan penilaian orang lain yang sudah membacanya.

1. Tazkiyatun Nufus: Syaikh Salim Eid al Hilali. Pustaka Imam Asy Syafie.

Ini saya sudah baca dan huraian ringkas danterus kepada poin. Penulis ialah ulama’ hadith dari Jordan, anak murid kanan Syaikh al Albani rahimahullah. Di awal buku ini penulis bawakan kisah-kisah bagaimana para Nabi menyucikan hati mereka.

2: Buku Putih Ihya’ Ulumuddin Imam al Ghazali: Syaikh Jamaluddin al Qasimi. Penerbit Darul Falah.
3: Mukhtasar Minhajul Qasidin: Ibnu Qudamah al Maqdisiy.

Kedua naskah ini disarikan dari kitab monumental dalam bidang akhlak dan tasauf. Ihya’ Ulumuddin adalah magnum opus bagi Imam al Ghazali bahkan mungkin kitab yang paling dikenali dalam bidang tasawuf. Akan tetapi di dalamnya terkandung banyak kesalahan dan hadis2 yang tidak sabit dari Nabi. Dikatakan bahawa Imam as Subki mengira ada 923 hadis palsu di dalamnya.

Namun disebabkan kitab ini tersohor dan sangat banyak digunakan dalam masyarakat bukan sahaja hari ini, sejak dahulu lagi. Beberapa ulama telah melakukan saringan. Antara yang paling awal ialah Imam Al Iraqi, guru yang memberikan gelaran al Hafidz kepada anak muridnya Ibnu Hajar al Asqalani.

2 kitab yang saya rekomen di atas adalah ringkasan dan hasil saringan dari Ihya Ulumuddin. Karya Al Qasimi saya belum pernah baca. Yang saya tahu Syeikh al Qasimi seorang ulama hadith. Saya mendengar syarahan kitab beliau bertajuk Qowaidu Tahdith Min Fununi Mustalahul Hadith. Kuliah syarahan dibuat oleh Ust Abu Yahya Badrussalam (download di www.kajian.net).

Kitab al Maqdisy itu saya sempat semak beberapa bahagian sahaja belum habis baca lagi. Juga Ust Abu Yahya ada kuliahkan. Namun saya baru sempat dengar separuh. Dan Mukhtasar Minhajul Qasidin sarat dengan faedah. Dari situ saya belajar tentang anjuran memberi hadiah kepada orang kaya.

4. Bustan al Wa’izin, Suluh Penyucian Jiwa: Imam Ibnul Jauzi.

Belum dibaca. Yang saya ada dan pernah baca sebahagian ialah Talbis Iblis oleh Ibnu Jauzi. Beliau pakar dalam bab tipu daya syaitan terhadap manusia.

5: Raudatul Muhibbin, Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu: Ibnu Qayyim al Jauziyan.

Pernah belek namun belum pernah baca. Ibnu Qayyim ialah seorang ulama’ yang pakar dalam ilmu kejiwaan atau disebut sebagai psikologi. Saya katakan beliau ialah bapa psikolog Islam.

Bukan sahaja kandungannya bahkan bahasa yang digunakan puitis dan mengalir terus masuk ke dalam hati pembaca. Jika penterjemahnya bagus, kita akan dapat merasai keindahan bahasanya.

6: Zuhud Cahaya Kalbu: Imam Ahmad bin Hanbal.
7: Zuhud: Imam Ibnul Mubarak.

Lazimnya orang tasawuf dan sufi suka kepada zuhud. Maka dua buku ini menjelaskan hakikat zuhud yang sahih dari al Quran dan hadith.

Adalah salah memberi makna zuhud dengan meninggalkan kerja, beribadah di masjid semata dan kemudian mengharap belas ihsan orang lain untuk hidup. Ini makna zuhud di sisi sami Budha dan bukan di sisi orang Islam.

Sejarah mencatatkan bahawa para Imam yang zuhud seperti Ibnul Mubarak sendiri dan Imam Laits bin Saad adalah dari golongan yang kaya dan berharta.

Kedua kitab Zuhud ini saya belum baca dan termasuk dalam ‘wish list‘ saya.

Ini beberapa buku yang saya ketahui dan sempat semak. Mungkin ada lagi senarai lain yang saya tidak ketahui.

