Mari baca

September 6, 2010

Diagnosis Tapak Tangan

Filed under: Keluarga,Sains — Mohd Riduan Khairi @ 12:12 am

Diagnosis Tapak Tangan

Sajidi Jais

Alaf 21, Kuala Lumpur (2010)

126 halaman 

Ini bukan buku menilik masa depan dengan melihat tapak tangan. Kerana hal itu mengarut, mengandungi kebodohan dan lebih berbahaya dari itu ia suatu perkara syirik yang paling dimurkai oleh Tuhan Pencipta Alam, Allah. 

Ini adalah buku pintar tentang kesihatan. ‘Buku pintar kesihatan’ ialah perkataan saya. Ia menjelaskan prinsip-prinsip kesihatan tubuh badan dalam bahasa yang mudah difahami oleh pembaca umum (seperti saya). 

Tapak tangan 

Bahagian pertama memberi penjelasan tentang analisis tapak tangan. Menurut penulis, banyak urat-urat di telapak tangan menjelaskan situasi organ-organ dalam tubuh badan kita. Antaranya ialah tompok-tompok putih pada tapak tangan menunjukkan banyak angin berada dalam tubuh baca. Telapak tangan pucat dan bewarna kuning menunjukkan ada masalah pada hati. 

Sistem Imun

Namun yang lebih menarik pada saya ialah bahagian kedua, sistem imun tubuh. Menurut penulis, tubuh badan manusia memiliki sistem imun yang sangat canggih dan kompleks. Bermula dari derita mata, hidung, mulut sehingga ke hati dan ginggal, semuanya dilengkapi dengan sistem pelindung dari bakteria dan kuman pembawa penyakit. 

Apa yang mengejutkan ialah beberapa hal yang melemahkan sistem imun. Kerana perubadan moden percaya ia baik untuk kesihatan, padahal sebaliknya yang berlaku. Buku ini menyenaraikan beberapa perkara yang melemahkan sistem imun tubuh manusia. Antaranya termasuk : 

  1. Antibiotik. Antiotik bukan sahaja membunuh kuman yang membawa penyakit, bahkan ia membunuh semua bakteria lain yang diperlukan dalam badan. Terus saya teringat iklan ubat gigi Colgate dan sabun Dettol yang membunuh semua bakteria (termasuk bakteria baik juga). Salah satu penyumbang antibiotik ialah dari daging haiwan ternakan. (Jom makan ayam kampung!)
  2. X-ray. Sinar x membunuh sel-sel darah putih yang terkena sinaran. Sedangkan sel darah putih sangat penting untuk sistem imun.
  3. Kemoterapi. “Kajian mendapat pesakit kanser cenderung hidup lebih lama dan lebih baik jika tidak menjalani kemoterapi”.
  4. Vaksinasi.
  5. Alkohol dan rokok.
  6. Pembedahan tidk perlu
  7. Gula dan lemak
  8. Kosmetik dll. 

Dapatan dari buku ini menguatkan lagi apa yang saya baca melalui kajian sebuah buku ‘Sejarah Pemikiran’. Buku ini ditulis oleh Dr Sulaiman Nordin, bekas professor madya di UKM. Beliau menyarankan bayi diberi susu ibu sepenuhnya dan tidak menerima sebarang suntikan imunisasi. Saya menemui beberapa keluarga yang sihat dan segar dengan tidak menerima suntikan imunisasi semasa bayi.

Advertisements

Julai 26, 2010

Matahari Mengelilingi Bumi

Filed under: Sains — Mohd Riduan Khairi @ 10:48 am
Tags:

Matahari Mengelilingi Bumi : Bantahan Terhadap Barat Kafir

Pustaka Mujaddid 1996

104 halaman

Bacaan saya ini adalah lanjutan dari polemik dari laman Forum Al-Fikrah. Kemudian saya menemui naskah ini.

Sejak 2500 tahun dahulu Pygrusr melahirkan pendapat bahawa “BUMI MENGELILINGI MATAHARI”.

Kemudian pendapat itu dibatalkan oleh Iskandar Ptolemy pada tahun 150 Masihi. Sekitar 12 abad pendapat Ptolemy diikuti orang atau sekurang-kurangnya tidak dijumpai bantahan.

Sekita abad ke 14 Masihi, muncul Copernicus Nicolaus seorang tokoh gereja membangkitkan semula pendakat Pygrusr. Dan dua abad kemudian, abad ke 16, muncul pula Yohanes Kepler menyokong pendapat itu.

Selain membawakan beberapa kesalahan menghujahkan bumi mengelilingi matahari, penulis juga membawakan beberapa perbincangan yang lain termasuk :

  • Perjalanan Matahari dan Bulan
  • Saiz Bumi berbanding Matahari
  • Panjang Garis Khatulistiwa

Saya meminati gaya perbincangan buku ini. Selama ini kita hanya disogokkan dengan ‘fakta’ yang kononnya saintifik dan sudah dilakukan kajian. Padahal fakta-fakta sains itu sebahagiannya masih belum menjadi fakta. Ia masih andaian yang dipaksakan menjadi fakta yang diyakini.