Mari baca

Februari 26, 2015

Membina Kepustakaan dalam Bahasa Melayu

downloadNaskah ini ialah Prosiding Persidangan Penterjemah Antarabangsa ke-11. Ia menghimpunkan lebih 60 kertas kerja yang sebahagian besarnya di dalam bahasa Melayu.

Ada beberapa kertas kerja yang amat menarik untuk dibaca dan beberapa sarjana yang amat saya minati menyumbang tulisan di dalamnya. Antaranya termasuk guru kami Prof Emiretus Dr. Abdullah Hasan, Pn. Ainon Mohd, SN Prof. Muhamma Hj Salleh dan beberapa lagi.

Ada banyak juga tajuk-tajuk yang menarik dikupas antaranya penterjemahan Sulalatus Salatin, Hikayat Raja Pasai dan banyak lagi.

Berbaloi memiliki naskah ini dengan hanya RM15.00 di Kedai Buku 1 Malaysia. Selamat membaca

Advertisements

November 18, 2009

Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak (2009)

Filed under: Kreatif,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 1:48 pm
Tags: , , , ,

Naskah yang ditulis oleh dua mentor saya ini tidak pernah menghampakan. Walaupun ringkas (setebal 97 halaman), namun tetap banyak manfaat.

Buku ini punya 2 bahagian. Pertama, bahagian teori dan pendekatan. Manakala bahagian kedua pula beberapa contoh latihan.

Kreativiti

Selalunya bidang kreatif dikaitkan dengan lagu, filem, sastera dan budaya.

Padahal selain bidang itu, sains dan teknologi juga memerlukan daya kreatif yang tinggi. Jika tidak masakan tercipatanya mesin dan alat.

Kanak-kanak dan kreatif

Secara fitranya kanak-kanak punya daya kreativiti yang tinggi. Namun sayang, semakin lama seseorang itu mendapat pendidikan secara formal, maka semakin daya kreatif itu malap.

Daya kreativiti juga berkait dengan peningkatan usia. Justeru tidak hairan lagu-lagu banru banyak dicipta oleh penggubah muda. Seperti contoh Ajai dan Cat Farish. Manakala pemuzik yang sudah senior, sekalipun sangat pakar seperti Roslan Aziz atau Ramli MS banyak terlibat dibelakang tabir, tidak lagi menggubah lagu baru.

Buku ini menerangkan beberapa kaedah dan prinsip buat menyubur dan menajamkan daya kreatif kanak-kanak.

Lagi rebiu dan beli.

November 14, 2009

Kedai Buku Thai Kuang, Melaka

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:46 am
Tags: , , , , ,

Foto 0049Berita tentang kedai buku ini mula-mula saya dengar dari Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis ‘berstseller’ yang sungguh rajin menulisn buku.

Saya sempat melawat kedai buku ini. Benar, sungguh kedai buku ini memaper begitu banyak buku-buku bahasa Inggeris untuk dilelong. Ada yang dijual serendah harga RM 9.90.

Namun saya melarang diri dari memberli buku-buku lelong ini. Saya khuatir kandungannya itu juga setaraf lelong. Makan makanan yang hampir basi mudharatnya mungkin beberapa hari. Namun memasukkan bahan bacaan yang tidak diketahui mudharatnya panjang.

Buku-buku Pts

Buku-buku bahasa Melayu khususnya buku Pts sangat banyak disini. Saya kira jauh lebih banyak dari kedai buku MPH atau Popular. Menjadi dasar MPH dan Popular (sebilangan besar cawangannya) menjual buku-buku yang ‘boleh laris’. Justeru agak sukar menemui buku-buku akademik.

Saya sempat beli beberapa naskah antaranya Mendorong Kreativiti Kanak-kanak oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.