Mari baca

Disember 20, 2009

Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif

Filed under: Kreatif,Pendidikan,Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 6:49 pm
Tags: ,

Penulis : Dr. Fatimah Busu
Penerbit : PTS Publication & Distributor
M/surat : 244
Harga : RN 22.00
Tahun Terbit : 2003

Ini kali kedua saya menulis ulasan buku ini. Kerana tulisan pertama saya terpadam tanpa sempat diselamatkan setelah kawan saya memformat komputernya. Alahai kisah.

Saya tak kenal siapa wanita Fatimah binti Busu sebelum membaca buku ini. Faktor yang mendorong saya memilih buku ini adalah kerana penulisnya ialah seorang wanita dengan gelaran Dr. Juga kerana kerana judlunya yang nampak akademik dan memberi harapan. Sebelum apa-apa kesimpula yang saya nak buat ialah buku ini mungkin boleh dikatakan mampu memupuk bakat dan bukannya minat dalam penulisan kreatif. banyak teori dan sedikit proses. Apapun jujurnya buku ini masih dalam kategori yang baik memandangkan tuisan sebegini amat kurang dalam bahasa melayu.

Menurut Dr. Fatimah Busu buku ini ditulis dalam tahun 1982 lagi dan kemudian dijadikan tesisnya. Dan yang perlu dicatatkan disini ketika buku ini ditulis saya mungkin belum lahir lagi ataupun sedang dilahirkan.

Antara beberapa bahagian sub topik yang saya kira perlu saya catitkan disini antaranya ialah sumber dan bahan inspirasi, teknik penulisan, stail penyampaian, plot, latar, nada dan mengenal fiksyen. Saya suka bahagian terakhir. Dalam bahagian mengenal fiksyen, Dr. Fatimah Busu sempat titipkan secara ringkas mengenai karya-karya yang bagus-bagus.

Saya sempat mencatat beberapa karya yang disebut dalam buku ini. Antara yang sempat saya ingat dan kerap kali disebut oleh Dr. Fatimah ialah Iakah Salamah : Ahmad Rashid Talu, Anak Mat Lela Gila : Ishak Haji Muhamad, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman : Dr. Anwar Ridhwan, Salina, Langit Petang : A. Samad Said, juga beberapa karya sasterawan kegemaran saya, Tunggul-tunggul Gerigis : Shahon Ahmad dan banyak lagi.

Saya puas membaca buku ini. Saya berazam untuk membaca lebih banyak karya kreatif. Saya hendak cari novel-novel dari Indonesia terutamanya Iwan Simatupang dan akan menghabiskan membaca novel Atheis (juga disebut dalam buku ini ).

Akhirnya, banyak benda yang saya pelajari (secara teori) dalam buku ini. Sukar untuk saya praktiskan semuanya seklaigus. Apapun saya akan berusaha untuk belajar dan belajar lagi untuk memperbaiki mutu tulisan saya.

(dipindahkan dari catatan blog lama saya tahun 2007)

Disember 18, 2009

Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu

Filed under: Kreatif,Pendidikan,Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 6:46 pm
Tags:

Penulis : Asmah Hj Omar (Prof Emiritus Dato’)

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun : 1993

Halaman : 254

Selakan pertama saya pada buku ini memaculkan satu baris kenyataan menarik dari penulis. Menurut Asmah Hj Omar, ‘leaning language is learning how to mean’. Bahasa ialah alat atau medium untuk menyampaikan makna. Dan titik inilah yang mendorong saya untuk membeli dan terus menilik buku ini dari kulit depan ke kulit belakang.

Bahasa sebagai alat komunikasi

Pada sesetengah orang, bahasa hanyalah bahasa. Berguna hanya sebagai perantara untuk berkomunikasi. Apa beza bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Apa beza bahasa Arab berbanding bahasa Mandari. Ia sama. Semuanya adalah alat menyamaikan maksud. Untuk berkomunikasi. Justeru menyampaikan ilmu atau proses pembelajan di dalam bahasa apapun ia sama sahaja.

