Mari baca

Disember 5, 2012

Saatnya Hidayah Menyapa Rumahku

Filed under: Dakwah — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: ,

73046_10200142709468422_1569441173_n (1)Saatnya Hidayah Menyapa Rumahku

Judul Asal : Ihyaud Dakwah Fil Bait

Penulis : Muhammad bin Fahd bin Abdullah Al-Jifan

Penterjemah : Ust Zainal Abidin Syamsuddin Lc

Penerbit : Pustaka Imam Abu Hanifah

Halaman : 94 mukasurat

Beli : http://www.atsar.ilmusunnah.com

Pengantar Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan

Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para sahabatnya.

Saya telah membaca risalah yang berjudul “Ihyaud Dakwah Fil Bait” karya Muhammad bin Fahd bin Abdullah Al-Jifan, sebuah karya yang sangat berbobot dan layak untuk disebarkan kepada masyarakat. Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memebari manfaat atas terbitnya buku ini dan memberi pahala bagi penulisnya. Saya mengajak kepada semua kaum muslimin untuk membaca dan merenungkan serta mengamalkan kebenaran yang ada di dalam buku ini. Semoga Allah ‘azza wa jalla memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan semoga shalawat dan salam tetap tercurah kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para shahabanya.

Ulasan

Jangan pandang halaman nipisnya. Buku ini diberikan kata pengantar oleh ulama’ besar dunia hari ini yakni Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafidzahullah. Saya sendiri hampir tertipu dengan luaran dan saiz naskah ini.

Selayaknya naskah kecil ini mendapat pengiktirafan oleh ulama’ besar.

Naskah ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian pertama menceritakan secara ringkas asas-asas yang perlu dimiliki oleh seorang pendakwah, akhlaknya, persiaan ilmunya dan hakikat dakwah. Pengarang juga menjelaskan beberapa perkara yang dapat memberikan motivasi san semangat untuk menjalankan kerja-kerja dakwah.

Bahagian keduanya lebih menarik dan dekat dengan setiap individu yakni tanggungjawab dan kaedah berdakwah di dalam rumah. Sesuai dengan firman Allah yang maksudnya, “Wahai orang-orang beriman, periharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka…” (Surah at-Tahrim, ayat 6) 

Tidak sedikit orang yang lantang dan gigih berbuat sesuatu yang dikatakan dakwah; menulis di dada akhbar bercerita tentang persoalan umat, berceramah di depan ribuan khalayak, forum sini dan sana, namun dalam masa yang sama mengabaikan ahli keluarga terdekatnya,

Bukanlah kita menghendaki keluarganya soleh terlebih dahulu, baharu layak untuk seorang pendakwah itu mengembangkan dakwahnya di luar rumah. Tidak, bahkan kenyataan ini sama sekali fatal. Kerana berapa ramai kaum keluarga terdekat para Nabi itu engkar dengan apa yang didakwahkan.

Itu bukan syarat dakwah.

Yang dibicarakan ialah sikap mengambil mudah dan meninggalkan medan dakwah yang dekat semat-mata untuk memburu khalayak yang lebih ramai dan besar.

Untuk mereka yang sering mendapat tentangan dari ahli keluarga atau mereka yang tercari-cari apakah cara dan kaedah yang paling ampuh untuk mendakwahi keluarga; maka buku ini saya rekomenkan.

Ia diasaskan dari dalil-dalil yang sahih, dimuat secara ringkas tanpa penjelasan yang berjela-jela dan tentunya praktikal. Wallahuaklam.

Advertisements

September 2, 2010

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Filed under: Dakwah — Mohd Riduan Khairi @ 3:20 pm
Tags: , ,

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr

Pustaka Darul Ilmi (Jakarta, 2009)

116 halaman

Ada dua perkara yang perlu saya catatkan berkaitan buku ini. Pertama, pengenalan kepada pengarang buku ini iaitu Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr dan kandungan buku ini seterusnya.

Syaikh Abdul Muhsin Abbad

Beliau masih beluam dikenali di tanah air kita. Pertama mungkin kerana beliau tidak pernah menziarahi Malaysia atau menerima sebarang anugerah dari pihak pemerintah negara kita seperti Qaradhawi atau Prof Wahbah Az-Zuhaili. Buku-buku beliau juga belum diterjemah ke dalam bahas Melayu.

Pun begitu, di kalangan pencinta ilmu di luar negara namanya begitu masyhur. Dek kerana gah dan masyuhurnya nama beliau ini, seorang sahabat saya mendedikasikan nama anaknya sempena nama syaikh ini.

Beliau mengarang begitu banyak buku, rencana dan mengadakan banyak siri kuliah pengajian agama. Semua ini tercatat dalam biografi ringkas yang disertakan dalam naskah ini. Beliau pernah menjawat jawatan rektor Universiti Islam Madiah.

Antara ulama’ yang merekomendasi beliau sebagai guru termasuk ; Al-Imam Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz rahimahullah, Syaikh Hammad Ansari rahimahullah, Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafidzahullah dan pakar hadith dari Yaman Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Kata pepatah Arab “Lembutkanlah kata-kata, nescaya ia akan melembutkan hati”.

Asal dakwah itu adalah dengan berlemah-lembut. Tegas atau berkeras perlu hanya pada situasi-situasi yang tententu dan terdesak. Sekeras dan setegar Fir’aun, Allah perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berdakwah dengan kata-kata yang baik. Seperti yang terakam dalam Surah Toha : 43-44,

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampai batas (sesat), maka bicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah-lembut, mudah-mudahan ia mendapat peringatan dan takut (terhadap Allah)”

Manakala Aisyah melaporkan Nabi Muhammad pernah berkata :

“Sesunnguhnya kelembutan tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia akan membuatnya indah, dan tidak dicabut dari sesuatu melainkan ia akan membuatkannya buruk” (Sahih Muslim)

Pengarang seterunya membawakan beberapa perbincangan berkaitan kritikan (tahdzir) dan cela-mencela di kalangan orang Islam. Lebih khusus lagi ia ditujukan kepada orang Islam yang melalukan kesilapan atau tergelincir dalam memahami agama.

Tidak ada gading yang tidak retak, begitulah boleh diibaratkan kepada penuntut ilmu bahkan juga kepada mereka yang bergelar sarjana atau ulama’. Yang maksum hanya Nabi Muhammad. Fenomena mengkritik dan menjatuhkan hukuman secara semberono dilihat akan merosakkan keharmonian beragama di dalam Islam.

Walaupun ringkas, buku ini sangat bermanfaat buat penuntut ilmu dan pendakwah.

November 13, 2009

Meniru Sabarnya Nabi

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Dakwah — Mohd Riduan Khairi @ 2:23 pm
Tags: , ,

Pustaka Darulilmi

Sabar. Selalu kita sebut. Namun agak jarang kita bicarakan dengan teliti.

Dalam Islam, sabar merupakan antara perkara penting, sehingga disebut lebih dari 90 kali dalam Al-Quran.

Sabar dan perintah Allah yang lain

Banyak perintah Allah di dalam Al-Quran digandingkan dengan sabar. Antaranya solat dan sabar, doa dan sabar.

Luqman al-Hakim dalam satu wasiat kepada anaknya berpesan supaya anaknya ‘mendirikan solar, seru kakruf cegah mungkar dan bersabar’.

Justeru sabar bukan perkara kecil, malahan ia menjadi sebahagian dari asas agama, asas ibadah dan asas dakwah.

Kaedah-kaedah meningkatkan tahap sabar

Kata orang ‘sabar ada tahapnya’.

Namun agama mengajar agama tidak punya tahap. Sabarlah kita sampai mati.

Lihat bagaimana sabarnya Nabi berdakwah hingga dibaling batu, diancam bunuh, dikecam gila ahli sihir dan sebagainya. Bukankan hari ini sudah ada pendakwah agama dilabel sesat, wahabi, kaum muda dan sebagainya.

Buku ini menitipkan beberapa tip untuk meniru sabarnya para nabi.

Antara kaedah sabar

1. Banyak membaca kisah dakwah nabi dan orang terdahulu melalui kitab dan sunnah.

2. Mengimani disebalik kesusahan itu akan ada kesenangan.

3. Meyakini, setiap ujian itu bergandingan dengan hikmah dan rahmat.

Naskah ini memberi cahaya pencerahan kepada saya. Akan betapa kita hari ini sangat sedikit sabarnya dalam menunaikna perintah Allah. Lantara kita lekas berputus asa dengan usaha menebarkan benih iman dan takwa.

Sedang tugas manusia berusaha, yang tentukan Allah.

Baca ulasan lain yang berkaitan :

1. Dahsyatnya Sabar

Ogos 24, 2009

1001 Feqh Nasihat (2006)

Filed under: Dakwah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 2:43 pm
Tags: , , ,
1001 Feqg Nasihah

1001 Feqh Nasihah

Penulis : Mohd Nazri Zainuddin

Penerbit : Jahabersa (2006)

Halaman : 277 mukasurat

Nasihat. Senang disebut. Bahkan ramai pun yang sudah melaksanakan tuntutan menyampaikan nasihat.

Namun sejauh mana nasihat itu mengikut peraturan yang telah dicontohkan oleh para nabi dan rasul.

Nasihat yang disampaikan dengan cara berhikmah akan memberi kesan yang lebih baik kepada pendengar. Walaupun soal petunjuk dan hidayah itu hak mutlak Allah, namun dalam pada masa yang sama kita dituntut untuk menyampaikan nasihat dengan cara yang terbaik.

1001 Feqh Nasihat memuatkan teladan yang ditunjukkan oleh generasi awal dalam menyampaikan dakwah.

Antara yang dimuatkan dalam buku kecil ini termasuk :

1. Hikmah dalam memulakan dakwah dengan mencari titik persamaan. Contohnya bagaimana Jaafar b Abi Talib menyeru Raja Najasyi yang beragama Kristian. Beliau memilih ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan hal Nabi Isa dan ibunya Maryam.

2. Percakapan-percakapan yang dilarang : ghibah (menceritakan keburukan orang), bercakap bohong, buruk sangka dan mengadu domba. Perkara-perkara ini secara umumnya mestilah ditinggalkan oleh seorang yang ingin menasihati orang lain.

3. Memilih perkataan yang tepat. Ini selari dengan makna ayat 70 Surah Al-Ahzab : Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang tepat (qaulan sadida).

Pengarang juag menampilkan beberapa kesilapan lazim orang yang memberi nasihat :

1. Memberi nasihat secara terbuka sehingga menjatuhkan maruah seseorang, sedangkan dia boleh dinasihati secara sendiri-sendirian.

2. Memberi nasihat dengan hasrat menunjuk-nunjuk ilmu dan pengalaman peribadi.

3. Memberi nasihat atas kepentingan material.

4. Menasihati sambil lewa.

Ulasan

Buku ini sangat bermanfaat. Memuat pedoman dan teladan menyampaikan nasihat dengan cara yang baik. Pengarang mengutip pandangan dan pendapat dari sarjana Islam terdahulu, antaranya Imam Al-Ghazali dan Hassan Albanna.

Cara buku ini disusun juga ringkas dan mudah dirujuk. Pengarang tidak memanjang-manjangkan huraian yang tidak perlu.

Antara buku lain berkaitan subjek yang sama ialah Usul Dakwah oleh Abdul Karim Zaidan.