Mari baca

April 21, 2012

Dibaca Seluruh Dunia!

Filed under: Politik,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 5:03 am

Berikut senarai negara yang ada rakyat mengklik dan membaca laman encikbaca.

Sengaja saya paparkan dari senarai paling bawah. Supaya tidak riak!

Advertisements

Oktober 6, 2011

Bahaya Pergerakan Islam

Filed under: Politik — Mohd Riduan Khairi @ 2:51 pm

Seingat ingatan saya yang insya Allah masih kuat dan segar (terutama bab buku), ini buku pertama karangan Syaikh Abdul Malik Ramadhani. Maksud saya buku bercetak.

Naskah ini merupakan bantahan terhadap tulisan Dr Safar Hawali.

“Di dalam tulisan ini saya membantah seorang doktor muslim yang mengaku bahawa dia mengetahui sebagian kitab-kitab ahli kitab, lalu darinya ia mendapatkan ilmu tentang perkiraan waktu jatuhnya negara Yahudi.”

Pada bahagian berikutnya penulis Syaikh membawakan perkataan lengkap Dr Safar. Ketika membantah kesalahan ini beberapa dalil dibawa, antaranya termasuk :

  • “Barangsiapa yang mengaku dia mampu mengkhabarkan hal-hal yang akan terjadi esok maka dia telah mengadakan kedustaan besar terhadap Allah kerana Allah telah berfirman : Tidak ada yangmengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi selain Allah – An-Naml : 65” (Hadis Muslim)
  • Kemudian Syaikh membawakan kisah Umar al-Khattab yang membawa sebuah kitab yang diperoleh dari ahli kitab kepada Nabi, lalu Nabi marah. (Hadis Imam Ahmad)

Kemudian Syaikh menambah,

“Dahulu saya mengira bahawa sang doktor ini telah mengambil faedah dari masa penahanannya (di penjara) lalu menambah bekal ilmu syariat serta mencurahkan waktu untuk mendalami agama. Hanya sahaja dia justeru beralih dari menelaah kitab-kitab syariat kepada bintang-bintang, dan dari menelaah kitab-kitab yang terjaga – Al-Qur’an dan As-Sunnah – kepada melihat kitab-kitab yang telah diubah-ubah serta politik yang di bangin atas perdukunan.”

“Sungguh, seandainya salafiyyun – yang Safar sangat bersemangat menuduh mereka dengan faham Murji’ah- telah melakukan kekeliruan dan sebenarnya mereka tidak salah. Kerana kekeliruan mereka dalam masalah-masalah ilmu yang sangat rumit. Adapun dia, maka Allah membalasnya kerana menyelisihi niatnya, dan menjatuhkan dia dalam masalah-masalah tauhid yang jelas.

Seandainya salafiyyun keliru dalam masalah-masalah yang diperselisihkan, Safar justeru terjatuh dalam perkara yang tidak diperselisihkan (kesesatannya). Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri yang akan terperosok ke dalamnya.”

Demikian beberapa bantahan dan ingatan keras Syaikh terhadap Dr Safar. Dan pada bahagian akhir buku ini dibawakan fatwa Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin tentang kaset-kaset Dr Safar.

Judul Asal : Khurafatu Harakiy

Judul Terjemahan : Bahaya Pergerakan Islam

Penterjemah : Abu Almass

Penerbit : Anti Terror Press,  Solo 2010

Halaman : 91 Halaman

Selain membantah ‘statement’ Dr Safar, Syaikh di dalam buku ini juga membawakan beberapa perbincangan lain yang berkaitan. Antaranya :

  • Menjelaskan Kesalahan Orang Yang Salah Bukan Ghibah
  • Mengenal Singkat Orang-Orang Haraki
  • Hubungan Harakah Dengan Khurafat
  • Apakah Dia Seorang Salafy atau Kasyaf?

Saya puas hati membaca buku ini. Baik kandungan, olahan dan terjemahannya.

April 13, 2011

Bidak-Bidak Di Papan Catur Iblis

Filed under: Politik — Mohd Riduan Khairi @ 9:30 am

Buku Bidak-bidak Di Papan Catur Iblis ini sudah lama terkenal di seluruh dunia kerana fakta-fakta dan peristiwa sejarah yang melibatkan bangsa-bangsa besar di dunia dengan dokumen-dokumen yang sah yang masih tersimpan di perpustakaan-perpustakaan muzium di Eropah dan Amerika.

Buku ini dapat mengemukakan tafsiran amali kepada ayat-ayat Al-Qur’an tentang suatu keturunan manusia yang mengaku diri mereka sebagai ‘Manusia Terpilih‘, sementara al-Qur’an menyifatkan mereka sebagai “Bangsa Perosak DI Muka Bumi”.

William Guy Carr, penulis buku ini berasal dari keturunan Inggeris menjelaskan sejauh mana gelaran yang diberikan oleh Al-Qur;an itu.

Bangsa inilah yang menjadi ejen iblis disokong oleh golongan “Luciferean Ideologi” yang dipelopori oleh “Illumaniti”. Ayat-ayat Al-Qur’ann telah berulangkali mengingatkan tentang tipu daya yang dilakukan oleh ejen-ejen iblis tersebut.

Umat Islam harus ingat kepada pesanan Allah dalam ayat-ayat suci supaya menganggap syaitan dan ejen-ejennya sebagai musuh yang setiap saat menjalankan tipu-helahnya untuk menyesatkan manusia.