Adakah kenyataan ini benar? Apakah bahasa itu sekadar bahasa semata-mata.

Dalam bahasa Melayu sendiri pun terdapat banyak perkataan untuk mewakili sesuatu objek atau tindakan. Sebagai contoh, babi dan khinzir merupakan satu yang sama. Namun menyebut babi dalam satu perbualan meninggalkan kesan emosi yang sangat berbeza berbanding menyebut khinzir. Begitu juga istilah isteri, bini dan orang rumah. Juga istilah perempuan, wanita dan betina. Maksud lateralnya sama, namun kesan emosinya berbeza.

Makna dalam bahasa berbeza

Itu senario yang berlaku dalam satu bahasa yang sama, apatah lagi jika diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain. Justice dan keadilan, secara zahirnya sama, namun makna yang terkandung di sebalik pengertian justice pagi penutur bahasa Inggeris dan keadilan bagi penutur bahasa melayu lain. Justice difahami sebagai kesamarataan, makala adil ialah meletakkan sesuatu pada tematnya. Kasut kulis yang mahal tempatnya tetap di tapak kaki, berbanding kopiah yang murah tempatnya teta di kepala. Menurut logik tentu sahaja yang lebih mahal letaknya di tempat yang lebih tinggi?

Asmah Hj Omar daam buku ini mengupas bahasa dan alam pemikiran melayu. Beliau memulakan tinjauan berbahasa sedari alam kanak-kanak hinggalah kea lam dewasa. Kemudian beliau melanjutkan kajian kepada kaedah berbahasa dialek utara/ Kedah. Beliau memilih Kedah sebagai sample alam Melayu berdasarkan aktiviti ekonomi masyarakat kedah sebagai petani sawah dan nelayan. Aktiviti ekonomi utama orang Melayu Semenanjung secara umumnya ialah dua aktiviti ini ; petani sawah dan nelayan. Penulis menegaskan bahasa berkait rapat dengan aktiviti ekonomi.

Buku ini walaupu ditulis dengan agak padat dan berat, namun atas sifatnya sebagai buku yang berbicara tentang bahasa, maka ia masih boleh dibaca oleh orang awam dan dapat difahami dengan mudah.

Disember 2, 2009

Sekali Peristiwa di Banten Selatan

Filed under: Kreatif,Sastera — Mohd Riduan Khairi @ 10:56 am
Tags: , ,

Penulis : Pramoedya Ananta Toer

Penerbit : Lantera Dipantara

Halaman : 124 mukasurat

Ini kisah Ranta dan isterinya Ijeng yang berkampung di Banten Selatan. Hanya ada 4 babak. Namun ia cukup untuk mengisahkan korupsi sebuah institusi masyarakat.

Kekuatan Pram, tidak syak lagi ialah pada ‘teknik bercerita’ yang visualik.

Sekarang dia menatap isterinya yang sejak tadi tidak membuka mulut dan hanya menain-mainkan hujung kebayanya”.

Matanya liar tertebar ke kiri, ke kanan, dan ke belakang

Dialog-dialog Pram saat falsafah dan bermakna.

Baca lagi

1. Perburuan

2. Keluarga Gerilya

November 18, 2009

Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak (2009)

Filed under: Kreatif,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 1:48 pm
Tags: , , , ,

Naskah yang ditulis oleh dua mentor saya ini tidak pernah menghampakan. Walaupun ringkas (setebal 97 halaman), namun tetap banyak manfaat.

Buku ini punya 2 bahagian. Pertama, bahagian teori dan pendekatan. Manakala bahagian kedua pula beberapa contoh latihan.

Kreativiti

Selalunya bidang kreatif dikaitkan dengan lagu, filem, sastera dan budaya.

