Mari baca

Mac 28, 2012

Perpustakaan di Masjid – DS Jamil Khir

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 6:50 am

Utusan Malaysia 28 Mac 2012

“Kita mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri supaya melengkapkan beberapa buah masjid yang terdapat di negara ini dengan kemudahan perpustakaan untuk kegunaan jemaah.”

“Perpustakaan yang dibina di masjid itu juga perlulah lengkap dengan buku-buku mempunyai pelbagai judul dan genre bagi menarik perhatian generasi muda,” katanya pada sidang akhbar di Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan 2012 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Harian Metro 28 mac 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya percaya fungsi institusi masjid sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

“Kebanyakan daripada kita melihat institusi masjid bukan sekadar tempat ibadat tapi sedar masjid berperanan sebagai tempat membangunkan minda masyarakat, terutama dalam menyelesaikan isu semasa.

“Justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, kita perlu mencari jalan untuk mengembalikan semula fungsi sebenar masjid dengan menjadikannya lebih mesra masyarakat serta bebas daripada sebarang elemen politik kepartian,” katanya.

Sinar Harian 28 Macm 2012

Katanya fungsi perpustakaan masjid itu perlu menjadi tarikan dengan ratusan judul buku yang boleh menjadi rujukan umat Islam dan pada masa yang sama mampu menarik anak muda berkunjung ke masjid.

“Kalau ada kitab setakat 20 ke 30 judul, akan berlaku kejemuan, biarlah ia menjadi tempat yang boleh menampung semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perpustakaan Masjid Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Antarabangsa di sini, hari ini.

Katanya, pada hari ini terdapat 6,400 masjid dan 14,400 surau di seluruh negara tetapi hanya 64 masjid yang mempunyai perpustakaan sendiri.

Daripada jumlah itu, hanya Masjid Negara, Masjid Tuanku Mizan, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Putrajaya sahaja yang mempunyai pustakawan yang dibayar gaji dan mampu menganjurkan aktiviti semasa seperti persidangan dan simposium yang berkaitan dengan umat Islam, katanya.  — Bernama

Catatan Saya

1. Masjid memang tidak pernah putus atau lekang dari menjadi perpustakaan menjadi tempat rujuk umat Islam. Sedar atau tidak, tidak ada masjid yang tidak menyimpan banyak buku dan kitab.

Bukankah kitab segala kitab yang memuat ilmu segala ilmu itu berada dalam setiap masjid yakni al-Qur’an yang mulia.

2. Saya setuju bahawa genre buku di masjid perlu dipelbagaikan, supaya pembaca punya banyak pilihan dan tidak lekas jemu.

Cuma genre itu perlu dalam lingkungan yang menepati syariah. Tidak perlu lompat kepada novel Islam yang entah ilmuan mana menghukum novel sebagai Islami. Kutubkhanah buku Islam cukup kaya dan mewah dengan judul.

Boleh sahaja genre itu akidah, fikah, al-Qur’an, hadis, akhlak, bahasa Arab. Dalam tafsir sahaja, saya percaya ia cukup untuk memenuhi perpustakaan masjid yang paling besar dalam negara ini. Judul tafsir sahaja sudah melebihi ratusan dari tafsir lengkap sebuah al-Qur’an (seperti Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Adhwa’ul Bayan) hingga tafsir sebahagian (seperti himpunan tafsir yang dilakukan oleh Ibn Abbas dan Ibnu Mas’ud).

Masuk pula kepada genre hadis dan syarahnya. Subhanallah, ini adalah genre yang paling kaya dan luas ilmunya. Dan tidak pernah ada ilmu yang lebih luas perbicaraannya melebihi ilmu hadis. Senarai kitab hadis sahaja tanpa syarahan itu sahaja sudah berjela-jela. Kitab Sahih Bukhari sahaja memiliki sejumlah kitab syarah yang banyak. Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari sahaja diterjemah menjadi 36 jilid besar. Maha Suci Allah.

Maka, adalah amat mustahil lagi tidak masuk akal pemuda-pemudi akan berasa bosan untuk duduk dan bertapa dalam perpustkaan begini.

Di Jakarta, kekayaan dan kemewahan judul buku Islami berhasa Melayu-Indonesia membolehkan mereka menganjurkan pesta buku tahunan yang saiznya lebih besar dari Pesta Buku KL. Bayangkan hanya buku Islami bahasa Melayu-Indonesia sahaja dipamer dan saiznya sangat besar sehingga membeliakkan mata.

Encikbaca berkesempatan mengunjungi Jakarta Islamic Bookfair dua tahun berturt-turut (2010 & 2011).

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: