Mari baca

Mac 2, 2015

Pengurusan Islami – Menghayati Prinsip Nilai Islami

IMG_3023‘Sepakat membawa muafakat’ antara pepatah atau pantun klasik Melayu memerikan prinsip hidup bermasyarakat. Dalam bahasa moden boleh disebut sebagai prinsip bermasyarakat dan hidup bernegara. Atas dasar dan prinsip sebegini alam Melayu membangunkan negara dan kesultanan mereka.

Termasuk tujuan pengutusan manusia ke muka bumi adalah untuk mentadbir dan mengurus kehidupan mereka agar menjadi sebuah ibadah hanya kepada Allah Azza Wa Jalla. Maka disebutkan Islam sebagai sebuah cara hidup. Semua pedoman itu terangkum dalam wahyu yang Allah turunkan kepada para Rasul bermula Zabur, Taurat, Injil, Al-Qur’an dan suhuf-suhuf yang lain. Ia ibarat ‘manual’ bagi perjalanan kehidupan manusia dari awal hingga akhir.

Dan kemudiannya manual ini ditafsir dan dipraktiskan melalui Rasul dan Nabi yang diutus bersamanya. Rasulullah sendiri mengatur dan mempraktiskan Al-Qur’an bersama lebih 100,000 umat Islam dan sejumlah besar orang-orang kafir yang lain. Ia telah teruji dan terbukti menjadi pedoman paling unggul dalam mengurus keluarga, masyarakat dan negara dari satu zaman ke zaman yang lain dan seterusnya.

Justeru ilmu pengurusan bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Rasulullah sendiri menunjukkan contoh mengurus-tadbir sebuah negara kota di Madinah. Para khalifah ar-rasyidin mengikuti jejak langkah mengurus-tadbir ini sehingga Berjaya menakluk dua kuasa besar dunia ketika itu yakni Rom dan Parsi. Ia ibarat China dan Rusia pada analogy hari ini. Legasi kegemilangan ini dilanjutkan lagi hingga ke kerajaan Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan seterusnya.

Kerajaan Melayu klasik juga merupakan kerajaan yang gemilang dan dihormati di seluruh dunia. Disebutkan bahawa orang Melayu antara yang terawal menyusun ilmu mengenai pemerintahan dan pentadbiran negara. Ia ditulis pada zaman kerajaan Melayu-Funan di Vietnam. Sudah ada kajian akademik mengenainya dilakukan oleh ahli akademi di dalam negara kita mengenainya.

Demikian juga ketika zaman kegemilangan Melayu Melaka. Antara yang amat terkenal dalam catatan sejarah ialah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang. Jika dari kerajaan Majapahit pula tersohor nama Patih Gajah Madja seorang Perdana Menteri yang berpengalaman menasihati Raja yang menaiki takhta pada usia 18 tahun yakni Hayam Wuruk. Dengan kebijaksanaan dan kematangan akhirnya kombinasi raja yang muda dan perdana menteri yang bijaksana membawa kepada era kegemilangan kerajaan Majapahit. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Madja dari Majapahit, dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam Melayu pada abad ke-15.

Antara wasiat penting Tun Perak kepada anak-anaknya sebelum meninggal dunia ialah: “Wahai anak cucuku! jangan kamu tukar agama dengan dunia; yang dunia pasti tiada akan kekal adanya. Syahadan yang hidup sahaja, akan mati juga kesudahannya. Hendaklah kau tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian pada Allah SWT dan akan Rasulullah SAW, dan berbuat kebaktian akan Allah, seperti firman Allah Ta’ala di dalam Al-Qur’an yakni berbuat baktilah kamu akan Allah. Inilah wasiatku kepada kamu semua; hendaklah jangan kamu lupa, supaya kebebasan dunia akhirat kamu peroleh.” (Tun Sri Lanang, Sulalatus Salatin)

Wasiat ini bertepatan dengan apa yang diwasiatkan oleh baginda Nabi SAW dalam sebuah hadis yang maksudnya, ““Aku tinggalkan kamu selagimana kamu berpegang teguh dengannya pastilah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iatu Kitab Allah dan Sunnahku”. (Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwaththa’, no. 1395).