Juga saya mencadangkan 2 lagi judul tambahan. Dua judul ini adalah rod atau bantahan terhadap kesesatan sufi dan tasawuf. Dalam ertian tasauf yang sesat dan menyimpang dari ajaran Islam. Tasauf yang ada dan sahih dari ajaran Islam itu semuanya didasari dengan al Quran serta hadith yang sahih. Kedua nya itu harus difahami dan diamalkan sesuatu dengan petunjuk Nabi dan para sahabat.

2 buku itu ialah:

1. Darah Hitam Tasawuf: Dr. Ihsan Ilahi Zahir. Penulis ialah ulama’ hadtih dari Pakistan atau India.

Penulis adalah pakar yang banyak mengkaji tentang kesesatan tasawuf dan juga kesesatan Syiah. Ulama menyebut bahawa tasawuf dan tasawuf itu ialah saudara kandung.

Akibat dari keberanian dan ketajaman kritikan beliau terhadap Syiah dan tasawuf, dia dibom dalam sebuah siri ceramah nya di Pakistan. Dalam ceramah itu beberapa lagi ulama’ lain yang hadir turut sama maut. Beliau ketika itu cedera parah dan meninggal dunia dalam pesawat ketika penerbangan ke Arab Saudi. Ketika itu mufti Arab Saudi meminta agar beliau dikirim kesana untuk mendapatkan rawatan.

2: Dzikir ala Tasawuf: Dr. Arifin Badri.

Penulis ialah ilmuan dan pendakwah berasal dari Indonesia lulusan phd dari Univ Madinah. Buku ini saya belum pernah baca. Saya cuma sering mengikuti tulisan dan rakaman kuliah beliau dalam bidang muamalat dan bisnes. Wallahuallam.

Sekiranya ada tambaha saya akan maklumkan kemudian. Barokallahufik. Jazakumullahukhar.

Nota Akhir

– nota ini terdedah kepada pembaikan dan koreksi. Sila tambah atau koreksi di bahagian komen.

– semua judul diatas sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia dan dijual diwww.atsar.ilmusunnah.com

Februari 2, 2013

Bahaya Lidah; Penyakit Lisan dan Terapinya

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 1:47 am
Tags: , , ,

foto 2

“Buku terbaik untuk pejuang hak kebebasan bersuara.”

Penulis: Dr. Said bin Ali b Wahf al-Qahtani

Penterjemah: Eko Haryono, Aris Munandar

Penerbit: Media Hidayah (2003)

Lisan adalah laksana pedang bermata dua. Ia boleh digunakan untuk bertaqwa kepada Allah, menyebarkan kebaikan, dan mencegah perbuatan mungkar. Lisan juga berbahaya apabila apabila dipergunakan untuk mengikut kehendak syaitan, memecah-belah kaum Muslimin, dan perbuatan lain yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Buku ini sangat bagus dan paling tepat dibaca oleh pejuang hak kebebasan bersuara dan kaum Muslimin secara umum.

Jika manusia sangka lidah, tangan dan kaki mereka itu mutlak milik mereka dan berhak digunakan sesuka hati, maka anggapan itu jauh meleset. Hakikatnya semua itu hanya pinjaman dan diamanahkan untuk dijaga dan digunakan dengan cara yang disyariatkan.

Firman Allah dan ayat yang bermaksud, “Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. ” (Surah an-Nur, ayat 24)

Batas bersuara dan mengemukakan pandangan disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadis maksudnya, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Saya menyingkapi buku ini dari aspek personal yakni bagi memperbaiki lisan dan pertuturan dengan kaum keluarga, sahabat terdekat dan yang lain secara umumnya.

Kita mungkin tidak bercakap dengan ramai orang dalam satu hari, namun sebenarnya kita berinteraksi dengan jutaan manusia setiap hari lewat media sosial. Dengan hanya satu twit atau status, perkataan kita tersebar secara viral ke seluruh dunia.
Besar musibah yang menanti jika umat Islam tidak mengetahui batas-batas dan peranan lidah yang Allah kuriakan.

