Mari baca

Mac 2, 2015

Melayu di Kemboja, Lao PDR dan Vietnam

Filed under: Sejarah,Tamadun — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , , , , ,

Melayu di Kemboja, Lao PDR dan Vietnam

IMG_3022Tidak ramai yang menyedari bahawa keluarga besar bangsa Melayu melewati negara-negara seperti Kemboja, Laos hingga ke Vietnam.

Prosiding Konferens ini menampilka 36 kertas kerja yang telah dibentangkan di Phnom Penh, Kemboja pada tahun 2010. Sebahagian besarnya ditulis dalam bahasa Melayu sebuah bahasa yang memiliki banyak persamaan dengan bahasa Cam di Kemboja.

Lebih menarik lagi bahawa pada suatu ketika dahulu mereka juga menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan mereka dengan penambahan huruf-huruf seperti ‘pa’, ‘nga’ ‘nya’ dan beberapa lagi. Persis apa yang berlaku kepada tulisan Jawi di Tanah Melayu.

Saya ingin memetik beberapa bahagian dari sebuah kertas kerja berkaitan sejarah penghijrahan Melayu Campa dari Vietnam ke Kemboja. Ia sebuah pendedahan sejarah yang berani dan mengejutkan.

“Gelombang pertama penghijrahan orang Cam dari Champa ke Kemboja berlaku selepas kejatuhan Vijaya, wilayah Champa paling utara pada tahun 1471 akibat serangan orang-orang Vietnam dari utara yang sebelumnya telah pun menakluk ibu kota pertama Champa, Indrapura pada tahun 939 Masihi. Kemudian diikuti gelombang kedua pada tahun 1692 apabila Kauthara diduduki. Nagara Champa hanya tinggal sejarah selepas tenteea Nguyen menawan Panduraga pada tahun 1832. Ini membawa kepada penghijrahan beramai-ramai orang Cam ke Kemboja dan menjadikannya sebagai negara baru mereka.”

“Kitab-Kitab Jawi yang digunakan di Kemboja kebanyakannya adalah karangan ulama-ulama’ alam Melayu yang memang terkenal seperti Syeikh Ahmad Muhammad Zain Al-Fathani, Syeikh Daud Fathani, Muhammad Arshad Banjari….” (Pisol Maidin, 2010, Kelestarian Bahasa Melayu, Tulisan Jawi dalam Masyarakat Cam di Kemboja dalam Conference Proceedings on Malay Heritage in Cambodia, Lao PDR & Vietnam)

Maklumat tambahan: http://pwsm.uitm.edu.my/the-news/1-international-conference-on-malay-heritage-in-cambodia-lao-pdr-a-vietnam.html

Advertisements

Mac 1, 2015

Ibnu Khaldun dan Sisi Sisi Gelapnya

Filed under: Tamadun — Mohd Riduan Khairi @ 12:26 am
Tags: , , , , ,
IMG_3010Saya membaca sepintas Ibn Khaldun & Sisi-Sisi Gelapnya. Saya membaca sepintas biografi Ibn Khaldun. Seorang tokoh yang hidup pada zaman penuh gejolak abad ke-8 Hijrah.
Sepertinya beliau hidup sezaman dengan Ibn Taimiyah dan anak-anak muridnya; Ibn Kathir, Az-Zahabi dan Ibn Qayyim. Hanya sahaja di negara berbeza.
Ibn Khaldun tidak perlu diperkenalkan lagi. Tokoh tamadun dan peradaban yang dikenali dengan Muqaddimah Tarikh Al-Ibar.
Semasa hayatnya melalui banyak ujian dan cabaran. Pernah diusir dan dipenjara oleh Sultan. Pernah juga menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan negara.
Hanya sahaja pendedahan dari naskah ini menunjukkan sisi buruk Ibn Khaldun. Kononnya beliau seorang yang opostunis dan bercita-cita tinggi dalam mengejar jawatan.
IMG_3011
Wallahuaklam. Zahirnya seperti benar berdasarkan bukti2 yg di bawa. “Everybody have a chapter that should be unpublished.” Mungkin bab itu seharusnya diringkaskan agar tidak menonjolkan siai buruk/ aib tokoh terhormat ini.
Saya baharu siap membaca 3 bab sahaja. Dan terus teruja membaca bab-bab seterusnya khususnya berkaitan keilmuan dan kesarjaan beliau.
Selamat membaca!
#tamadun #sejarah #peradaban #civilization
Mohd Riduan Khairi
Peminat & pembaca sejarah & ketamadunan

Februari 28, 2015

Kosmologi Melayu dalam Era Teknologi Maklumat

Filed under: Tamadun — Mohd Riduan Khairi @ 3:32 pm
Tags: , , , ,

downloadTerima kasih kepada pihak Jabatan Peguam Negara atas cenderamata yang bermakna ini. Saya suka membacanya.

Portugis menjajah Melaka selama lebih 100 tahun dan ia meninggalkan kesan kepada pemikiran orang-orang Melayu. Demikian juga Belanda selepas itu menjajah Melaka dalam jangkamasa yang hampir sama. Ia memberi kesan kepada pemikiran bangsa Melayu.

Selepas itu dalam British menjajah lebih lama yakni lebih 200 tahun. Pada 100 tahun pertama, orang-orang Melayu masih kental Weltanchaung mereka. Namun masuk ke 100 tahun kedua, selepas melihat jentera besar yang dibawa masuk oleh British, selepas melihat ubat-ubatan berasaskan dadah yang diperkenalkan oleh British; maka kemudian perlahan-lahan orang Melayu terkasima dan mulai condong ke arah pemikira terjajah.

DSC_0047Masakan tidak jentera besar dapat menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan produktiviti. Manakala ubat-ubatan berasaskan dadah memberi kesan sembuh lebih cepat berbanding ubat-ubatan tradisional.

Ini antara beberapa faedah yang dapat saya gali dari naskah ini. Ada banyak bahagian lain lagi yang menarik membicarakan kosmologi Melayu.

Penulis: Hairudin Harun

Penerbit: DBP

Tahun: 2001