Mari baca

April 20, 2012

Benarkah rakyat Malaysia tidak suka membaca?

Filed under: Senarai Bacaan,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 5:52 am
Tags: ,

Pohon pedada di dalam taman,
Jadi idaman si anak rusa,
Marilah anakanda marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa.

 

Masih ramai yang beranggapan bahawa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tidak suka membaca. Atau lebih tragis lagi dituduh sebagai malas membaca.

Sebelum menjawab teka-teki-teka-tekuk ini, selok kita bawakan beberapa senario bahan bacaan di negara kita.

Bahan bacaan terbahagi kepada beberapa kategori. Sekadar menyebutkan beberapa, selain tulisan di papan tanda dan sarikata (subtitle) filem bukan bahasa Melayu!

1. Akhbar. Sekurang-kurangnya ada 5 akhbar harian berbahasa Melayu di Semenanjung. Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro dan Kosmo. Yang mana secara total jumlah keseluruhan naskah yang dijual setiap hari melebihi 1 juta naskah. Pada tahun 2005 jumlahnya hampir mencecah 2 juta yakni 1.97 juta naskah.

Itu tidak termasuk akhbar lidah politik parti politik seperti Harokah dan Suara Keadilan.

Secara umum jumlah jualan akhbar bahasa Melayu masih paling tinggi mengatasi akhbar bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Ingat, sebahagian orang Melayu membaca dalam Bahasa Inggeris seperti akhbar NSTP dan The Star.

Jadi, berdasarkan matematik akhbar sahaja, data menunjukkan bahawa orang Melayu (khususnya) membaca bahkan banyak membaca. Khususnya membaca akhbar.

2. Majalah. Secara tepat kami tidak memiliki angka judul atau sirkulasi jualan majalah. Setakat maklumat yang diperoleh majalah Millenia dijual sekita 10-20 ribu naskah sebulan.

Benar, ada majalah yang tutup kedai seperti majalah Siasah dan Massa. Namun jangan dinafikan ada banyak judul baharu muncul. Sebagai contoh Majalah Solusi, Majalah Dian As-Sunnah, dan beberapa lagi.

Kalaulah majalah hiburan dan pop itu boleh kita masukkan ke dalam kategori bahan yang dibaca maka majalah Mangga, Mastika, URTV, Media Hiburan semuanya itu masing-masing mencatat jualan puluh ribu naskah setiap keluaran.

Jadi, hipotesis apakah yang digunakan untuk menyatakab bahawa rakyat Malaysia tidak membaca. Hanya sahaja bahan atau jenis bacaan rakyat Malaysia itu boleh dirinci lagi.

3. Buku.  Siapa kata rakyat Malaysia tidak suka baca buku?

Atau yang berkata itu sebenarnya tidak membaca. Ini kerana jualan buku-buku khususnya novel cinta itu melonjak-lonjak saban bulan. Bukan satu atau dua judul mencatat jualan hingga puluhan ribu naskah.

Demikian juga apabila Pts Publication membuka kategori baru dalam novel, yakni kisah para sahabat dan tokoh Islam. Judul-judulnya tidak pernah tidak ‘ngetop’ laris. Sehingga dieksport judulnya ke negara jiran. Sehingga ada kedai buku meminta secara eksklusif supaya edisi mewah pula diterbitkan (kompilasi dan kulit tebal).

Secara rawak, Pts Publication sahaja menjual sekurang-kurangnya 500 ribu (setengah juta!) naskah buku sepanjang tahun 2011. Angka ini hanya melibatkan 28 judul terlaris sepanjang tahun itu. Itu belum lagi ditambah buku penerbit lain seperti Telaga Biru, Hidayah Publisher, Galeri Ilmu, DBP, Kumpulan Utusan, Karya Bestari dan banyak lagi. Entah berapa juta naskah buku ilmiah-separa ilmiah telah dijual setiap tahun.

Jadi, apa rasionalnya statistik membaca 2 halaman setiap tahun?

Jadi mungkin kita boleh buat kesimpulan bahawa yang mendakwa rakyat Malaysia tidak membaca itu barangkali :

a. Yang mendakwa itu sendiri tidak baca buku.

b. Yang mendakwa itu sendiri tidka masuk ke kedai buku.

c. Yang mendakwah itu sendiri, menulis buku dan bukunya sebenarnya yang tidak laku.

d. Yang mendakwa itu sendiri, menerbitkan buku. Dan buku-buku syarikatanya yang tidak laku.

Tanda-tanda Kiamat

Yang menjadi perhatian bukanlah membaca atau tidaknya umat. Sebaliknya yang menjadi perhatian dan kebimbangan ialah apa yang dibaca. Saya titipkan perkataan Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil dalam bukunya yang bermanfaat ‘Asyraatus Sa’ah’.

38. Dijelaskan dalam hadis Ibnu Mas’ud rahiallhuanhu dari Nabi sallallahualaihi wa sallam, beliau bersabda:

“Sesungguhnya menjelang datangnya kiamat…. bermunculannya qalam (pena).” (Musnad Ahmad, no. 3870, syarah Ahmad Syakih dengan sanad yang sahih)

Yang dimaksud dengan bermunculannya qalam – wallahuaklam- adalah bermunculannya karya tulis dan penyebarannya.

Dijelaskan dalam riwayat ath-Thayalisi dan an-Nasa’i dari ‘Amr bin Taghlib, beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat…. banyaknya para pedagang dan merebaknya ilmu.” (Minhatul Ma’buud fi Tartiibi Musnad ath-Thayalisi,II/112, Sunan an-Nasa’i, VII/244)

Di zaman sekarang ini, hal itu telah berkembang dengan sangat pesat, dan menyebar di berbagai belahan bumi kerana banyaknya alat-alat percetakan dan fotokopi yang memudahkan penyebarannya. Walaupun demikian, kebodohan tetap saja menyebar di kalangan manusia. Sedikitnya ilmu yang bermanfaat, yaitu ilmu yang bersumber dari al-Qur’an dan As-Sunnah dan pengamalan keduanya.

Jadi banyaknya buku sama sekali tidak bermanfaat kepada mereka. (lihat: Iftaahul Jama’ah)

Sumber: Asyraatus Sa’ah (Hari Kiamat Sudah Dekat), Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil, terjemahan Beni Sarbeni, Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta, hal. 201-202, cet. 4 2009.

Beli di sini : Galeriniaga

Advertisements

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: