Mari baca

Mac 1, 2015

Ibnu Khaldun dan Sisi Sisi Gelapnya

Filed under: Tamadun — Mohd Riduan Khairi @ 12:26 am
Tags: , , , , ,
IMG_3010Saya membaca sepintas Ibn Khaldun & Sisi-Sisi Gelapnya. Saya membaca sepintas biografi Ibn Khaldun. Seorang tokoh yang hidup pada zaman penuh gejolak abad ke-8 Hijrah.
Sepertinya beliau hidup sezaman dengan Ibn Taimiyah dan anak-anak muridnya; Ibn Kathir, Az-Zahabi dan Ibn Qayyim. Hanya sahaja di negara berbeza.
Ibn Khaldun tidak perlu diperkenalkan lagi. Tokoh tamadun dan peradaban yang dikenali dengan Muqaddimah Tarikh Al-Ibar.
Semasa hayatnya melalui banyak ujian dan cabaran. Pernah diusir dan dipenjara oleh Sultan. Pernah juga menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan negara.
Hanya sahaja pendedahan dari naskah ini menunjukkan sisi buruk Ibn Khaldun. Kononnya beliau seorang yang opostunis dan bercita-cita tinggi dalam mengejar jawatan.
IMG_3011
Wallahuaklam. Zahirnya seperti benar berdasarkan bukti2 yg di bawa. “Everybody have a chapter that should be unpublished.” Mungkin bab itu seharusnya diringkaskan agar tidak menonjolkan siai buruk/ aib tokoh terhormat ini.
Saya baharu siap membaca 3 bab sahaja. Dan terus teruja membaca bab-bab seterusnya khususnya berkaitan keilmuan dan kesarjaan beliau.
Selamat membaca!
#tamadun #sejarah #peradaban #civilization
Mohd Riduan Khairi
Peminat & pembaca sejarah & ketamadunan

Februari 28, 2015

Kosmologi Melayu dalam Era Teknologi Maklumat

Filed under: Tamadun — Mohd Riduan Khairi @ 3:32 pm
Tags: , , , ,

downloadTerima kasih kepada pihak Jabatan Peguam Negara atas cenderamata yang bermakna ini. Saya suka membacanya.

Portugis menjajah Melaka selama lebih 100 tahun dan ia meninggalkan kesan kepada pemikiran orang-orang Melayu. Demikian juga Belanda selepas itu menjajah Melaka dalam jangkamasa yang hampir sama. Ia memberi kesan kepada pemikiran bangsa Melayu.

Selepas itu dalam British menjajah lebih lama yakni lebih 200 tahun. Pada 100 tahun pertama, orang-orang Melayu masih kental Weltanchaung mereka. Namun masuk ke 100 tahun kedua, selepas melihat jentera besar yang dibawa masuk oleh British, selepas melihat ubat-ubatan berasaskan dadah yang diperkenalkan oleh British; maka kemudian perlahan-lahan orang Melayu terkasima dan mulai condong ke arah pemikira terjajah.

DSC_0047Masakan tidak jentera besar dapat menggantikan tenaga manusia dan meningkatkan produktiviti. Manakala ubat-ubatan berasaskan dadah memberi kesan sembuh lebih cepat berbanding ubat-ubatan tradisional.

Ini antara beberapa faedah yang dapat saya gali dari naskah ini. Ada banyak bahagian lain lagi yang menarik membicarakan kosmologi Melayu.

Penulis: Hairudin Harun

Penerbit: DBP

Tahun: 2001

Februari 27, 2015

Bidayah wan Nihayah (Sejarah Tamadun Islam)

Filed under: Sejarah Islam,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 8:30 am
Tags: , ,

sejarah tamadun IslamKarya Ibn Kathir ini amat monumental. Ibn Kathir cuba merungkaikan perjalanan kehidupan manusia dari diciptakan sehinggalah hari Kiamat. Maka judulnya amat bertepatan yang membawa maksud Permulaan dan Pengakhiran. Kurang lebih begitulah faham terjemahan saya.

Setahu saya ini satu-satunya edisi terjemahan Melayu/ Indonesia yang wujud. Indonesia baharu menterjemahkan ringkasannya sahaja. Terbit tahun 2005 ini, ia seakan tidak diulang cetak dan amat sukar ditemui di pasaran. Saya sempat membeli jilid 9-14 sahaja. Manakala jilid-jilid yang lain perlu dicari di kedai-kedai buku yang lain.

Jilid 9-14 merakamkan perjalanan hidup bermula zaman Imam yang empat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Asy-Syafie dan Hanbali. Sehinggalah ke zaman hidupnya Imam Ibnu Kathir. Banyak kisah menarik, unik bahkan ada yang pelik dirakamkan oleh Imam Ibn Kathir.