Jika ditelusuri lebih awal lagi dari itu Allah telah merakamkan di dalam Al-Qur’an perihal dua buah kerajaan besar yang ditadbir oleh dua tokoh yang disegani. Yakni kerajaan Nabi Sulaiman b Daud Alaihissalam dan kerajaan sezaman dengannya Kerajaan Saba’ yang terkenal dengan Empangan Ma’arib. Ia dipimpin oleh seorang wanita yang disebut sebagai Ratu Balqis.

Lihat pedoman bagaimana mereka mengurus dan mentadir dua empayar besar ketika itu. Bahkan Ibn Kathir membawakan riwayat bahasa terdapat empat empayar terbesar dalam dunia sepanjang zaman; dua darinya beriman yakni Nabi Sulaiman dan Dzulqarnain. Manakala dua lagi kufur yakni Bukhtanasar (Nebuchadnezar) dan Namrud (Nimrod) yang membina bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Babilon. Sejarawan merekodkan julat ketinggian menara tersebut antara 2000 meter hingga 11,000 meter bermakna ia dua hingga tiga kali ganda dari Burj Dubai.

Al-Qur’an merakamkan Nabi Sulaiman memimpin bukan sahaja manusia bahkan jin dan haiwan. Walaupun baginda seorang Rasul yang menerima wahyu dan pemimpin yang hebat, namun tetap ketika mahu memindahkan singgahsana Ratu Balqis, baginda tetap bertanya dan meminta pandangan dari penasihat-penasihatnya. Demikian juga Ratu pemilik empayar Empangan Ma’arib, ketika menerima surat dari Nabi Sulaiman, beliau mendapatkan pandangan dan bermesyuarat dengan menteri-menterinya. Kisah ini dirakamkan di dalam Surah as-Saba’ di dalam Al-Qura’an.

Itu belum lagi kita singkap teladan khalifah yang empat memimpin umat dan akhirnya menguasai 2/3 dunia termasuk dua kuasa besar Rom dan Parsi. Umar al-Khattab yang dinamakan sebagai individu yang lebih besar pengaruh dan kesannya dari Julius Caesar dari Rom oleh pengkaji Barat seperti Michael Hart. Kebanyakan empayar dan kerajaan Islam yang wujud hari ini, dibuka pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Umar al-Khattab, walaupun dissebut oleh Nabi bahawa beliau diberi ilham oleh Allah; namun beliau tetap sering menerima nasihat dan peringatan dari penasihat-penasihat di sekelilingnya. Bahkan beliau melantik dan sering meminta pandangan dari penasihat muda seperti Abdullah b Abbas.

Demikian secebis cuplikan dari khazanah ilmu warisan Islam dan Melayu peri mengurus dan mentadbir. Banyak yang dapat dipelajari dan dicontohi dari harta pusaka itu.

IMG_3024Namun sayang, sebahagian besar teori dan prinsip pengurusan yang diajar dan diamalkan hari ini dicedok dari teori yang dibangunkan oleh dunia Barat dan Eropah. ‘Guru’ yang paling sering diangkat dan disanjung ialah Peter F. Drucker. Walhal teorinya baharu sahaja dibangunkan tidak lebih dari 100 tahun. Demikian hal juga dalam bidang-bidang yang lain. Kebanyakan teori yang dibangunkan usianya belu pun mencecah 100 tahun. Sebagai contoh teori psikologi emosi oleh Goleman itu usianya belum pun 50 tahun. Bahkan Goleman sendiri merubah teorinya sebanyak 2 kali. Ia masih belum matang dan teruji untuk dipraktiskan. Berbanding prinsip Islam yang dibangunkan lebih ribuan tahun.

Atau paling awal pun sering dirujuk ialah dari tamadun Yunani dan Greek. Nama-nama Socrates, Plato dan Aristotle menjadi hujah dan dalil utama dalam membangunkan prinsip dan teori pengurusan.

Ini juga yang berlaku kepada naskah modul yang dibangunkan oleh pihak Akademi Pengurusan YaPEIM. Melihat senarai rujukan sahaja sudah dapat ditelah kandungannya. Tidak hairan apabila melihat senarai panel yang menjadi pakar rujuk dan pembangunan modul.

Tidak bererti menyalahkan semata. Ia merupakan fasa dari sejumlah fasa-fasa peralihan. Pun begitu naskah ini dapat ditanggap sebagai naskah yang amat baik pada ketika ini di sebalik kelompongan panduan. Kebanyakan model dan rujukan pengurusan yang ada hari ini diceduk bulat-bulat secara francais dari Barat dan Eropah. Hasilnya ia kontang dari jiwa Islam dan ‘local content’.