Kandungan

Bab 1: Mengumpat dan Mengadu Domba (Namimah)

Bab 2: Berdusta Atas Nama Allah

Bab 3: Menuduh Zina, Pertengkaran, dan Ucapan-ucapan yang Terlarang

foto (1)

Januari 1, 2013

Begini Seharusnya Menjadi Guru

Filed under: Adab & Akhlak,Keluarga,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 2:00 pm

Begini Seharusnya Menjadi Guru

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah sebaik-baik guru. Setiap tutur bicaranya indah dan penuh hikmah. Baginda bertutur apabila perlu bertutur. Perkataannya kemas, ringkas, namun padat dengan makna yang mudah dicerap.

Setiap tindak tanduknya diatur dengan kemas. Akhlak dan tatasusilanya penuh sopan.

Anak-anak murid baginda yakni para sahabat Nabi datang dari berbagai latar belakang. Ada orang bandar dan ada orang kampung (Badwi). Ada dari kalangan bangsawan dan ada dari kalangan hamba. Ada orang Arab, ada Parsi, Habsyah dam lain-lain lagi.

Tidak sedikit kanak-kanak dan pemuda yang tumbuh membesar di bawah asuhan dan pendidikan Nabi. Antaranya termasuk Zaid bin Harithah, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Ibn Umar, Hasan, Husein dan ramai lagi.

Dan mereka yang membesar di bawah asuhan dan didikan Nabi ini kemudiannya menjadi orang-orang besar dalam sejarah Islam, menjadi ulama’ panutan umat, panglima perang yang gagah berani dan manusia yang amat bermanfaat untuk kaum mereka.

Justeru adalah penting dan bermanfaat untuk kita mengetahui bagaimana Rasulullah membangunkan generasi pada zaman baginda. Yang kita ketahui amat terbatas sarana dan fasiliti.

Naskah ini termasuk dari sejumlah naskah yang disusun oleh pengarang untun merincikan metode Nabi dalam mendidik.

Tidak hanya ditujukan kepada guru bahkan kepada semua ibu dan bapa yang mendambakan anak-anak yang soleh dan membesar dalam asuhan dan didikan Islam.

Maklumat Buku

Judul: Begini Seharusnya Menjadi Guru
Judul Asal: Al-Muallim Al-Awwal
Penulis: Fuad bin Abdul Aziz Syalhub
Terjemahan: Jamaludin Lc
Halaman: 187

“Panduan lengkap metodologi pengajaran Rasulullah.”

Buku ini ada 3 bahagian.
Bahagian 1: Karekter Pengajar
Bahagian 2: Tugas dan Kewajipan Guru
Bahagian 3: Sistem & Metod Mengajar

Ada lebih 20 metod dibicarakan dalam naskah ini.

#Pendidikan #Parenting #Sunnah #MenuntutIlmu #ManhajSalaf#Pedagogi #Tarbiyah

April 19, 2012

Mahasiswa; Akhlak Penuntut Ilmu dan Para Demonstran

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 3:13 pm

Kepada mahasiswa dan para penuntut ilmu, buku ini sangat bermanfaat untuk kita semua. Ianya mengandungi untaian nasihat dan garis panduan yang perlu ada bagi seseorg mahasiswa atau penuntut ilmu.

Pensyarah kitab ini iaitu Syaikh Muhammad Shalih al Uthaimin tidak suruh para penuntut ilmu untuk berdemonstrasi dan berakhlak buruk. Tetapi beliau r.h menyarankan kita agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, berakhlak mulia, tawadhuk, tidak sombong, menghindari huru hara, menghindari teman yang berpelakuan buruk, bercita cita tinggi dalam menuntut ilmu, dan banyak lagi.

Syaikh tak suruh pun mahasiswa pergi ke jalanan untuk menjadi hero masyarakat. wallahua’lam.

http://www.facebook.com/humaixi

Februari 15, 2012

Beginilah Rasulullah Mengajar Kami

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 5:56 am
Tags: , , , ,

Generasi umat Islam pertama (salaful ummah) mampu meraih predikat tertinggi dalam pendidikan akhlak. Sehingga manusia berbondong-bondong memeluk agama Islam saat melihat perilaku mulia dan perlakuakn baik mereka. Jangan terkejut jumlah mereka yang masuk Islam kerana akhlak para sahabat melebihi jumlah mereka yang masuk Islam dengan cara berdebat atau diskusi.

Saya sedang menelaah/ meneliti secara perlahan dan hati-hati buku ini. Mengapa perlahan dan hati-hati? Kerana saya mahukan setiap perkataan yang tercetak dalam naskah in mesra dan serasi dengan akal dan jiwa saya.