Memiliki naskah ini merupakan suatu kurniaan dan sebuah kesyukuran. Alhamdulillah. Namun untuk menelaahnya perlu kepada kesungguhan dan kesabaran.

Julai 12, 2010

Abdullah bin Zubair bin Al-Awwam

Filed under: Sejarah,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 3:47 am
Tags: , , ,

Pada zaman Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau) terdapat empat orang pemuda yang terkenal bernama Abdullah. Mereka ialah :

  1. Abdullah bin Abbas
  2. Abdullan bin Umar
  3. Abdullah bin Amru Al-‘As
  4. Abdullah bin Zubair

Mereka berempat ini terkenal kerana bijak dan tajam fikiran mereka. Abdullah bin Umar sebagai contoh, memiliki daya ingatan yang kuat. Beliau antara 5 orang yang paling banyak melaporkan hadith dari nabi selepas Abu Hurairah dan Aisyah binti Abu Bakar (semoga Allah rehda kepada mereka semua).

Namun perlu diberi catatan, dalam teks-teks hadith jika hanya nama Abdullah disebut tanpa menyebutkan ‘bin’ nya, maka ia merujuk kepada Abdullah bin Mas’ud.

Nasab yang mulia

Abdullah bin Abbas memiliki banyak keistimewaan yang saya baru tahu. Pengarang buku ini menyebutkan beliau lahir pada tahun 1 Hirjah. Lahir dari keturunan yang mulia. Ayahnya Zibai Al-Awwam, seorang sahabat  dari 10 yang dijamin masuk syurga oleh nabi. Ibunya ialah Asma’ binti Abu Bakar. Lebih dari itu lagi, sejak dari lahir beliau dibesarkan dalam rumah nabi. Ibu saudaranya ‘Aisyah yang mengasuh dan mendidiknya sejak dari kecil.

Khalifah Hijjaz

Perjalanan hidup Abdullah bin Zubair berlekok-lekok. Ramai yang mungkin tidak tahu (saya juga sebelum ini) beliau diangkat menjadi khalifah buat beberapa ketika di Hijjaz. Walaupun ketika itu Kerajaan Bani Umaiyah sudah bertapak.

Beberapa komentar tentang buku ini

  • Pengarang buku ini menjawab beberapa kritikan yang dilemparkan terhadap Abdullah bin Zubair. Tuduhan dibuat oleh Prof Dr. Ahmad Syalaby menerusi beberapa buku beliau. Antara tuduhan yang paling vokal terhadap Abdullah bin Zubair ialah merebut jawatan khalifah (atau baca : gila kuasa). Dan tuduhan ini ditangkis oleh pengarang dengan baik.
  • Namun begitu, dalam mempertahankan Abdullah bin Zubai, pengarang secara tidak langsung menyebutkan beberapa kelemahan dan kesalahan sahabat yang lain. Tujuan asal beliau hanyalah untuk menunjukkan bahawa para sahabat tidak maksum dan boleh terjadi melakukan kesilapan. Ini benar. Namun yang menjadi isu pada saya ialah, sebahagian tuduhan itu nampak seperti berat terhadaqp sahabat. Antaranya seperti Abdurrahman bin Auf memakai sutera sedangkan sutera adalah haram. Satu lagi contoh ialah kes seorang sahabat ahli badar yang suka memukul isteri.
  • Tuduhan-tuduhan begini harus disemak kesahihannya sebelum diceritakan semula. Bak kata Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin, “semua kes layak dikritik, namun tidak semua kritikan layak dilontar”. Ini kerana para sahabat nabi semuanya adil di sisi akidah ahlus sunnah wal jama’ah. Sebagai manusia biasa tentu sahaja mereka punya kesalahan dan kesilapan. Namun kesalahan dan kesilapan itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Adakah kesalahan itu dilakukan secara berterusan? Atau kesalahan itu dilakukan dalam situasi yang darurat dan punya keperluan lain yang mendesak.
  • Buku ini baik dibaca sebagai bahan kajian. Ini kerana, bahan bacaan berkisah peribadi dan kisah sahabat nabi masih agak kurang ditulis atau diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Pun begitu, dari aspek rujukan, buku ini merujuk kepada bahan yang masih terbatas. 11 buku dirujuk, dan semuanya adalah buku-buku sejarah kontemporeror.

Bahan-bahan dalam naskah ini alah menjadi lebih lengkap dan dipercayai jika bahan rujukannya diluaskan.

Siri Empat Abdullah : Abdullah bin Zubair

Tarikuddin Hassan

Jahabersa 2005

76 halaman