Mari baca

Mac 4, 2015

Motivasi Islami yang Paling Berkesan – Kitab Shahih at-Targhib wa at-Tarhib

Filed under: Adab & Akhlak,Motivasi — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , , ,

Ringkasan

shahitarghibcovKitab ini merupakan edisi tahkik/ saringan yang dilakukan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ke atas kitab at-Targhib wa at-Tarhib karangan Imam al-Mundziri (w. 656H). Ia merupakan koleksi himpunan hadis-hadis motivasi dan amaran (anjuran & ancaman). Kemudiannya pakar hadis zaman ini melihat akan besar manfaat dari kitab ini, maka beliau mengambil inisiatif untuk menyaring dan menyemak semula status sanad hadis-hadis yang dibawakan di dalam kitab ini. Maka lahirlah Shahih at-Targhib wa Tarhib.

Rebiu

Firman Allah maksudnya: “Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik . Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Surah An-Nahl : 125)

Ibn Qayyim menjelaskan bahawa hikmah digunakan pertama kali dalam menyampaikan seruan dakwah. Setelah itu jika tidak memberi kesan, maka diberingan ‘mau’izah hasanah’ berupa peringatan yang baik yakni janji-janji Allah akan ganjaran beramal dan ancaman berbuat dosa. Dan kemudian jika masih tidak berhasil maka baharulah masuk kepada fasa ketiga yakni membantah mereka dengan cara yang baik.

Kitab Shahih Targhib wa Tarhib ini menghimpunkan hadis-hadis berkaitan anjuran beramal dan ancaman meninggalkannya. Ia termasuk dalam kategori kedua yakni sebagai ‘mau’izah hasanah’.

Bukanlah kita tidak mengetahui akan kewajipan sesuatu ibadah sebagai contoh, namun ada ketika kita

Advertisements

Mac 31, 2011

Telah Datang Zamannya

Judul : Telah Datang Zamannya

Penulis : Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Penerbit : Pustaka Muawiyah bin ABi Suffyan

Sahabat Ali bin BI Thalib (semoga Allah redha kepadanya) menceritakan, “Apabila aku memberitahu kalian tentang hadis dari Rasulullah (selawat dan salam buat beliau), maka sesungguhnya kalau aku tersungkur dari langit lebih aku sukai daripada aku berdusta atas nama beliau. Dan apabila aku menceritakan kepada kalian apa yang terjadi antara aku dan kalian, maka sesungguhnya peperangan itu tipu daya. Aku pernah mendengar Rasulullah berkata,

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu golongan yang terdiri daripada orang-orang muda dan lemah akalnya (bodoh). Mereka mengucapkan dari perkataan sebaik-baik makhluk (yakni Rasulullah iaitu firman Allah, Al-Qur’an). Mereka telah daripada Islam saperti anak panah yang keluar dari busurnya. Iman mereka tidak lepas dari kerongkongan mereka sahaja. Dimana sahaja kamu dapat menjumpai mereka, maka bunuhlah mereka itu. Siapa yang membunuh mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat”.

(Hadis Rekod Bukhari & Muslim)

Hadis ini merupakan satu dari 35 hadis tentang zaman akhir. Ia dipilih, disaji dan dijelaskan oleh seorang sarjana hadis terkemuka dari Indonesia. Beliau, Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat.

Pengarang

Tidak kenal makanya tidak cinta. Saya lebih biasa (membaca dan mendengar rakaman) dari ustaz dan pendakwah lain dari Indonesia berbanding Ustaz Hakim, walaupun dari sudut senioriti dan ilmu beliau menyerlah terutama dalam bidang hadis. Ini dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah bahasa Melayu ustaz Hakim sedikit lebih pekat Indonesianya berbanding ustaz-ustaz yang lain seperti Ustaz Yazid (buku-buku beliau sangat cemerlang bahasa dan editingnya) dan Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah (sementelahan beliau orang Sumatra). Di tambah kualiti rakaman di majlis kuliah beliau kurang memuaskan.

Namun persepsi terhadap pengarang ini berubah selepas saya menghadiri secara langsung majlis pengajian kitab Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari di Jakarta baru-baru ini. Di tambah lagi selepas selesai membaca naskah buku yang sedang kita bicarakan ini.

Rebiu

Akhir zaman, umat Islam dan umat manusia dilanda berbagai situas dan situasi yang meresahkan. Dengan menolak ketepi isu alam sekitar,perubahan iklim dan struktur geografi ; manusia sahaja sudah berevolusi. Macam-macam kerenah dan musibah melanda peradaban manusia. Dari kepelikan tingkah-laku bersoasial, sehinggalah keanehan dan beragamnya cara manusia beragama.

Dalam Islam sendiri muncul golongan yang menolak hadis hanya menerima Al-Qur’an sebagai hukum agama. Kemudian ada yang mengaku menjadi Nabi. Ada yang bercakaran sesama umat Islam menyalahkan kamu salah dan kami benar. Walaupun keduanya solat dan berimej Islam.

Naskah kecil ini menghimpunkan hadis-hadis tentang akhir zaman. Ia memberi jawapan kepada banyak persoalan yang timbul. Antara hadis yang dibicarakan termasuk :

1. Orang Islam Belajar Dari Ahli Bid’ah
10. Datang Zaman Pemerintah Umat Islam Bodoh
12. Orang Mengingkari Sunnah Nabi
27. Berpegang Dengan Agama Seperti Menggenggam Bara Api
28. Banyaknya Penceramag Namun sedikitnya Ulama’
29. Pembaca Al-Qur’an Dibayar dan Meminta Bayaran

Dan banyak lagi kajian yang menarik.

Ikuti kajian bedah buku untuk naskah ini :

Februari 26, 2011

Syarah Hadits Arba’in

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 1:39 pm
Tags: , ,

Syarah Hadis 40 oleh Ibnu Daqiiqil ‘Ied

Terjemahan : Abu Umar Abdillah As-Syarif

Penerbit : Pustaka Tibyan

196 halaman.

Dalam banyak-banyak sarjana Islam menghimpun 40 hadis, naskah Imam Nawawi paling terkenal.

Lantara kemasyhuran naskah ini, ramai sarjana kemudiannya mengarang syarah atau penjelasan bagi hadis-hadis yang dihimpunkan. Dilaporkan tidak kurang dari 17 ulama senior menulis syarah tentang hadis 40 ini.

Salah satu dari syarah itu ialah kitab yang diulas ini. Ia merupakan karangan Imam Ibnu Daqiiqil Ied. Naskah ini memiliki beberapa keistimewaan. Pertamya kerana ia dikarang oleh ulama’ yang hidup sezaman dengan Imam Nawawi. Bahkan Imam Ibnu Daqiiqil Ied lebih tua usianya berbanding Imam Nawawi. Bahkan kapasiti ilmunya tidak jauh beza berbanding Imam Nawawi. Kemudiannya, syarahnya sederhana tidka terlalu panjang dan tidak juga terlalu ringkas.

Hadis 40 ini merupakan himpunan hadis-hadis yang menurut ijtihad Imam Nawawi sebagai asas-asas dan sendi agama.

Ilmuwan dan sarjana kemudian memasukkan naskah Imam Nawawi ini sebagai teks asas untuk belajar agama Islam.  Sebelum memasuki teks-teks yang lebih besar dan berat seperti Bulughul Maram (IbnuHajar al-Asqalani), Umdatul Ahkam, Riyadus Solihin dan kitab-kitab yang lainnya.

Selain naskah syarah ini, terdapat juga beberapa naskah lain yang popular dikaji. Antaranya ialah naskah yang disyarah oleh Imam Nawawi sendiri, syarah Syaikh Soleh al-Uthaimin, dan beberapa naskah lainnya.

Januari 18, 2011

Kitab-Kitab Ilmu Hadis

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:37 am
Tags: , , ,

disarikah dari tulisan Ustadz Abdullah Zaen, MA bertajuk Agar Tidak Keliru Memahami Hadits. Majalah Al-Furqan edisi 105

Beberapa kaedah memahami hadis Nabi (selawat dan salam buat beliau)

1. Memahami Sunnah berdasarkan Al-Qur’an

2. Menghimpunkan hadis-hadis yang sama tentang suatu permasalahan yang sama.

3. Memadukan antara hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bertentangan atau menguatkan satu sama lain. Antara kitab rujukan yang berkaitan topik ini ialah :

  • Musykil Atsar : At-Thohawy
  • Ta’wil Mukhtalaf Hadis : Ibnu Qutaibah

4. Mengetahui hadis nasikh dan mansukh

  • Ithaf Dzawi ar-Rusukh : al-Ja’bari
  • al-Nasikh wal Mansukh : Ibnu Jauzi
  • al-I’tibar fin Nasikh wal Mansukh minal Akhbar : al-Hazimi

