Mari baca

Februari 26, 2015

Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu

downloadNaskah ini ialah Prosiding Persidangan Penterjemah Antarabangsa ke-11. Ia menghimpunkan lebih 60 kertas kerja yang sebahagian besarnya di dalam bahasa Melayu.

Ada beberapa kertas kerja yang amat menarik untuk dibaca dan beberapa sarjana yang amat saya minati menyumbang tulisan di dalamnya. Antaranya termasuk guru kami Prof Emiretus Dr. Abdullah Hasan, Pn. Ainon Mohd, SN Prof. Muhamma Hj Salleh dan beberapa lagi.

Ada banyak juga tajuk-tajuk yang menarik dikupas antaranya penterjemahan Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai dan banyak lagi.

Berbaloi memiliki naskah ini dengan hanya RM15.00 di Kedai Buku 1 Malaysia. Selamat membaca

Advertisements

Ogos 13, 2009

Etika Menjadi Pelajar Cemerlang (2008)

Filed under: Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 3:28 pm
Tags: , , , ,

etika pelajar cemerlangIni makalah kecil 54 halaman tulisan pengarang ‘bestseller’ buku La Tahzan (Jangan Bersedih) Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Penulis mengekalkan kaedah poin demi poin dengan huraian yang ringkas dalam makalah ini. Sebanyak 83 tips menuntut ilmu disusun dalam buku ini.

Antara tips yang dikongsikan oleh pengarang ialah :

– Memilih bahan bacaan yang bermutu

– Cara praktis menhagfal Al-Quran

– Jauhi Dunia Politik

– Hindari perdebatan kosong

Selain dari itu, Al-Qarni memuatkan tips-tips membaca, mengurus koleksi buku dan memilih bahan bacaan yang baik.

Beliau memberi rekomendasi bahan-bahan bacaan yang baik untuk penuntut ilmu. Saya ingin titipkan senarai buku wajib ada dalam perpustakaaal-bidayah-wan-nihayahn penuntut ilmu.

1.Al-Quran

2. Kitab-kitab hadis yang 6

3. Fatawa Ibn Taimiyah

4. Fathul Bari : Ibn Hajar Al-Asqalani

5. Tafsir Ibn Kathir

6. Al-Mughni

Nailul Authar

Nailul Authar

7. Subulus Salam

8. Nailu Al-Authar : As-Syaukani

9. Al-Bidayah Wan-Nihayah : Ibn Kathir

10. Za’dul Ma’ad : Ibn Qayyim Al-Jawziah

Ini sebahagian yang saya petik. Beberapa lagi senarai bacaan yang dicadangkan oleh beliau.

Berkaitan dengan subjek yang sama saya pernah membaca dua naskah lain yang memberi rekomendasi bahan bacaan yang baik. Jundullah oleh Sa’id Hawwa dan Pesan Buat Para Pendakwah oleh Al-Qaradhawi. Kedua-dua buku ini memuat rekomendasi dari sudut pandang penulis.

Harga : RM 3.80

Beli di : Badan Cemerlang, Plaza Angsana