Padahal selain bidang itu, sains dan teknologi juga memerlukan daya kreatif yang tinggi. Jika tidak masakan tercipatanya mesin dan alat.

Kanak-kanak dan kreatif

Secara fitranya kanak-kanak punya daya kreativiti yang tinggi. Namun sayang, semakin lama seseorang itu mendapat pendidikan secara formal, maka semakin daya kreatif itu malap.

Daya kreativiti juga berkait dengan peningkatan usia. Justeru tidak hairan lagu-lagu banru banyak dicipta oleh penggubah muda. Seperti contoh Ajai dan Cat Farish. Manakala pemuzik yang sudah senior, sekalipun sangat pakar seperti Roslan Aziz atau Ramli MS banyak terlibat dibelakang tabir, tidak lagi menggubah lagu baru.

Buku ini menerangkan beberapa kaedah dan prinsip buat menyubur dan menajamkan daya kreatif kanak-kanak.

Lagi rebiu dan beli.

Julai 17, 2009

Inovasi & Kreativiti Berfikir (2004)

Filed under: Akidah & Manhaj,Kreatif,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 5:41 am
Tags: ,

scan0002

Bagaimana Mengembangkan Inovasi & Kreativiti Berfikir ; Bagi Diri, Individu dan Masyarakat

Penulis : Muhammad ‘Abdul Jawwad

Penterjemah : Ahmad Abdillah Mattinetta & Nuhani Ramli

Penerbit : Jasmin Enterprise (2004)

Berfikir satu aktiviti penting. Namun selalunya yang paling penting itu yang paling terabaikan. Dalam agama yang paling asas dan penting ialah iman yakni aqidah. Dan dalam banyak bab bahagian agama, aqidah merupakan tajuk yang paling tidak popular berbanding bab-bab lain dalam agama. Kerana ia sangat asas dan terlalu penting, maka kita beranggapan ia boleh dipelajari dengan sendirinya.

Aqidah yang benar meluruskan cara fikir orang-orang Islam.

Dalam Bahasa Melayu sangat kurang buku-buku tentang berfikir ditulis. Yang ada pun mungkin beberapa judul dari Sifu Ainon Mohd. Selain beliau hampir tidak ada penulis lain yang khusus membincangkan tentang berfikir. Kehadiran naskah Inovasi dan Kreativiti Berfikir hasil terjemana mahasiswa Al-Azhar ini sedikit sebanyak mengisi ruang.

Berfikir berkait rapat dengan kegiatan menyoal, berbincang dan membuat keputusan. ia tidak dapat dipisahkan dari satu sama lain. Penulis membawa beberapa contoh dari kes Nabi Muhammad. Bahkan sedari awal lagi Allah melalui kalam Quran nya menyuruh umat Islam merenung dan berfikir tentang kejadian alam ciptaanNya.

Satu contoh berfikir Nabi ialah ketika peristiwa meletakkan batu hajarul aswad selepas pemidea_baikan Kaabah. Nabi Muhammad cuba membuat keputusan yang terbaik untuk memuaskan hati semua pihak.

Kes kedua ialah ekspedisi sahabat Nabi ke perkampunya Bani Quraizah. Nabi melarang sahabat solat melainkan sudah sampai di Kampung Bani Quraizah. Sebahagian darinya mengingkari dan solat juga di pertengahan jalan. Namun ketika diadukan kepada Nabi, beliau mengakui kedua-dua tindakan itu sebagai benar. Kerana kedua-duanya dibuat berdasarkan pertimbangan perintah Nabi yang lain.

Beberapa contoh lain turut disertakan.

Naskah ini banyak membantu. Pun begitu ia masih bersifat umum. Huraiannya tampil ringkas dan perlu diperincikan lagi.

Saya akan beralih ke sebuah buku lain tentang berfikir, karangan ilmuan Islam Harun Yahya. Semoga Allah kurniakan ilmu yang memberi manfaat. Amin.