Tidak ada perkataan yang lebih mengujakan dan membahagiakan daripada membaca buku-buku yang baik kandungan, olahan dan penyampaiannya seperti ini.

Penulis, Syaikh Khumais As-Sa’id menurut Ustaz Fauzan daru Mediu, merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Tanpa sebarang rebiu yang berjela-jela, saya titipkan beberapa bahagian penting dari buku ini sebagai makanan minda dan jiwa kalian.

Syaikh Khumais As-Sa’id menjelaskan kepentingan adab dan akhlak mulia dalam masyarakat:

“Apabila berbicara tentang pemikiran, kita akan dapati banyaknya perbezaan sesuai dengan perbezaan sumber dan cara memahaminya. Dan ketika berbicara tentang permasalah fikah, kita cenderung tenggelam dalam perbezaan mazhab fikah, dan kita banyak berbeza dalam hal yang rajah (pendapat yang kuat) dam marjuh (pendapat yang lemah), pendapat yang muktabar (dianggap sah) dan yang tidak muktabar.

Begitu juga tatkala memerikan masalah akidah, maka pasti tidak akan terlepas dari perbicaraan kelompok-kelompok, agama, keyakinan, kefasikan, pembid’ahan, atau pengkafiran.

Akan tetapi saat kita mengupas tentang adab dan akhlak, hampir semua akal manusia sepakat mana yang dianggap sebagai akhlak yang baik, dan mana yang dianggap akhlak yang buruk. Ruang perbezaan yang ada sangat kecil, baik di kalangan umat Islam sendiri ataupun interaksi dengan orang yang bukan Islam.

Orang yang paling mencintaimu akan lari saat kamu berhati batu. Manakala orang yang paling membencimu pasti akan berhukum kepadamu saat kamu bersikap jujur dan terpercaya.” (lihat: Beginilah Rasulullah Mengajari Kami, oleh Syaikh Khumais Sa’id, ms. 40, Darus Sunnah, Jakarta, cet. 2, 2008)

Harga RM18.00 untuk membeli, klik galeriniaga.

Januari 25, 2012

Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 6:06 am

Judul : Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

Penulis : Pendita Za’ba

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (2009)

Saya tidak memiliki banyak buku karangan satu-satunya tokoh Melayu yang dipakaikan gelar pendita. Yang ada ialah naskah ini dan sebuah buku pedoman berbahasa “Ilmu Mengarang Melayu” yang diselenggaraka oleh Prof Emiritus Asmah Hj Omar.

Beberapa tahun belakangan ini saya mendengar beberapa orang bercerita tentang Za’ba dan karyanya. Hanya baru beberapa hari ini saya sempat meneliti dan membacanya dengan perlahan.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.” Mungkin ini gambaran yang tepat mengenai Za’ba seperti yang diperkatakan.

Buku ini merupakan himpunan 15 buah artikel yang beliau tulis sekitar tahun 1952. Beliau banyak menyentuh tentang perangai, meneladani akhlak Nabi, berjiwa besar (dalam tulisan (Jangan Seperti Hati Tikus), hati-budi pekerti, dan tidak lepas juga mengkritik budaya dan pemahaman beragama masyarakat Melayu. Yang kesemuanya didasari dengan dalil Kitab dan Sunnah sama ada beliau menyebutkan asasnya atau tidak.

Tidak keterlaluan jika dikatakan tulisan beliau persis meniti jalan Nabi dan para sahabat.

Tegas dengan Akidah dan Isu Syirik

Di sela-sela kalimah yang beliau atur tidak pernah kering dengan menegaskan akidah-tauhid dan mencemuh amalan-amalan syirik yang wujud dalam umat Melayu. Beliau banyak kali menyebutkan kepercayaan-kepercayaan karut umat Melayu sebagai contoh mempercayai keramat kuburan dan hantu toyol.

Pemahaman beliau jelas, jauh lebih baik dari orang graduan lulusan agama yang banyak dalam negara hari ini, sekurang-kurangnya mereka yang saya kenal dan baca/ dengar tulisan/ lisan mereka.