Semoga dari satu tahap ke tahap yang lain modul ini dapat dibaiki dan dikemaskini menjadi lebih baik dan lebih baik. Insya Allah. Wallahuaklam.

Mohd Riduan b Khairi, R&D PPY Group Sdn. Bhd

Mac 1, 2015

Ibnu Khaldun dan Sisi Sisi Gelapnya

Filed under: Tamadun — Mohd Riduan Khairi @ 12:26 am
Tags: , , , , ,
IMG_3010Saya membaca sepintas Ibn Khaldun & Sisi-Sisi Gelapnya. Saya membaca sepintas biografi Ibn Khaldun. Seorang tokoh yang hidup pada zaman penuh gejolak abad ke-8 Hijrah.
Sepertinya beliau hidup sezaman dengan Ibn Taimiyah dan anak-anak muridnya; Ibn Kathir, Az-Zahabi dan Ibn Qayyim. Hanya sahaja di negara berbeza.
Ibn Khaldun tidak perlu diperkenalkan lagi. Tokoh tamadun dan peradaban yang dikenali dengan Muqaddimah Tarikh Al-Ibar.
Semasa hayatnya melalui banyak ujian dan cabaran. Pernah diusir dan dipenjara oleh Sultan. Pernah juga menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan negara.
Hanya sahaja pendedahan dari naskah ini menunjukkan sisi buruk Ibn Khaldun. Kononnya beliau seorang yang opostunis dan bercita-cita tinggi dalam mengejar jawatan.
IMG_3011
Wallahuaklam. Zahirnya seperti benar berdasarkan bukti2 yg di bawa. “Everybody have a chapter that should be unpublished.” Mungkin bab itu seharusnya diringkaskan agar tidak menonjolkan siai buruk/ aib tokoh terhormat ini.
Saya baharu siap membaca 3 bab sahaja. Dan terus teruja membaca bab-bab seterusnya khususnya berkaitan keilmuan dan kesarjaan beliau.
Selamat membaca!
#tamadun #sejarah #peradaban #civilization
Mohd Riduan Khairi
Peminat & pembaca sejarah & ketamadunan

Julai 15, 2010

Senarai Bacaan

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Kedai buku,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 1:36 am
Tags: , , , , ,

Senarai bacaan ini disarikan dari buku karangan Syaikh Muhammad Salih al-Munajid bertajuk ‘The Muslim Home 40 Reccomendations In The Light of The Qur’an and Sunnah’.

Naskah yang berada di tangan saya berbahasa Inggeris. Saya berikan sedikit catatan underline tentang judul-judul yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu @ Indonesia.

Al-Quran

  1. Tafsir Ibn Kathir (Pustaka Imam as-Syafi’i, Jakarta)
  2. Tafsir Ibn Sa’di (Pustaka Sahifa, Jakarta)
  3. Zubdat at-Tafsir : al-Asyqar
  4. Badai’i at-Tafsir : Ibn Qayyim
  5. Usul Tafsir : Ibn Uthaimeen (Jahabersa, JB)
  6. Lamahat fi Ulum al-Qur’an : Muhammad Sabbagh

Hadith

  1. Sahih Kalim Tayyib
  2. ‘Amal Muslim fil Yaum wa Laylah
  3. Riyadus Solihin : Imam Nawawi (Pustaka Antara)
  4. Ringkasan Sahih Bukhari : Zubaydi (Pustaka Azzam dll)
  5. Ringkasan Sahih Muslim : Mundziri & Albani (Darus Sunnah dll)
  6. Sahih Jami’ as-Saghir
  7. Dha’if Jami’ as-Saghir
  8. Sahih Targhib wat-Tarhib (Pustaka Sahifa, Jakarta)
  9. As-Sunnah wa Makanatuha fit Tasyri’
  10. Qawa’id wa Fawaid min Arbain Nawawiyah

Akidah

  1. Fathul Majid Syarah Kitab Tauhid
  2. A’alam as-Sunnah al-Manshudah ; al-Hakami
  3. Ma’arij al-Maqbul : al-Hakami (Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta)
  4. Syarah Aqidah Tahawiyah
  5. Siri Aqidah : Umar Sulayman Asyqar
  6. Ashrat as-Sa’ah (Hari Kiamat Sudah Dekat) : Yusuf Wabil (Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta)

Fiqih

  1. Manar as-Sabil – Ibn Duwiyan
  2. Irwa’ al-Ghalil – Albani
  3. Zaadul Ma’ad – Ibn Qayyim (Pustaka Kautsar)
  4. Al-Mughni – Ibn Qudamah
  5. Fiqh Sunnah – Sayyid Sabiq
  6. Al-Mulakhkhas al-Fiqhi – Salih al-Fauzan
  7. Majmu al-Fatawa al-Ulama – Ibn Baz, Ibn Uthaimin, Ibn Jibrin
  8. Sifat Solat Nabi – Albani (Media Hidayah)
  9. Mukhtazar Ahkam al-Janaiz – Albani

Akhlak

  1. Tahdzib Madarij as-Salikin (Pustaka al-Kautsar)
  2. Al-Fawaid – Ibn Qayyim
  3. Al-Jawab al-Kafi
  4. Tariq al-Hijratain wa Bab as-Sa’datayn
  5. Wabil Sayyib wa Rafi’ al-Kalam Tayyib – Ibn Qayyim
  6. Lataif al-Ma’arif – Ibn Rajab Hanbali
  7. Ghidha al-Albab

Sirah

  1. Bidayah wan Nihayah – Ibnu Kathir (DBP, KL)
  2. Ringkasan Syamail Tirmidzi – Albani
  3. Raheeq al-Makhtum – Syaikh Sofiurrahman Mubarakfuri (YADIM dll)
  4. Al-Awashim min al-Qawashim – Ibn al-Arabi
  5. Mujtama’ Madani – Syeikh Akram al-Umari
  6. Siyar A’lam an-Nubala – Adz-Dzahabi (versi ringkasan diterjemah Pustaka Azzzam)
  7. Mabhaj Kitab Tarikh Islami – Muhammad ibn Samil as-Salami

Pengarang ini juga mencadangkan beberapa nama penulis dan ilmuwan yang bagus untuk dibaca. Antara nya termasuk :

  1. Muhammad bin Abdul Wahab
  2. Abdurrahman bin Nasir as-Sa’di
  3. Umar Sulaiman Asyqar
  4. Muhammad bin Ahmad bin Ismail Muqaddim
  5. Muhammad Muhammad Husayn
  6. Muhammd Jamil Zainu
  7. Husayn al-‘Awayishah
  8. Bakar Abu Zaid

September 18, 2009

Bagaimana Menyambut Aidilfitri

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 5:54 am
Tags: , , , ,

scan0007Menyambut Ramadhan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah saw

Penulis : Mohd Yaakub Mohd Yunus, Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIA.

Penerbit : Karya Bestari (2007)

Hari raya

Islam menyuruh umatnya menghargai setiap hari yang dilalui. Setiap hari yang dilalui mestilah berupaya menambah amal kebajikan. Jika tidak, hari itu akan berlalu menjadi sesuatu yang sia-sia.

Dalam Islam tidak adanya hari sial atau bulan malang. Hari manusia itu berlalu bergantung kepada bagaimana usaha dan ikhtiar seseorang hamba itu.

Hari-hari

Dalam tradisi bukan Islam (terutama Barat dan Eropah) terlalu banyak perayaan. Dari hari raya agama, hari tokoh-tokoh tertentu (seperti Kristian meraikan hari lahir Isa a.s dan Syiah merayakan kematian Hussein) hinggalah ke hari segala benda yang boleh di’hari’kan. Ini termasuk hari bapa, hari ibu, hari lahir, hari buruh, hari kanak-kanak, hari alam sekitar. Pendek kata tiap-tiap hari.

Satu perayaan yang disyariatkan dalam Islam ialah Aidilfitri. Ia simbol meraikan umat Islam berjuang melawan lapar dan dahaga serta melaksanakan perintah Allah dalam bulan Ramadhan. Bahkan secara jelas dilarang berpuasa pada 1 Syawal.

Adab Aidilfitri

Naskah ini secara ringkas menyebutkan beberapa anjuran agama ketika menyambut Aidilfitri.