5. Mengetahui sebab munculnya hadis (asbabul wurud)

  • al-Bayan wat ta;rif fi Asbab Wurud al-Hadis as-syarif : Ibnu Hamzah ad-Dimasyqi

6. Mengenal kosa kata hadis

  • Ghorib al-Hadis : al-Harawi
  • Ghorib al-Hadis : Abu Ishaq al-Harbi
  • Ghorib As-Sohihain : al-Humaidi
  • an-Nihayah fi Ghorib al-Hadis : Ibnu Atsir

7. Memahami hadis sesuai dengan pemahaman sahabat

  • Mushonnaf Abdurrazaq
  • Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah
  • Sunan Sa’id bin Mansur
  • Sunan Ad-Darimi
  • Sunan as-Sughro dan al Kubro : al-Baihaqi

8. Merujuk buku-buku syarah hadis

  • Syarhus Sunnah : al-Baghowi
  • Fathul Bari : Ibnu Hajar al-Asqalan

Januari 16, 2011

Ilmu-Ilmu Hadis

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 10:02 am
Tags: ,

Judul : Mustolah Hadis

Pengarang : Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin

Penterjemah : Ahmad S Marzuqi

Penerbit : Media Hidayah

Walupun hanya edisi terjemahannya hanya 120 halaman, namun memaham dan menghadam buku ini bukan mudah.

Ia lebih kepada teks pengajian dan perlu kepada penjelasan dan syarah.

Sesuatu yang lebih naskah ini berbanding teks-teks istilah hadis ialah,penyusun kitab ini Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin membawakan contoh-contoh sebenar bagi isitilah yang disampaikan.

Antara bab yang dibahas dalam naskah ini ialah definisis istilah hadis, athar,  khabar dna hadis qudsi.

Kemudian penyusun membincangkan hadis mutawatir, hadis ahad dan jenis-jenisnya.

Turut dijelaskan ialah kitab-kitab hadis yang utama beserta biografi ringkas pengarangnya seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan An-Nasa’i, Sunan Abu Dawud, Aunan Tirmidzi, Sunah Ibnu Majah dan Musnad Ahmad.

Syaikh Uthaimin dalam menyususn kedudukan kitab-kitab hadis meletakkan Sunan An-Nasa’i sebagai kitab yang ketiga selepas Bukhari dan Muslim. Ini berbeza dengan beberapa ilmuwan lain yang meletakkan Sunan Abu Dawud.

Pada bahagian akhir, penyusun meletakkan bab Adab Seorang Guru dan Murid.

Naskah yang kemas, tersusun dan sangat bermanfaat untuk dibaca, dikaji dan dirujuk dalam imu hadis.

 

Oktober 24, 2010

Bedah Buku 6 Kitab Hadith

Filed under: Senarai Bacaan,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 4:11 pm
Tags: , ,

Daurah Kutub Sittah

Mei 31, 2010

Kamus Istilah Hadith

Filed under: Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 2:49 pm
Tags: , , ,

Jika kita belajar bahasa Inggeris, penting kita memiliki kamus Bahasa Inggeris. Begitu juga dalam ilmu yang lain. Setiap bidang ilmu punya ‘bahasa’ atau istilahnya sendiri.

Begitu juga dengan ilmu hadith. Bukan sahaja jumlah hadithnya itu menjangkau jutaan hadith seperti kata Imam Ahmad, beliau menghafal 1 juta hadith.

Beberapa istilah yang sering digunakan

  • Syaikhul Islam : Gelaran tertinggi dalambidang hadith. Dua tokoh yang sering diberi gelaran ini ialah Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab
  • Al-Hafidz : Menghafal lebih 100 ribu hadith. Antara diberi jolokan al-hafidz termasuk Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Ibnu Katsir
  • Al-Hujjah : Orang yang menguasai lebih 300 ribu hadith

Beberapa kekeliruan

  • Hadith maudhu’ pun hadith juga, takkan kitta tak boleh guna
  • Perkataan sahabat ialah athar, bukan hadith

Ini beberapa contoh yang saya bawakan. Ia kesan dari kegagalan memahami istilah.

Buku ini kecil, cum, cuma setebal 232 halaman. Tentu sahaja tidak boleh menjadi pakar hanya dengan memahami buku ini.

Namun ia bermanfaat sebagai alat bantu dalam membuat bacaan dan kajian ilmu-ilmu hadith. Saya belum jumpa buku kecil ini di kedai-kedai umum. Saya akan lampirkan kemudian di mana boleh dapatkan buku ini.