Judul Asal : Pawns In The Game
Penulis : William Guy Carr
Terjemahan : Ismail bin Mohd. Hassan
Cetakan : Yayasan Islam Terengganu (ke-3, 1999)
Harga : RM 15.00 (plus kos pos RM 5.00)
Halaman : 227 mukasurat

Untuk membeli emel ke riduankhairi.enterprise@gmail.com

Januari 23, 2011

‘Wahabi’ Menjatuhkan Turki Uthmaniyah!

Filed under: Dakwah,Politik — Mohd Riduan Khairi @ 4:24 am
Tags: , , ,

Analogi buat yang diberi faham oleh Allah

Ada sebuah rumah yang sudah usang. Pemiliknya tidak pernah endah dengan rumah tersebut. Yang mereka tahu duduk berteduh dan tidur di dalamnya. Tanpa memikirkan tentang tiang yang dimakan anai-anai dan dinding yang reput. Atap yang bocor pun tidak dihiraukan.

Suatu hari datang seorang pengembara tumpang berteduh di halaman rumah. Kerana lelah dia pun cuba melelapkang mata sambil bersandar di dinding rumah yang usang itu.

Ditakdirkan rumah yang sudah sedia usang itu pun runtuh kerana menahan sandaran pengembara ini.

Maka keluarlah tuan rumah melihat rumahnya yang sedang roboh. Maka disalahkannya sang pengembara ini kerana mengakibatkan rumahnya runtuh.

Pengarang buku panas, Kejatuhan Kerajaan Turki Uhtmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan “Wahhabiyyah“, Ibnu Ahmadain al-Barlisi membuat analogi mudah tentang tuduhan penglibatan gerakan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab terhadap kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Beberapa Nama Yang Gemar Mengaitkan ‘Wahabi’ dengan Kejatuhan Turki Uthmaniyah

Elok juga dirungkai asal-muassala atau setidak-tidaknya orang yang menggembur semula isu ini. Antara yang agak dikenali umum ialah :

  • Dr Muhammad Uthman el-Muhammady dalam kerta kerjanya Tauhid Menentang Syirik Dalam Kefahaman dan Amalan (2002)
  • Zamihan Mat Zain al-Ghari, Salafiyah Wahabiyah : Satu Penilaian (2001)
  • Astora Jabat, rencana Wahhabi : Bahaya dari Padang Pasir. Dalam Al-Islam Februari 2003.

Catatan : Astora Jabat berkongsi pandangan dengan Hizbuttahrir menuduh ‘Wahabi’ sebagai khawarij.

Faktor Dalam Istana Yang Menyumbang Kepada Jatuhnya Kerajaan Turki Uthmaniyah

Pengarang buku ini membawakan hujah dari Prof Mehmet Maksudoglu 7 faktor (Osmanly History 1289-1922, Based On Osmanli Sources) :

  1. Kelemahan pentadbiran sultan (terutama pada perido kedua)
  2. Jihad bukan lagi misi dan asa penggeraknya
  3. Kesibukan berperang (dengan negara-negara Eropah)
  4. Pembukaan Jalan-jalan maritim baru
  5. Revolusi Industri yang menguatkan Eropah
  6. Campur tangan wanita (bonda sultan, permaisuri dan gundik-gundik) dalam pentadbiran
  7. Kemewahan dan Cintakan dunia

Kesimpulan

Pengarang buku ini membuat kesimpulan yang tuntas dan baik tentang penglibatan gerakan dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Pengarang menggunakan istilah ‘pertembungan secara tidak langsung’. Ini kerana mereka bertembung bukan secara terus dengan pemerintah Turki, sebaliknya bergeser dengan wakil-wakil kerajaan Turki sahaja seperti dinasti Syarif Makkah, dinasti Muhammad Ali Pasha di Mesir dan ar-Rasyid di Najd.

Pertembungan ini berlaku bukan kerana mahu merebut khalifah atau menjatuhkan kerajaan Turki. Sebaliknya ia merupakan pertahanan dan melindungin keyakinan dan akidah.

Jika pergeseran ini boleh dijadikan premis untuk membuktikan tuduhan bahawa gerakan dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah,

maka banyak lagi pihak lain boleg dituduh sedemikian rupa termasuk kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu. Catatan sejarah membuktikan pemerintah Tanah Melayu ketika itu telah menyumbang sejumlah billionan harta untuk membantu British dalam perang Dunia pertama. Dilaporkan pemerintah Tanah melayu ketika itu menyumbang sebuah kapal perang His Majesty Ship HSM bernilai $22,000,000 kepada British untuk berperang melawan paksi yang disertai kerajaan Tukri.

Bahkan ada arahan dari pemerintah dan pejabat mufti melarang sokongan kepada kerajaan Turki, sebaliknya sokongan perlu diberikan kepada kerajaan British!
Semua dakwaan dan bukti ini ditampilkan dalam naskan ini. Rujukan boleh diperolehi secara lengkap dalam naskan ini. Hanya sahaja saya tidak menampilkannya dalam rebiu ini kerana ia melibatkan nama-nama institusi.


Penerbit: Jahabersa. www.jahabersa.com.my

Harga: RM20.00 (soft cover, 279ms).

Sinopsis buku di kulit belakang:

Banyak orang menyandarkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada gerakan islah Muhammad bin Abdul Wahhab, atau lebih dikenali sebagai gerakan “Wahhabiyyah”.

Benarkah sandaran atau ia semata-mata tuduhan? Pengarang buku ini cuba menganalisa persoalan ini dengan mengkaji sumber-sumber sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah pelbagai pihak. Keputusan kajian agak memeranjatkan!