1. Memakain pakaian yang cantik.

2. Memakai wangi-wangian.

3. Menunaikan solat Aidlifitri di kawasan terbuka.

Namun terdapat juga beberapa tradisi masyarakat yang dilihat sebagai tokok tambah dalam menyambut Aidilfitri. Antara yang disebut oleh para ustaz ialah :

1. Menziarah kuburan. Sedangkan agama tidak mengkhususkan ziarah kuburan pada Aidilfitri.

2. Melagukan takbir raya dengan irama syahdu syahdan. Sedangkan hari raya untuk meraikan kemenangan.

3. Memasang pelita pada malam 7 likur dengan kepercayaan tertentu.

Tidak banyak (bahkan saya temui satu sahaja) buku yang membicarakan hal menyambut perayaan menurut Islam. Baik untuk dibaca.

September 1, 2009

Mukjizat Sedekah

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 2:46 pm
Tags: , , , ,

mukjizat sedekahPenulis : Muhammad Thobroni

Penerbit : Pustaka Marwa, Yogyakarta

Tahun : (1) 2007

Sedekah bermaksud membelanjakan harta pada jalah yang diredhai oleh Allah. Termasuk didalamnya memberi sesuatu semata-mata untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Sabit dari beberapa ayat Quran dan banyak hadits nabi, sedekah mempunyai balasan pahala yang sangat besar.

1. Allah menyebut dalam Surah Al-Baqarah, sedekah diberi ganjaran 700 kali ganda. Ini dibuat perumpamaan seperi biji benih yang tumbuh bertangkai-tangkai dan berkembang biak.

2. Sabit dari hadits nabi juga, sedekah boleh mengubati penyakit. Ia direkodkan oleh Imam Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani.

3. Sedekah jug disebut sebagai satu dari amalan ringan yang diberi ganjaran besar. Sekali kita melakukan sedekah, Allah memberikan pahala yang berterusan setiap hari selagi mana sedekah itu dapat dimanfaatkan. Ia disebut sebagai sedekah jariah. Imam Muslim antara yang merekodkan teks hadits ini.

Itu sebahagian dari manfaat sedekah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya.

Ulasan

Namun naskah ini menyingkap satu sisi lain manfaat sedekah jariah. Penulis menguasai bahasa yang baik untuk memujuk dan meyakinkan pembaca (seperi saya) untuk melakukan sedekah.

Sedekah merupakan terapi pembangunan diri (self development) yang sungguh berkesan.

Teman saya yang membaca buku ini turut melahirkan rasa insafnya selepas membaca buku ini.

Sebuah lagi bukuyang saya miliki di kedai buku Gramedia, Tesco Seberang Jaya.

Ogos 24, 2009

1001 Feqh Nasihat (2006)

Filed under: Dakwah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 2:43 pm
Tags: , , ,
1001 Feqg Nasihah

1001 Feqh Nasihah

Penulis : Mohd Nazri Zainuddin

Penerbit : Jahabersa (2006)

Halaman : 277 mukasurat

Nasihat. Senang disebut. Bahkan ramai pun yang sudah melaksanakan tuntutan menyampaikan nasihat.

Namun sejauh mana nasihat itu mengikut peraturan yang telah dicontohkan oleh para nabi dan rasul.

Nasihat yang disampaikan dengan cara berhikmah akan memberi kesan yang lebih baik kepada pendengar. Walaupun soal petunjuk dan hidayah itu hak mutlak Allah, namun dalam pada masa yang sama kita dituntut untuk menyampaikan nasihat dengan cara yang terbaik.

1001 Feqh Nasihat memuatkan teladan yang ditunjukkan oleh generasi awal dalam menyampaikan dakwah.

Antara yang dimuatkan dalam buku kecil ini termasuk :

1. Hikmah dalam memulakan dakwah dengan mencari titik persamaan. Contohnya bagaimana Jaafar b Abi Talib menyeru Raja Najasyi yang beragama Kristian. Beliau memilih ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan hal Nabi Isa dan ibunya Maryam.

2. Percakapan-percakapan yang dilarang : ghibah (menceritakan keburukan orang), bercakap bohong, buruk sangka dan mengadu domba. Perkara-perkara ini secara umumnya mestilah ditinggalkan oleh seorang yang ingin menasihati orang lain.

3. Memilih perkataan yang tepat. Ini selari dengan makna ayat 70 Surah Al-Ahzab : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang tepat (qaulan sadida).

