Mari baca

Februari 25, 2015

Buku-buku Jerry D. Gray

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 9:54 pm
Tags: , , , , ,

Buku-buku Jerry D. Gray telah diterjemah dan diterbitkan oleh Pts sejak beberapa tahun yang lalu. Ia diulang cetak banyak kali lantaran fakta dan pendedahan yang dibuat. Namun ia belum cukup kuat untuk menarik saya membeli dan membacanya. Sehinggalah suatu pagi guru kami terlewat sampai ke kelas kerana ralit membacanya.

Di dalam kelas, beliau menceritakan bahkan mencadangkan agar kami membeli dan membaca apa yang diceritakan oleh Jerry D. Gray.

Rupanya beliau seorang yang berasal dari US kemudian menulis pendedahan mengenai kejahatan dan perancangan jahat pihak Barat khususnya Yahudi-Illuminati. Memeluk agama Islam dan melarikan diri ke Indonesia.

Pagi ini alhamdulillah saya sempat mengimbas 3 buah buku yang telah diterjemahnya yakni Art Of Deception, Deadly Mist dan The Final Chapter.

Ia pendedahan yang mungkin mengejutkan pada sebahagian orang. Namun kepada mereka yang membaca Al-Qur’an dan Hadis Nabi khususnya yang berkaitan ‘Fitan’ atau tanda-tanda kecil kiamat, hal ini bukan sesuatu yang baharu.

Naskah Jerry D. Gray direkomen untuk dibaca.

Cov_Art_of_Deception-240x361Final_Chapter-240x369
Cover-Deadly-Mist

Mei 22, 2010

SKALI Lagi (2008)

Filed under: Bisnes & Kewangan,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 10:17 am
Tags: , , ,

Yang bulat tidak datang bergolek

Yang pilih tidak datang melayang

Saya yakin bidalan di atas memberi gambaran yang tepat tentang buku memoir ini. Ia menceritakan tentang perjalanan pengarang (Tengku Farith) membangunkan bisnesnya SKALI.

Mana sama. Dia anak menteri. Tengku pula. Tentu miliki banyak kelebihan berbanding orang lain yang lahir dari keluarga biasa.

Ini satu contoh dari beribu ayat alasan. Yang paling banyak punya alasan ialah orang yang tidak mahu berbuat alias orang yang gagal. Hakikatnya, tidak semua anak tengku atau anak menteri berada pada kedudukan seperti Tengku Farith.

Tidak sedikit juga orang-orang yang sukse berasal dari latar belakang yang tidka memihak dan mendorong mereka.

Kata Toni Leviste, seorang selebriti dan usahawan “orang yang berjaya ialah orang yang tidka pernah berhenti berusaha“.

Inilah Tengku Farith Rithauddeen, pengasa SKALI sebuah syarikat perniagaan e-bisnes.

Liku-liku

Beliau memulakan tugas di CIMB dibawah pasukan Nazir Razak (sekarang CEO CIMB Bank).

Kemudian menubuhkan syarikat perniagaan bersama beberapa rakan kongsi.

Beliau datang dari keluarga ternama, berpendidikan tinggi dan punya pengalaman dalam syarikat korporat. Beliau juga beruntung, dikelilingi sahabat dan kenalan yang berpotensi dan boleh diharap untuk berniaga.

Beliau memiliki pakej ideal untuk sukses dalam bisnes. Namun fitrah bisnes bukan semudah menyelesaikan rumus matematik. Banyak ombak dan bada yang perlu dilalui sebelum boleh genggam sukses.

Bukan kelulusan atau keluarga yang menyelamatkan beliau untuk terus berada dalam dunia perniagaan. Akibat kemerosotan syarikat, pekerjanya tinggal beberapa sahaja dari 30. Yang mendorong beliau untuk terus membangunkan syarikat ialah kesungguhan dan keberanian.

Ciri-ciri Orang Sukses

  1. Berdikari alias berdiri atas kaki sendiri. Tengku Farith memilih untuk tidak bekerja dalam syarikat milik ayahnya.
  2. Berkawan dengan orang yang betul. Tengku Farith satu tim bersama Nazir Razak, juga seorang yang kuat bekerja.
  3. Berani dan agresif. Tengku Fatih bersama rakan-rakannya melakukan bisnes bersama enjin pencari AltaVista. Dan ketika itu ialah tahun 1996, atau 14 tahun yang lalu. Internet ketika itu masih janggal.



Januari 11, 2010

Yakjuj & Makjuj : Bencana di Sebalik Gunung

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Sejarah — Mohd Riduan Khairi @ 12:06 am
Tags: , , ,

Saya membaca buku ini dengan kaedah ‘baca pantas’. Dalam masa 2 jam saya mengimbas fakta dan rujukan. Buku ini menarik bukan sahaja perhatian saya, kerana ia sudah lebih 6 kali dicetak (dalam satu tahun, 2009).

Yakjuj & Makjuj 

Kandungan utama buku ini boleh disari secara ringkas melalui halaman ‘Prakata’ dan ‘Kesimpulan’. 

Secara ringkas, penulis membawakan kisah Al-Quran yang mengaitkan Yakjuj dan Makjuj dengan Iskandar Zulkarnain. Sebaliknya teks Yahudi dan yang lain memisahkan kisah-kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Iskandar Zulkarnain.

Naskah ini menjadi tebal, kerana pengarang menyumbatkan perbahasan-perbahasan tentang sumber-sumber Yahudi dan Kristian tetang YM. Dalam teks Yahudi dan Kristian, YM dikatakan sebagai Gog Magog.

Saya fikir ini tesis. 

Pengarang juga memetik banyak dalil dari teks Yahudi dan Kristian. 

Tuduhan plagiat dari Taurat dan Injil 

Orang-orang Yahudi dan Kristian, termasuk juga sebilangan orientalis menuduh kisah YM dalam Al-Quran diplagiat dari kitab Taurat dan Injil. Persoalan ini dijawab secara panjang lebar dalam buku ini. Saya tidak fikir ia wajar dibincangkan secara panjang lebar dalam buku ini. Ia mengalih perhatian pembaca ke persoalan lain. 

Yakjuj Makjuj = Gog Magog = Scythia 

Pengarang juga cuba membuktikan bahawa yang dimaksudkan YM atau Gog Magog itu ialah golongan Asia Tengah atau dipanggil Scythia. Ia dinyatakan oleh Abdullah Yusuf Ali di dalam Terjemahan dan Komentari Al-Quran. Pandangan ini dikongsi bersama seorang lagi penulis tafsir Al-Quran, Syaikh Abdurrahman As-Sa’di. 

Apabila hipotesis ini benar, kemudian pengarang membawakan peristiwa kekejaman suku-suku Scytihia. Ada yang mengatakan Yakjuj itu bangsa Tartar dan Makjuj itu Mongol. Saya fikir perlu ada pembuktian yang lebih kukuh untuk tujuan itu. 

Ulasan saya seperti berikut

1. Beberapa hari yang lalu, melalui lama facebook, saya disapa oleh seorang kenalan. Perbualan demi perbualan, akhirnya membawa kepada satu perbincangan tentang ‘adakah benar Nabi Isa as akan turun sebelum kiamat?’. Kenalan saya itu memberikan satu rujukan pada sebuah laman web. Laman itu memuatkan satu artikel yang meragui tentang ‘turunnya Nabi Isa as’.

Saya tidak begitu arif dalam isu Nabi Isa. Lantas saya membuat semakan dalam beberapa laman dan mengepilkan artikel berkaitan pendirian Islam yang benar tentang turunnya Nabi Isa as.

Saya simpulkan begini :

a. Peristiwa turunnya Nabi Isa adalah perkara yang belum terjadi dan termasuk dalam hal-hal ghaib. Tidak ada sesiapa secara pasti adakah benar-benar Nabi Isa akan turun, bila dan di mana. Hanya Allah sahaja yang tahu perkara-perkara ghaib. Begitu juga Nabi Muhammad saw, beliau hanya tahu perkara ghaib yang diajarkan oleh Allah melalui Jibril.

b. Justeru itu, umat Islam Ahlusunnah wal Jamaah sepakat beriman dengan perkara ghaib sebatas apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasulnya sahaja. Sebatas dalil ayat Quran dan hadith yang sabit, tidak lebih dari itu dan tidak pula kurang dari itu.

b. Sikap orang-orang yang beriman ialah cukup menerima khabar tentang alam ghaib melalui ayat Quran dan hadith yang sahih. Itu sahaja. Adapun kajian sejarah, khabar-khabar dari kitab-kita yang lain, tidak boleh dijadikan sandaran kepercayaan. Inilah jalan yang selamat.

2. Kisah Nabi Isa dan Yakjuj dan Makjuj, keduanya disebutkan dalam Al-Quran dan hadith.

– Keduanya termasuk dalam hal-hal ghaib iaitu perkara yang telah lalu dan akan datang. Akidah Ahlusunnah meyakini hal ghaib hanya diketahui oleh Allah. Tidak ada yang lain mengetahuinya melainkan diberitahu oleh Allah. Perkhabaran hal ghaib yang disebutkan oleh Rasul, itu diwahyukan oleh Allah.

3. Pun begitu Islam tidak menafikan kajian sejarah dan sains. Tidak sedikit dari sarjana Islam menulis kajian-kajian sejarah. Antaranya yang masyhur ialah Al-hafidz Ibnu Kathir yang menulis kitab sejarah bertajuk Bidayah wan Nihayah dan Qishashul Anbiya.

4. Pendirian orang Islam terhadap Yakjuj wa Makjuj.

Pada kita orang Islam, cukuplan kita percaya dan meyakini khabar Yakjuj Wa Makjuj menerusi ayat-ayat Allah dan kata-kata Nabi Muhammad saw. Selebihnya, tentang perincian dan pendetilan lain kita katakan ‘Allah lebih mengetahui’.

Sekiranya ia penting, tentu sahaja ia akan diceritakan dalam Kitab dan Sunnah. Ini kerana Kitab dan Sunnah sudah lengkap dan sempurna. Yang penting dan utama itu semuanya sudah disebutkan dalam Kitab dan Sunnah, tanpa meninggalkan satu pun.

Link untuk sebuah blog yang menulis ringkasan kajian Iskandar Zulkarnain dan Yakjuk Makjuj. Klik.

Penulis : Muhammad Alexander

Penerbit : Pts Islamika (200)

Halaman : 564 mukasurat

Harga : RM 31.50

November 14, 2009

Kedai Buku Thai Kuang, Melaka

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:46 am
Tags: , , , , ,

Foto 0049Berita tentang kedai buku ini mula-mula saya dengar dari Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis ‘berstseller’ yang sungguh rajin menulisn buku.

Saya sempat melawat kedai buku ini. Benar, sungguh kedai buku ini memaper begitu banyak buku-buku bahasa Inggeris untuk dilelong. Ada yang dijual serendah harga RM 9.90.

Namun saya melarang diri dari memberli buku-buku lelong ini. Saya khuatir kandungannya itu juga setaraf lelong. Makan makanan yang hampir basi mudharatnya mungkin beberapa hari. Namun memasukkan bahan bacaan yang tidak diketahui mudharatnya panjang.

Buku-buku Pts

Buku-buku bahasa Melayu khususnya buku Pts sangat banyak disini. Saya kira jauh lebih banyak dari kedai buku MPH atau Popular. Menjadi dasar MPH dan Popular (sebilangan besar cawangannya) menjual buku-buku yang ‘boleh laris’. Justeru agak sukar menemui buku-buku akademik.

Saya sempat beli beberapa naskah antaranya Mendorong Kreativiti Kanak-kanak oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.

Oktober 21, 2009

Kedai Buku Freedom, Parit Raja

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 3:14 pm
Tags: , , ,

DSCN2529

Sebuah kedai buku yang memaperkan judul bahasa melayu yang lumayan. Siri novel sejarah dan pahlawan Islam Pak Latip hampir lengkap. Begitu juga novel-novel Pts yang lain.

Buku-buku agama dari penerbit Telaga Biru juga tidak ketinggalan.

Namun yang paling mengujakan saya ialah koleksi buku-buku agama berjilid besar dari penerbit Pustaka Imam As-Syafie. Antara yang sempat saya belek ialah Ensklopedia Larangan oleh Sheikh Salim Al-Hilali dan Ensklopedia Salat. Kedua-duanya naskah tebal.

Mengapa agaknya kerap saya merujuk kepada Pustaka Imam As-syafie. Bukan semata-mata kerana saya bermazhab syafie.

Pustaka Imam syafie mempunyaii dasar pijak yang sangat jelas tentang kualiti penerbitannya. Semuan buku-bukunya patuh padah syariat, atas mazhab ahlus sunnah wal jama’ah faham salaf.

Selain dasar itu, kualiti fizikal buku-bukunya antara yang terbaik.

Lokasi : Berhadapan pintu masuk UTHM kampus bandar.

No. 2 & 4, Jalan Cempaka 1, Taman Kristal, 86400 Parit Raja

Oktober 7, 2009

Kedai Buku Nur, Parit Raja

Filed under: Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 11:35 pm
Tags: , ,

12Petang semalam saya sempat singgah di sebuah kedai buku di pekan Parit Raja, Batu Pahat. Walaupun pekan ini tidak sebesar bandar Batu Pahat, namun aktiviti ekonominya tidak kurang rancak. Memandangkan terdapat beberapa institus pengajian tinggi di kawasan ini. Antaranya  UTTHO, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Koleh Jururawat Masyarakat.

Justeru, pasaran untuk buku-buku agak luas. Kedai Buku Nur memamerkan buku-buku dalam Bahasa Melayu. 1/4 dari ruangan kedainya adalah ruang untuk buku-buku umum. Manakala 1/4 yang lain untuk buku rujukan dan sekolah. Dan 1/2 ruangan lain adalah untuk alat tulis.

Oleh yang demikian ruangan kedai menjadi sempit. Laluan untuk memilih buku sangat tidak selesa, dan tidak boleh berselisih. Walaupun ada banyak juga judul buku umum yang menarik, namun saya kurang selesa untuk memilih. ditambah pula susun atur buku yang tidak mesra pembeli.

1Lokasi

Kedai buku ini terletak berhampiran dengan lampu isyarat utama pekan Parit Raja. Dari arah selatan ia terletak sebelum lampu isyarat di sebelah kiri. Satu baris dengan Public Bank.

Koleksi buku

Antara koleksi buku yang dijual termasuk dari penerbit PTS, AnBakri Publication (buku karangan TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi Awang), Penerbit As-Shafa.

Tidak ketinggalan juga beberapa judul baru termasuk Tips Penulis Bestseller dari Zamri Mohamad, Travelog Haji oleh Prof Kamil dan Hikayat Amir Hamzah.