Mari baca

Januari 25, 2012

Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

Filed under: Adab & Akhlak — Mohd Riduan Khairi @ 6:06 am

Judul : Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat

Penulis : Pendita Za’ba

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (2009)

Saya tidak memiliki banyak buku karangan satu-satunya tokoh Melayu yang dipakaikan gelar pendita. Yang ada ialah naskah ini dan sebuah buku pedoman berbahasa “Ilmu Mengarang Melayu” yang diselenggaraka oleh Prof Emiritus Asmah Hj Omar.

Beberapa tahun belakangan ini saya mendengar beberapa orang bercerita tentang Za’ba dan karyanya. Hanya baru beberapa hari ini saya sempat meneliti dan membacanya dengan perlahan.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.” Mungkin ini gambaran yang tepat mengenai Za’ba seperti yang diperkatakan.

Buku ini merupakan himpunan 15 buah artikel yang beliau tulis sekitar tahun 1952. Beliau banyak menyentuh tentang perangai, meneladani akhlak Nabi, berjiwa besar (dalam tulisan (Jangan Seperti Hati Tikus), hati-budi pekerti, dan tidak lepas juga mengkritik budaya dan pemahaman beragama masyarakat Melayu. Yang kesemuanya didasari dengan dalil Kitab dan Sunnah sama ada beliau menyebutkan asasnya atau tidak.

Tidak keterlaluan jika dikatakan tulisan beliau persis meniti jalan Nabi dan para sahabat.

Tegas dengan Akidah dan Isu Syirik

Di sela-sela kalimah yang beliau atur tidak pernah kering dengan menegaskan akidah-tauhid dan mencemuh amalan-amalan syirik yang wujud dalam umat Melayu. Beliau banyak kali menyebutkan kepercayaan-kepercayaan karut umat Melayu sebagai contoh mempercayai keramat kuburan dan hantu toyol.

Pemahaman beliau jelas, jauh lebih baik dari orang graduan lulusan agama yang banyak dalam negara hari ini, sekurang-kurangnya mereka yang saya kenal dan baca/ dengar tulisan/ lisan mereka.

Hadis Lemah dan Palsu

Ya, tidak ada gading yang tidak retak. Hanya Al-Qur’an sahaja yang tidak dikritisi orang yang beriman. Pendita Za’ba juga tidak sunyi dari memasukkan beberapa hadis yang tidak sabit dari Nabi seperti “tuntutlah ilmu sampai negeri China” dan “Tuntut ilmu dari buaian hingga liang lahad”.

Saya teringat akan jawapan sarjana hadis dari Indonesia yang mendapat jolokan Imam Bukhari Indonedia, Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat hafidzahullah. Beliau mengomentari hadis-hadis dhaif yang wujud dalam kitab-kitab ulama’, tidak ada ulama’ hatta ulama’ hadis sendiri yang terlepas dari kesilapan menggunakan hadis dhoif sebagai hujjah.

Hanya sahaja kita menilai sikap dan metodologi mereka.

Yang Indah Itu Bahasa 

Sesuatu yang indah dan sukar dicari ganti tentang Za’ba ialah kebijaksanaan dan hemat beliau menggunakan bahasa. Sepertinya saya mahu merebus naskah ini dan berendam didalamnya agar semua hikmah Za’ba menyerap ke dalam minda dan hati saya. Namun itu keterlaluan.

Cukuplah saya catatkan beberapa perkataan beliau yang mengesankan :

–         “Maka sebab itulah dari satu ke satu masa mereka itu berulang-ulang dilaga-lagakan oleh Tuhan sama sendirinya hingga remuk-redam dan pecah berdarah, bengkak-bengkil dan patah riuk, punah-ranah dan rosak binasa!” (jalaman 42)

–         Bidalah Melayu berkat “hidup manusia sandar-menyandar, umpama aur dengan tebing”. Jika dicongkah tebing nescaya terungkai aur lalu dihanyutkan oleh air, dan jika dibuangkan pokok aur itu nescaya hilanglah kekuatan tebing dan akhirnya lalu runtuh lalu ditumpu oleh air dan arus.

Memadai dengan itu, dan saya akhiri dengan sebuah syair yang beliau petik :

  Orang yang kuat menyangka diri

            Alim dan lebih bijak bestari 

            Itulah bebal, bukan jauhari

            Tidak akan ditunjuk ajari 

            Oleh bebalnya bertambah sombong

            Ilmu tak cukup, cakap melambung 

            Memuji diri bersambung-sambung

            Dalam kelompang, luar gelembung

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: