Mari baca

Oktober 27, 2013

Kitab Zuhud oleh Imam Ahmad bin Hanbal

Filed under: Adab & Akhlak,Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 8:22 am

Kitab Zuhud: Imam Ahmad bin Hanbal

Gambar

Setakat yang kita kenal ada beberapa ulama’ mengarang kitab dengan tema yang sama. Antaranya termasuk:
– Imam Abdullah ibn Almubarak: Az-Zuhud war Raqaaiq
– guru Imam Ahmad yakni Waki’ Ibn Jarrah
– Fudhail b Iyadh: Raqaiq
– dan dari zaman mutkahir seperti Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat, pakar hadith dari Indonesia.

Dianggarkan lebih 60 judul telah dikenal pasti dikarang oleh ulaman dan tema ini.

Syaikhul Islam pernah memuji, “Satu-satunya kitab zuhud yang paling bagus ialah yang dikarang oleh Al-Imam Ahmad.

Biografi Ringkas

Imam Ahmad lahir di Baghdad pada tahun 164H/ 780M. Antara gurunya termasuk:
– Sufyan bin Uyainah
– Yahya al-Qattan
– Waki’ ibn Jarrah
– Imam Syafie

Manakala anak-anak murinya:
– dua orang anaknya sendiri Abdullah dan Soleh
– Ali Al-Madiny
– Al-Bukhari
– Muslim
– Abu Dawud
– Abu Zar’ah Ar-Razy
– Abu Hatim Ar-Razy dll

Kehidupan

Yazid bin Al-Munady berkata, “Al-Imam Ahmad termasuk orang yang paling hidup dan mulia jiwanya, paling baik pergaulan dan adabnya. Pandangan matanya lebih banyak menunduk dan juga menahannya, menghindari keburukan dan main-main, tidak pernah mendengar darinya kecuali penyampaian hadith, suka menyebut orang soleh dan zuhud dengan rasa hormat dan sebutan kata-kata yang baik.”

Harmalah berkata, “Aku pernah mendengar Asy-Syafii berkata: saat keluar dari Iraq, aku tidak meninggalkan seseorang yang lebih mulia, lebih berilmu, lebih wara’ dan lebih bertaqwa selain dari Ahmad bin Hanbal.

Qutaibah berkata, “Suffyan Tsauri meninggal dunia dan wara ikut meninggal bersamanya. Asy-Syafii meninggal dunia dan As-Sunnah ikut meninggal bersamanya. Ahmad bin Hanbal meninggal dunia dan bid’ah pun muncul.”

Antara kitab beliau yang sudah dicetak termasuklah:
– Musnad, memuat 30,000 hadith.
– Az-Zuhud
– Ar-Radd ala Zanadiqah fiima fiihi min Mutasyabih Al-Quran.

Dan kitab yang masih berupa tulisan tangan
– Al-Asyribah
– Al-Masaail
– Al-Ilal war Rijal

Dan banyak lagi.

Rebiu Kitab Az-Zuhud

Di dalam kitab ini memuat 2,345 nas berupa hadith dan atsar.

Pada bahagian pertama Imam Ahmad membawakan riwayat-riwayat berkaitan sifat zuhud Rasulullah dan para Nabi yang lainnya.

Kemudian di bahagian kedua kisah zuhud para sabaha dan tabi’in.

Edisi terjemahan ini diterbitkan oleh Darul Falah, Jakarta. Setebal 417 halaman dan diterjemah oleh Kathur Suhardi.

Terima kasih kepada rangkaian Kedai Buku Bushra cawangan Perak kerana membawakan buku ini di atas rak mereka.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: