Mari baca

April 1, 2014

Buku Tentang Buku

Filed under: Senarai Bacaan,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Buku Tentang Buku

10009773_697684913607612_1143331363_nSyaikh Bakr bin Abu Zaid rahimahullah mengarang sebuah kitab berjudul, “Mu’jam al-Muallafat al-Manhulah wa ma Waqa’a fi Ismihi aw Nasabuhu Dharbun min al-Wahn wa al-Ghalth.” (Kumpulan tentang karya tulis yang diciplak dan apa yang di alami penulis sebenarnya dan sebab terjadi kerancuan dan kesalahan.)

Kitab ini antara rujukan dan sandaran kepada Syaikh Abdul Aziz Sadhan hafidzahullah ketika menulis rebiu atau catatan terhadap 43 buah kitab yang kontroversi dalam Kutubub, Akhbarun, Rijalun, Ahadith Tahtal Mijhar. Ia diterjemah dengan judul Sorotan Total Ulama’ Salaf.

Syaikh Bakar bin Abu Zaid rahimahullah sebelum ini merupakan anggota Lajnah Daimah Lil Buhuth wal Ifta. Syaikh diberi jolokan Ibn Qayyim kecil.

Namun amat disayangkan sekali, amat sedikit buku atau karya beliau yang sampai ke alam terjemahan Melayu. Dan nama beliau agak asing berbanding masyaikh yang lain.

Manakala Syaikh Abdul Aziz bin Sadhan pula merupakan salah seorang anak murid senior Syaikh Ibn Baz rahimahullah. Bahkan Syaikh as-Sadhan menulis biografi khusus untuk gurunya.

Demikian besar dan prihatin para ulama’ terhadap ilmu dan kitab.

#buku #kitab #UlatBuku #KutuBuku #Biblioholic #EncikBaca#Ulama #Salaf #ManhajSalaf #UlasanBuku #RebiuBuku #Resens

Advertisements

Mac 19, 2014

3 Kitab Akidah Terbaik: Syaikh Hammad Al-Ansari

Filed under: Akidah & Manhaj,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am
Tags: , , ,

Syaikh Al-Allamah Hammad Al-Ansari rahimahullah mencadangkan beberapa judul buku yang bagus untuk dibaca kepada para pemuda penuntut ilmu. Ia dipetik dari rakaman mp3 yang syaikh sampaikan berkaitan kepentingan membaca buku-buku yang bermanfaat.

Judul tersebut ialah:

1. Kitab As-Sunnah: Imam Ahmad bin Hanbal

2. Kitab As-Sunnah: Abdullah bin Ahmad bin Hanbal

3. Kitab Tauheed: Imam Ibnu Khuzaimah

Rahimahumullah

Sumber: http://aloloomenglish.net/vb/showthread.php?548-The-books-that-Al-Allamah-Hammad-al-Ansaree-suggested-for-the-youth

 

Mac 18, 2014

Manhaj Salaf, Sebuah Buku dan Seorang Petani

Filed under: Akidah & Manhaj,Dakwah,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Menemui Manhaj Salaf dari Seorang Petani

Abdul Awal bin Hamad al-Ansari menceritakan dari ayahnya,

“Suatu hari aku menemui Syaikh Hamid Faqeeh dan berkata kepadanya: Berpegang kepada manhaj salaf amat jarang ditemui di Mesir, dan engkau pula berpegang kepada manhaj salaf! Bagaimana engkau menemui manhaj salaf?

Dia bercerita: Aku graduasi dari Universiti Kaherah atau Azhar. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, aku melewati sebuah ladang dan melintasi seorang lelaki tua sedang duduk di situ. Lalu aku memberi salam kepadanya. Ketika itu aku sedang memegang sijil kelulusan universiti, lalu lelaki itu bertanya: Apa yang yang engkau pegang itu? Aku menjawab: Ini ialah sijil graduasi.

Di sebelah lelaki tua itu ialah Kitab Tauhid dengan penjelasan Fathul Majid. Lelaki tua itu bangun seketika dan pergi menguruskan beberapa perkara. Aku membelek-belek buku tersebut dan kemudian lelaki tua itu datang semula. Aku bertanya kepada lelaki itu tentang buku tersebut lalu aku nyatakan kekaguman aku terhadap buku tersebut. Maka lelaki itu pun mula menjelaskan ‘akidah salaf’ kepadaku.

Dia berkata: “Wahai anakku! Sekarang terserah kepada kamu untuk menyebarkan dakwah tauhid dan akidah salaf, kerana sesungguhnya kamu tidak mempelajari hal ini dari universiti yang kamu pelajari sebelum ini.”

Maka sejak detik itu, aku mula terpanggil kepada akidah salaf.

Dipetik dari ‘‘al-Majmoo’ Fee Tarjama al-Allama al-Muhaddith ash-Shaykh Hamad bin Muhammad al-Ansaari -Rahimullaah- wa Seeratahi wa Aqwaalihi wa Rihlatihi’ oleh Abdul Awal bin Hammad al-Ansari.

Sumber: http://followingthesunnah.wordpress.com/2012/09/13/a-brief-biography-of-shaykh-allaama-al-muhaddith-hamad-al-ansaari/

#ManhajSalaf #Tauhid #AhliHadith #HammadAnsari #Hidayah

Mac 17, 2014

Nasihat Yang Membekas Dalam Jiwa Syaikh Hammad Al-Ansari

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 10:00 am

Nasihat Yang Membekas Dalam Jiwa Syaikh Hammad Al-Ansari

Abdul Awal bin Hamad al-Ansari menceritakan peri ayahnya Syaikh Hammad Al-Ansari rahimahullah,

“Ketika ayahku menemui Syaikh Abdullah al-Mahmood di Nigeria, dia belajar banyak perkara dan mengambil nasihat dari syaikh. Antara yang paling penting ialah apabila Syaikh Abdullah berkata: Wahai anakku! Apabila engkau tiba di tanah haram, maka berpeganglah kepada buku-buku tulisan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim. Dan sampaikan akidah generasi salaf dan tebarkan buku-buku mereka. Ia bergantung kepadamu untuk mengajarkan kepada masyarakat; akidah dan pengetahuan.”

Sambung Abdul Awal bin Hamad al-Ansari, Aku mendengar ayahku berkata: “Aku amat terkesan dengan nasihatnya. Aku menerima dan sematkan ke dalam hatiku, dan kemudian aku membuat keputusan untuk melaksanakan nasihat itu.”

Dipetik dari ‘‘al-Majmoo’ Fee Tarjama al-Allama al-Muhaddith ash-Shaykh Hamad bin Muhammad al-Ansaari -Rahimullaah- wa Seeratahi wa Aqwaalihi wa Rihlatihi’ oleh Abdul Awal bin Hammad al-Ansari.

Sumber: http://followingthesunnah.wordpress.com/2012/09/13/a-brief-biography-of-shaykh-allaama-al-muhaddith-hamad-al-ansaari/

#IbnTaimiyah #IbnQayyim #Kitab #Buku #UlatBuku #KutuBuku #HammadAnsari #AhliHadith

Mac 14, 2014

114 Rak Yang Penuh Buku

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 6:22 am

I Juta Dirham dan 1 Juta Hadith 

Ayahnya mewariskan 1 juta dirham kepadanya. Berbekalkan 1 juta dirham itu, akhirnya dengan izin Allah dia menulis 1 juta hadith dengan tangannya. 

Yahya bin Ma’in (233 H) guru kepada Imam Al-Bukhari ini mendapatkan warisan dari ayahnya sebanyak 1 juta dirham dan 50 ribu dinar. Semua itu dihabiskan Yahya untuk mencari hadith, sehingga sandalpun ia tidak memilikinya. Dari harta itu, Yahya memiliki 114 rak yang penuh buku (lihat, Tahdzib At Tahdzib, Al Atsqalani, 11/282). 

(1 juta dirham bersamaan Rm15 juta. 50 ribu dinar bersamaan RM30 juta) 

sumber: http://gizanherbal.wordpress.com/2011/06/13/%E2%80%9Cayahku-seorang-ulama%E2%80%9D-cara-ulama-mendidik-anaknya/ 

Baca lagi biografi Imam Yahya bin Main: http://yufidia.com/yahya-bin-main 

Dan ada lagi kisah seorang ulama hadith yang ayahnya memberi 100 ribu dinar dan berkata, “Telah aku berikan wang sebanyak 100 ribu dinar, dan aku tidak mahu melihat wajahmu, kecuali setelah kamu mendapatkan 100 ribuhadith!”  

Mac 8, 2014

Rebiu: 40 Cara Jitu Menangani Masalah Menjadi Anugerah

Filed under: Bisnes & Kewangan — Mohd Riduan Khairi @ 11:58 pm

Rebiu: 40 Cara Jitu Menangani Masalah Menjadi Anugerah

Beberapa minggu belakangan ini adalah antara tempoh masa yang saya paling kurang membaca. Yang dimaksudkan ialah membaca dengan menikmati setiap huruf dan kata, baris demi baris, mulai halaman paling depan hingga kulit paling belakang.

Kutaib (kitab kecil) “40 Cara Jitu Merubah ‘Masalah’ Menjadi Anugerah” ibarat sepotong kek tiramisu pembuka selera (bukankah kek lazimnya dijadikan pencuci mulut!), kalau begitu gantikan tiramisu dengan semangkuk sup cendawan panas.

Judul Asal: 40 Qaa’idah fi Hillil Masyaakil.
Penulis: Abdul Malik Al-Qasim
Penterjemah: Ahmad Syaikhu
Penerbit: Pustaka Ibnu Umar (2013)

Emosi

Bagaimana saya menikmati sebuah naskah yang enak? Kata orang Inggeris, “Good thing is to be shared.”

Naskah ini ringkas. Memuat 40 tips, petua dan kaedah ketika berhadapan dengan musibah atau situasi yang tidak disukai.

Yang semuanya didasari dalil dan mudah untuk dilaksanakan. Dan lebih menarik ialah, buku ini menyajikan contoh-contoh yang dipraktiskan oleh tokoh-tokoh terdahulu.

#UlasanBuku #BooksReview #BukuAgama #EncikBaca #Buku#UlatBuku #PengurusanStress

1555542_672309342811836_120038170_n

November 6, 2013

Para Ulama Membeli Kitab

Filed under: Kedai buku,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 4:15 pm

Para Ulama Membeli Kitab

Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah dalam rakaman kajian Baiti Jannati menceritakan,

Bahawa suatu ketika beliau bertemu dengan Syaikh Salim Eid Al-Hilali dan Syaikh Masyhur Hasan Alu Salman hafidzahumullah. Dua syaikh ini merupakan antara empat ulama’ dan anak murid paling kanan Imam Muhaddith Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah.

Ketika itu Syaikh Masyhur dan Syaikh Salim baharu sahaja membeli kitab sejumlah 40 juta rupiah. Nilai ini bersamaan 40 set terjemahan Tafsir Ibn Kathir terbitan Pustaka Imam Syafie.

Di Malaysia harga set Tafsir Ibn Kathir dalam lingkungan RM500-700. Maknanya kedua ulama’ ini membelanjakan sebanyak RM20,000 untuk membeli kitab dalam satu masa.

Senilai downpayment sebuah rumah apartmen kos sederhana!

Maka tidak hairan ada ulama’ mengingatkan agar ‘jual rumahmu dan beli kitab!’ Dan mereka benar-benar melaksanakannya.

#SyaikhMasyhurHasanSaman #SyaikhSalimEidElHilali #ulama #ulatbulu#kutubuku

Oktober 29, 2013

Baucar Buku 1Malaysia

Filed under: Bisnes & Kewangan,Kedai buku — Mohd Riduan Khairi @ 4:19 pm

TERAS KETIGA: MENGUNGGUL MODAL INSAN

Baucar Buku 1Malaysia

131. Budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya perlu ditingkatkan. Jadikanlah buku teman setia, penyuluh di kala gelap, penyegar minda sepanjang hayat. 

132. Sukacita saya umumkan Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia dengan nilai sebanyak 250 ringgit kepada setiap pelajar pra-universiti dan IPT untuk mengurangkan kos pembelian buku dan bahan pengajian. Langkah ini dijangka dapat memanfaat seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak 325 juta ringgit.

#BAJET

Oktober 27, 2013

Kitab Zuhud oleh Imam Ahmad bin Hanbal

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 8:22 am

Kitab Zuhud: Imam Ahmad bin Hanbal

Gambar

Setakat yang kita kenal ada beberapa ulama’ mengarang kitab dengan tema yang sama. Antaranya termasuk:
– Imam Abdullah ibn Almubarak: Az-Zuhud war Raqaaiq
– guru Imam Ahmad yakni Waki’ Ibn Jarrah
– Fudhail b Iyadh: Raqaiq
– dan dari zaman mutkahir seperti Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, pakar hadith dari Indonesia.

Dianggarkan lebih 60 judul telah dikenal pasti dikarang oleh ulaman dan tema ini.

Syaikhul Islam pernah memuji, “Satu-satunya kitab zuhud yang paling bagus ialah yang dikarang oleh Al-Imam Ahmad.

Biografi Ringkas

Imam Ahmad lahir di Baghdad pada tahun 164H/ 780M. Antara gurunya termasuk:
– Sufyan bin Uyainah
– Yahya al-Qattan
– Waki’ ibn Jarrah
– Imam Syafie

Manakala anak-anak murinya:
– dua orang anaknya sendiri Abdullah dan Soleh
– Ali Al-Madiny
– Al-Bukhari
– Muslim
– Abu Dawud
– Abu Zar’ah Ar-Razy
– Abu Hatim Ar-Razy dll

Kehidupan

Yazid bin Al-Munady berkata, “Al-Imam Ahmad termasuk orang yang paling hidup dan mulia jiwanya, paling baik pergaulan dan adabnya. Pandangan matanya lebih banyak menunduk dan juga menahannya, menghindari keburukan dan main-main, tidak pernah mendengar darinya kecuali penyampaian hadith, suka menyebut orang soleh dan zuhud dengan rasa hormat dan sebutan kata-kata yang baik.”

Harmalah berkata, “Aku pernah mendengar Asy-Syafii berkata: saat keluar dari Iraq, aku tidak meninggalkan seseorang yang lebih mulia, lebih berilmu, lebih wara’ dan lebih bertaqwa selain dari Ahmad bin Hanbal.

Qutaibah berkata, “Suffyan Tsauri meninggal dunia dan wara ikut meninggal bersamanya. Asy-Syafii meninggal dunia dan As-Sunnah ikut meninggal bersamanya. Ahmad bin Hanbal meninggal dunia dan bid’ah pun muncul.”

Antara kitab beliau yang sudah dicetak termasuklah:
– Musnad, memuat 30,000 hadith.
– Az-Zuhud
– Ar-Radd ala Zanadiqah fiima fiihi min Mutasyabih Al-Quran.

Dan kitab yang masih berupa tulisan tangan
– Al-Asyribah
– Al-Masaail
– Al-Ilal war Rijal

Dan banyak lagi.

Rebiu Kitab Az-Zuhud

Di dalam kitab ini memuat 2,345 nas berupa hadith dan atsar.

Pada bahagian pertama Imam Ahmad membawakan riwayat-riwayat berkaitan sifat zuhud Rasulullah dan para Nabi yang lainnya.

Kemudian di bahagian kedua kisah zuhud para sabaha dan tabi’in.

Edisi terjemahan ini diterbitkan oleh Darul Falah, Jakarta. Setebal 417 halaman dan diterjemah oleh Kathur Suhardi.

Terima kasih kepada rangkaian Kedai Buku Bushra cawangan Perak kerana membawakan buku ini di atas rak mereka.

Ogos 14, 2013

Sebaik-Baik Kamu yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 6:41 am
Tags: ,

Bintang Adalah Amanah Langit

“Bintang adalah amanah untuk langit, apabila bintang telah pergi maka datang kepada langit apa yang telah dijanjikan kepadanya, aku adalah amanah untuk para sahabatku, apabila aku telah pergi datang kepada sahabatku apa yang dijanjikan kepada mereka, dan sahabatku adalah amanah untuk umatku, apabila sahabat-sahabat ku telah pergi datang kepada umatku apa yang dijanjikan kepada mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith ini Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menyebutkan bahawa bintang adalah amanah untuk langit, lalu menyebutkan dirinya dan para sahabatnya bagaikan bintang.

Di dalam Al-Quran, bintang memiliki 3 fungsi; penunjuk jalan, penghias langit dan pelempar syaitan.

Maka para sahabat nabi adalah penunjuk jalan bagi umat Islam, mereka adalah hiasan bagi umat Islam, dan pelempar syubhat syaitan yang merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam.

Petikan dari buku Sebaik-Baik Kamu yang Mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya oleh Ust. Abu Yahya Badrusalam. Pustaka Bashirah, 2009.

Ulasan Buku

1002585_587396164636488_421228020_nBuku ini tidaklah besar. Hanya 186 halaman. Tidaklah pula ditulis oleh nama besar; kibar ulama’ atau masyaikh. Hanya ustaz yang pada sangkaan ramai orang biasa-biasa sahaja. Manakala topik pembahasannya pula bukanlah asing atau lain dari yang lain.

Pembaca buku dan penulis-wannabe seperti kami sudah barang tentu ego dan ‘perasan’ itu sering terlajak. Almaklumlah di atas rak buku sudah ada karya Pram, Ohmae, Kant dan usah-disebutlah-lagi.

Akan tetapi entah bagaimana entah bagaimana, akhirnya ego sebesar anak gajah itu tadi terus mengecut menjadi kecil dan kecil sehingga menjadi seperti seekor semut.

Penangan buku ini dari ustaz ini. Benar bahawa Allah memuliakan seseorang dengan Al-Quran.

Hari ini Ust Abu Yahya dan buku-buku tulisan beliau menjdi koleksi kesayangan. Beliau hafidzahullah memiliki kemahiran dan kelebihan mempermudah ‘simplify’ dalam menerangkan sesuatu yang kompleks.

Website peribadi Ust Abu Yahya Badrusalam: http://www.cintasunnah.com

#readquran #kempenbacaquran #alkitab #ulatbuku #kutubuku #islam #tafsir

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »