Mari baca

Oktober 21, 2012

60 Dinar untuk membeli buku!

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 12:52 pm
Tags: , ,

Menghabiskan Puluhan Dinar Untuk Sebuah kitab

Imam asy-Syafi’i rahimahullah mengatakan,

“Untuk memiliki kitab Muhammad B. al-Hasan rahimahullah, aku menghabiskan wang sebanyak 60 dinar. Kemudian aku mempelajarinya lalu aku tuliskan sebuah hadis bagi setiap permasalahan. Maksudnya adalah bertujuan melakukan bantahan (atau koreksi dengan mengemukakan dalil).”

 

(Aadaab asy-Syafi’i, m/s. 33-34. Dr. Muhammad al-‘Aql, Manhaj al-Imam asy-Syafi’i fii Itsbaat al-‘Aqiidah, m/s. 34 – Maktabah Adhwa as-Salaf) 

Terima kasih kepada sahabat dan juga saudagar kitab Tn. Abu Numair Nawawi Subandi atas perkongsia kisah menarik di atas.

Secebis kisah kesungguhan dan antutias para ulama’ dalam mencari ilmu pengetahuan.

Ilmu itu sesuatu yang berharga dan sangat mahal. Ia perlu dibayar bukan harga wang kertas, bahkang seringkali ilmu itu diperoleh dengan mengalirnya darah, nanah dan airmata.

Sebelum adanya teknologi percetakan, ilmu pengetahuan dipindahkan dari satu generasi kesatu generasi melalui lisan dan catatan tulisan tangan. Hal yang sama berlaku pada tradisi keilmuan Islam. Ayat-ayat al-Qur’an, selain dihafal ia juga dicatat oleh sebilangan sahabat. Antara yang terkenal sebagai pencatat wahyu ialah sahabat Nabi bernama Muawiyah bin Abu Suffyan dan Zaid bin Thabit.

Manakala penulisan hadis bermula sedikit lewat berbanding penulisan al-Qur’an, lantaran adanya tegahan dari Nabi pada awalnya. Antara sahabat yang dikenali mencatat hadis ialah Amr al-Asr. Seorang sahabat Nabi yang lain yang banyak meriwayatkan hadis ialah Abu Hurairah. Namun atas kesungguhan dan dan doa dari Nabi, beliau dikurniakan oleh Allah ingatan yang menakjubkan.

 

Demikian juga dalam tradisi Melayu. Kebanyakan ilmu pengetahuan diwarisi melalui lisan. Hanya sedikit sahaja yang dicatat. Justeru tidak hairan walaupun tiada buku yang menuliskan ilmu mahupun rumus membuat kapal, industri membuat kapal di Kuala Terengganu tetap unggul sejak ratusan tahun sehingga hari ini. Sedangkan ilmu senibinanya sangat kompleks dan kritikan membabitkan nyawa dan keselamatan ketika tengah lautan.

Justeru nilai sebuah pengetahuan dan ilmu pada waktu terdahulu sangat berharga.

Sedangkan pada hari ini, pada zaman yang dikatakan canggih dan berteknologi tinggi; sepatutnya ilmu lebih dihargai. Namun sebaliknya yang berlaku. Sekadar renungan dan koreksi kepada diri saya sendiri juga, berapakah wang yang sedia kita peruntukkan untuk menuntut ilmu dan membeli buku? Kalau Imam Syafii 60 dinar (1 dinar = RM 600) untuk seorang guru sahaja. Diriwayatkan beliau berguru dengan ratusan orang ulama’.