Hadis Lemah dan Palsu

Ya, tidak ada gading yang tidak retak. Hanya Al-Qur’an sahaja yang tidak dikritisi orang yang beriman. Pendita Za’ba juga tidak sunyi dari memasukkan beberapa hadis yang tidak sabit dari Nabi seperti “tuntutlah ilmu sampai negeri China” dan “Tuntut ilmu dari buaian hingga liang lahad”.

Saya teringat akan jawapan sarjana hadis dari Indonesia yang mendapat jolokan Imam Bukhari Indonedia, Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat hafidzahullah. Beliau mengomentari hadis-hadis dhaif yang wujud dalam kitab-kitab ulama’, tidak ada ulama’ hatta ulama’ hadis sendiri yang terlepas dari kesilapan menggunakan hadis dhoif sebagai hujjah.

Hanya sahaja kita menilai sikap dan metodologi mereka.

Yang Indah Itu Bahasa 

Sesuatu yang indah dan sukar dicari ganti tentang Za’ba ialah kebijaksanaan dan hemat beliau menggunakan bahasa. Sepertinya saya mahu merebus naskah ini dan berendam didalamnya agar semua hikmah Za’ba menyerap ke dalam minda dan hati saya. Namun itu keterlaluan.

Cukuplah saya catatkan beberapa perkataan beliau yang mengesankan :

–         “Maka sebab itulah dari satu ke satu masa mereka itu berulang-ulang dilaga-lagakan oleh Tuhan sama sendirinya hingga remuk-redam dan pecah berdarah, bengkak-bengkil dan patah riuk, punah-ranah dan rosak binasa!” (jalaman 42)

–         Bidalah Melayu berkat “hidup manusia sandar-menyandar, umpama aur dengan tebing”. Jika dicongkah tebing nescaya terungkai aur lalu dihanyutkan oleh air, dan jika dibuangkan pokok aur itu nescaya hilanglah kekuatan tebing dan akhirnya lalu runtuh lalu ditumpu oleh air dan arus.

Memadai dengan itu, dan saya akhiri dengan sebuah syair yang beliau petik :

  Orang yang kuat menyangka diri

            Alim dan lebih bijak bestari 

            Itulah bebal, bukan jauhari

            Tidak akan ditunjuk ajari 

            Oleh bebalnya bertambah sombong

            Ilmu tak cukup, cakap melambung 

            Memuji diri bersambung-sambung

            Dalam kelompang, luar gelembung

Jun 1, 2011

Sedekah Sebagai Bukti Keimanan & Penghapus Dosa

Filed under: Adab & Akhlak,Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 1:47 pm

Penulis : Yazid bin Abdul Qadir Jawwas

Penerbit : Pustaka At-Taqwa, Bogor (2009)

Beli di galeriniaga.

Sedekah bukan perkataan asing dalam pendengaran orang kita.

Namun yang silapnya perkataan sedekah membawa konotasi negatif. Merujuk kepada peminta-peminta sedekah yang berkeliaran di kaki lima dan tepi jalan.

Sedekah mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan. Dari mendapat ganjaran pahala berganda-ganda sehingga 700 kali ganda seperti yang dikatakan oleh Allah sendiri dalam Surah Al-Baqarah hinggalah sedekah dapat menghadang seseorang itu dari dijilat api neraka.

Ada ulama’ memasukkan sedekah jariah ke dalam amalan yang ringan untuk dilakukan (tentunya oleh orang-orang yang beriman) namun mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.

Satu dari kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang sanggup bersedekah pada setiap hari pada waktu pagi ialah seperti yang dituturkan oleh Nabi,

“Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang berinfak’, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang yang tidak mau berinfak’.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Naskah karangan ilmuwan dan pendakwah dari Indonesia ini, Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas hafidzahullah sangat bermanfaat untuk mendorong dan memotivasi diri agar rajin bersedekah.

Beliau menghimpunkan dalil dari Al-Qur’an dan hadis tentang kelebihan dan keutamaan sedekah.

Selepas mencerna maklumat dari naskah ini baru saya faham dan mengerti mengapa tokoh-tokoh besar dari kalangan sahabat nabi dan ilmuwan Islam sanggup berhabis untuk memberi sedekah.

Jawapnya sangat mudah, kerana ganjarannya sangat besar bukan sahaja di akhirat bahkan juga di dunia.

Ikuti kajian kitab ini oleh pengarang sendiri di sini.

Laman Berikutnya »