Pengarang juag menampilkan beberapa kesilapan lazim orang yang memberi nasihat :

1. Memberi nasihat secara terbuka sehingga menjatuhkan maruah seseorang, sedangkan dia boleh dinasihati secara sendiri-sendirian.

2. Memberi nasihat dengan hasrat menunjuk-nunjuk ilmu dan pengalaman peribadi.

3. Memberi nasihat atas kepentingan material.

4. Menasihati sambil lewa.

Ulasan

Buku ini sangat bermanfaat. Memuat pedoman dan teladan menyampaikan nasihat dengan cara yang baik. Pengarang mengutip pandangan dan pendapat dari sarjana Islam terdahulu, antaranya Imam Al-Ghazali dan Hassan Albanna.

Cara buku ini disusun juga ringkas dan mudah dirujuk. Pengarang tidak memanjang-manjangkan huraian yang tidak perlu.

Antara buku lain berkaitan subjek yang sama ialah Usul Dakwah oleh Abdul Karim Zaidan.

Ogos 18, 2009

Bagaimana Memahami Al-Quran (ii)

bgaimana_memahami_quran Bahagian pertama buku ini sudah saya ulas sebelum ini. Bahagian pertama mengutarakan prinsip asas memahami dan mentafsir Al-Quran.

Pada bahagian kedua, Syeikh Muhammad Jamil Zainu seorang guru di Masjidil Haram, Mekah membahaskan beberapa ayat Quran yang menarik perhatian ahli tafsir.

Ujian Nabi Allah Daud

Salah satu darinya ialah kisah ujian Allah terhadap Nabi Allah Daud yang dikunjungi oleh dua orang pemuda. Mereka mengadu tentang kezaliman salah seorang dari mereka. Ini terakam dalam Surah Shad ayat 21-26. Sebehagian kitab tafsir memuatkan tafsir tidak sabit dengan nas. Sebahaginnya mempunyai unsur-unsur merendahkan kedudukan Nabi yang dipelihara Allah dari sebarang kesalahan dan dosa.

Kisah Nabi Sulaiman membersihkan kuda  (Shod 30-33)

Ibn Hazm telah silap melakukan tafsiran beberapa perkataan dari ayat ini dengan mengatakan bahawa Nabi Sulaiman menyembelih kudanya kerana terlewat menunaikan solat.

Pandangan yang lebih tepat ialah, Nabi Sulaiman membersihkan kudanya selepas pulang. Pendapat ini dipilih oleh Ibn Jarir At-Thobari dengan memetik tafsiran pakar tafsir zaman Nabi iaitu, Abdullah bin Abbas.

Nabi Isa diangkat ke langit

Pengarang juga membincangkan isu Nabi Isa yang diangkat kelangit. Sebahagin berpendapat Nabi Isa, rohnya diangkat kelangit. Sebaliknya yang lebih tepat Nabi Isa diangkat kelangit roh dan jasad dan masih hidup sehingga hari ini. Inilah tafsiran yang dipilih oleh Al-Alusi dalam Ruhul Ma’ani, Ibn Qutabiah dan At-Thobari. Ini berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Abdullah b Abbas.

Antara perbincangan lain ialah poligami.  Seringkali Islam dicemuh dan dikritik kerana membenarkan poligami. Pengarang menitipkan dua kes dari perspektif barat tentang poligami.

1. Anne Besannt, seorang aktivis hak asasi dari London berbangsa Irish. Beliau pernah menyuarakan betapa hanya Islam yang paling adil dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Menurut Anne poligami melindungi wanita berbanding ajaran Barat. Rujuk [Annie Besant, The Life and Teachings of Muhammad (Madras:1932), hal. 25-26]

2. Manakala ke di Jerman pula pada tahun 1947 berlangsung satu konferen bagi membincangkan masalah wanita-wanita yang kematian suami akibat perang. Antara satu cadangan dari perwakilan ialah membenarkan poligami.

Ini merupakan sebahagian dari argumen yang dibawakan oleh Syeikh Muhammad Jamil Zainu. Sebuah buku yang disusun dengan cara yang ringan, mudah dan santai tetapi sangat bermanfaat.

Penulis : Syeikh Muhammad Jamil Zainu

Penterjemah : Abu Ridho

Penerbit : Pustaka Al-Kautsar

Halaman : 270 mukasurat