Mari baca

Disember 9, 2011

Kitab Tauhid dan Syarahnya oleh Ustaz Muhammad Fashan

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 1:23 am

keseluruhan entri ini merupakan salinan dari blog Ustaz Muhammad Fashan.

Pujian Ulama` terhadap Kitab Tauhid Dan Menyebut Kitab Syarah yang Masyhur bagi Kitab Tauhid

Kitab Tauhid merupakan Kitab yang agung dan merupakan antara hasil karya Imam Dakwah Muhammad bin Bin `Abdul Wahhab bin Sulaiman At-Tamimi-rahimahullah-(wafat 1026H) ianya merupakan kitab yang paling baik dalam menjelaskan masalah-masalah berkenaan Tauhid Uluhiyyah atau Tauhid `Ibadah juga dikenali sebagai Tauhid Al-Qasdu wa At-Tholab,juga sebagai Kitab yang paling jitu dalam menjelaskan syubhat-syubhat kaum musyrikin dan ahli bid`ah.Kitab ini diterima dengan baik oleh seluruh kaum muslimin ahli tauhid dan terus menerus dihafal,disyarah diajar,dipelajari dirujuki dan dipegangi oleh ahli tauhid sehinggalah hari ini.

Manhaj Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-dalam penyusunan dan penulisan kitab ini sebenarnya sama seperti apa yang telah ditempuh oleh salafnya iaitulah Al-Imam Muhammad bin Ismai`l Al-Bukhari-rahimahullah-dalam karyanya Shahih Al-Bukhari begitu juga Imam-Imam Ahli Sunnah yang lain dalam kitab-kitab mereka,hal ini jelas dapat dilihat melalui susunan tertib bab,dan turjumah(munasah bab) yang diletakkan oleh kedua-dua Imam ini dalam Kitab mereka,begitu juga teknik istidlal (penghujahan) yang menggunakan bab dan meletakkan nas berupa ayat-ayat Al-Quran,hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam serta athar-athar salaf sebagai penjelas kepada tajuk bab,ianya juga bertindak sebagai penguat dan pentafsir kepada apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pujian Para Ulama` ke atas Kitab Tauhid Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-.

Kata Syeikh Sulaiman bin `Abdul Wahhab bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-( wafat 1233H) berkenaan Kitab Tauhid dalam ” Taysir Al-`Aziz Al-Hamid” hlm 24 : ” Ianya Kitab yang unik dalam bidangnya,tidak didahului oleh pendahulu,dan tidak akan disusuli dengan penyusul”.

Syeikh `Abdul Rahman bin Hassan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-( wafat 1285H): ” Beliau telah mengumpul dengan ringkasnya dan mempunyai kebaikan yang sangat banyak,ianya mengandungi dalil-dalil Tauhid dan apa yang sudah mencukupi bagi sesiapa yang diberi taufiq oleh Allah,dan menjelaskan dalamnya dalil-dalil pada menjelaskan syirik yang ianya tidak akan diampunkan oleh Allah.”

Syeikh Al-`Allamah Al-Muarrikh Ibnu Basyar-rahimahullah-(wafat 1290H) dalam “`Unwan Al-Majd”: ” Tidak ada para penulis yang menulis dalam bidangnya yang lebih baik darinya,kerana sesungguhnya ianya sangat baik padanya dan beliau telah menyusunnya dengan penuh teliti,dan telah mencapai tahap kemuncak dan objektif”.

Syeikh `Abdul Latif bin `Abul Rahman bin Hassan Aalu Syeikh-rahimahullah-( wafat tahun 1293H) dalam “Ad-Durar As-Saniah 1/377″
” Beliau telah menulis kitabnya yang masyhur dalam masalah Tauhid,dan dia meingisytiharkan dakwah kepada jalan Al`Aziz Al-Hamid,dan dibaca kepadanya Kitab yang sangat berfaedah ini,dan telah mendengar darinya ramai di kalangan mereka yang mempunyai murid dan mustafid(pengajar),dan telah tersebarnya naskhah di pelbagai Negara,telah tersebar penyebutannya baik di tanah yang rendah dan tanah tinggi,dan berjayalah orang yang bersahabat dengannya(kitab tauhid) dan orang yang mengambil faedah(darinya),sesiapa yang yang menunggalkan tujuan(semata kerana Allah) maka selamatlah dia daripada orang yang sangat jahat,pelampau dan kerosakan,dan makin ramai-segala puji bagi Allah- pencintanya dan tentera-tenteranya..-selesai perkataan beliau-

Dan Para Ulama sering mewasiatkan agar menghafal “Kitab Tauhid” antara mereka ialah Syeikh Abdul Rahman bin Nasir As-Sa`di-rahimahullah-( wafat 1376H) sebagaimana disebutkan dalam “Al-Fatawa As-Sa`diah hlm 38”

Diantara para ulama yang juga mewasiatkan agar mempelajarinya dan mengajarkannya iaitu Syeikh Muhammad bin Ibrahim Aalu Syeikh-rahimahullah-(wafat 1389H),beliau menyebut dalam suratnya kepada salah seorang Qadi dalam “Majmu` Fatawanya 13/205 “: ” Hendaklah kamu-dengan sifat kamu sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah Allah lantik kamu( sebagai Qadi) iaitu dengan kamu memilih satu waktu daripada waktu-waktu kamu,kamu duduk dalam waktu tersebut di pasar dibaca kepada kamu “Kitab Tauhid” dan kamu berbicara dengan apa yang mudah….”

Syeikh Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim-rahimahullah-(wafat 1392H)- Dalam Hasyiahnya atas Kitab Tauhid hlm 7,berkata: Kitab Tauhid yang ianya ditulis oleh Syeikhul Islam Muhammad bin `Abdul Wahhab-moga Allah mengurniakan kepadanya ganjaran dan pahala- tidak ada tandingan dalam kewujudannya,sesungguhnya dia telah menjelaskan di dalamnya Tauhid yang Allah telah mewajibkannya ke atas hamba-hambaNya dan penciptaan mereka adalah disebabkan olehnya,dan disebabkannya(tauhid) Dia telah mengutuskan rasul-rasulNya,dan menurunkan kitab-kitabNya,dan beliau menyebutkan apa yang menafikan tauhid daripada syirik akbar atau yang menafikan kesempurnaanya yang wajib daripada syirik asghar(kecil) dan bid`ah dan apa yang boleh mendekatkan daripada hal tersebut atau yang boleh menyampaikan kepadanya,disebabkan itu ianya menjadi sesuatu yang mengagumkan dalam bidangnya yang tidak pernah didahului oleh para pendahulu,ianya menjadi tanda bagi ahli tauhid,dan hujjah ke atas mulhidin(para musyrikin) dan ianya menjadi masyhur,dan para penuntut ilmu menumpukan diri untuk mempelajarinya,dan sehinggalah menjadi kebiasaan orang menghafalnya daripada hati,dan telah meliputi manfaat dengannya.

Syeikh Sulaiman bin Hamdan-rahimahullah-(wafat 1397H) dalam Muqaddimahnya dalam Kitabnya ” Ad-Dur An-Nadhid Syarh Kitab Tauhid hlm 5″ : “Kitab Tauhid penyusunannya sangat mengagumkan,sangat besar manfaatnya,aku tidak pernah melihat sesiapa pun yang mendahuluinya hinggalah yang semisalnya,ataupun yang mengarang dalam bidang ini,maka setiap bab daripadanya terdapat kaedah daripada kaedah-kaedah yang dibina di atasnya faedah-faedah yang banyak,dan paling ramai manusia pada zamannya sungguh telah terjebak dalam syirik akbar dan asghar,dan mereka ber`itikad(meyakini) hal (kesyirikan) tersebut sebagai agama,mereka tidak bertaubat daripadanya dan tidak juga memohon keampunan,maka beliau pun mengarangnya berdasarkan pengalaman dan penyaksiannya terhadap realiti,maka ketika itu kitab tersebut merupakan ubat sebagamana ubat-ubat yang bermanfaat.”

Syeikh `Abdul Rahman Al-Jutaili-rahimahullah-(wafat 1404H) berkata: ” Kitab Tauhid yang merupakan hak Allah ke atas para hamba merupakan daripada kitab-kitab yang paling besar manfaatnya dalam mengenali Tauhid dan pembahagiannya,dan tahzir(peringatan) daripada syirik dan jenis-jenisnya,dan sebagai penutup bagi jalan-jalan(sebab-sebab) yang boleh membawa kepadanya(syirik) dan penjelasan tentang perkara-perkara yang samar dan apa yang mendekatkan daripadanya”

Syeikh `Abdul `Aziz bin Baz-rahimahullah-( wafat 1420H) menggalakkan agar para penuntut ilmu menghafalnya dan memberi perhatian dengannya,beliau berkata: ” Aku mewasiatkan saudara-saudaraku para penuntut ilmu agar memberi perhatian dengan Al-Quran dan As-Sunnah dengan perhatian yang sangat sempurna juga dengan kitab-kitab Akidah dan menghafal apa yang dipermudahkan daripadanya,kerana sesungguhnya ianay adalah asas dan ringkasan daripada ilmu-ilmu Al-Kitab dan As-Sunnah seperti “Kitab Tauhid” oleh Syeikhul Islam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-“.

Syeikh `Abdullah Al-Bassam-rahimahullah-(wafat 1423H) dalam “Ulama` Najd 1/149,tentang “Kitab Tauhid”,beliau berkata: ” Ianya merupakan kitab-kitab yang paling berharga,dan tidak ada yang pernah menulis semisalnya”.

Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi`i-rahimahullah-(wafat 1422H) dalam kitabnya ” Al-Muqtarih Fi Ajwibah Ba`dhi As`ilah Al-Mustalah hlm 138 : ” Dan daripada kitab-kitab yang berharga yang tidak dapat tidak perlu ada bagi seorang muslim,Kitab “Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid”, “Kitab Tauhid” oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah ta`ala- beliau berkata lagi: ” Ianya merupakan daripada karya teragung daripada tulisan-tulisan Al-Imam Al-Mujaddid Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahhab.”

Syeikh Soleh Al-Fauzan-hafizahullah- dalam kitabnya ” `Ianatul Mustafid Syarh Kitab Tauhid 1/18, berkata:” Kitab ini merupakan daripada kitab-kitab yang paling berharga yang pernah ditulis dalam bab tauhid kerana ianya berasaskan Al-Kitab dan As-Sunnah”.

Dan banyak lagi para ulama` yang memuji dan menasihatkan agar mempelajari Kitab Tauhid memberi perhatian terhadapnya.Dan ianya mempunyai pelbagai makhtutat(tulisan tangan) dan matbu`ah(yang dicetak) dan diulang cetak oleh pelbagai  percetakan dan ianya ditahqiq dan disyarah oleh hampir ratusan ulama` yang hanya Allah mengetahui bilangan mereka.

Antara Kitab-Kitab Syarah bagi Kitab Tauhid

1 . Taysir Al-`Aziz Al-Hamid Fi Syarh Kitab Tauhid oleh cucu penulis,Syeikh Muhaddith Al-Faqih Sulaiman bin `Abdullah bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-(wafat 1233H).

Ianya merupakan syarah Kitab Tauhid yang paling awal dan yang paling panjang,tetapi ianya tidak sempat disempurnakan oleh penulis kerana beliau dibunuh oleh Raja Mesir ketika itu iaitu Ali Pasya.

2. Tahqiq At-Tajrid Fi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Abdul Hadi bin Muhammad bin `Abdul Hadi Al-Bakri Al-`Ujaili-rahimahullah-(wafat 1262H).

3. Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Al-`Allamah Al-Muhaqqiq `Abdul Rahman bin Hasan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-(wafat 1285H) -Beliau-rahimahullah-meringkaskan syarahan daripada Kitab Taysir Al-`Aziz Al-Hamid,dan menambah dengan kalam-kalam ulama`.Ianya diulang cetak beberapa kali,antara cetakan yang masyhur:

  • a. Cetakan Pertama dicetak oleh Al Matba`ah Al-Ansariah di Delhi(India) pada tahun 1311 Hijrah . Cetakan Kedua dicetak oleh Al-Matba`ah As-Salafiyyah di Mesir pada tahun 1347 Hijrah. Cetakan Ketiga dicetak oleh Matba`ah Ansar As-Sunnah Al-Muhammadiah pada tahun 1357 Hijriah dengan tahqiq serta ta`liq Syeikh Muhammad Hamid Al-Faqi rahimahullah.Cetakan keempat dicetak oleh percetakan yang sama pada tahun 1362 Hijriah.

Cetakan itu terus menerus hinggalah hari ini,dan menurut Syeikhuna Dr Su`ud bin `Abdul `Aziz Ad-Da`jan-hafizahullah- tahqiq bagi Fathul Majid Syarh Kitab Tauhid yang terbaik adalah tahqiq oleh Syeikh Dr Al-Walid bin `Abdul Rahman bin Muhammad Aaali Faryan-hafizahullah- kerana ianya berdasarkan tiga naskhah makhtutah(tulisan tangan) dan dua naskhah matbuah(yang telah dicetak).

4.Qurratu `Uyun Al-Muwahhidin Fi Tahqiq Da`wah Al-Anbiya` wal Mursalin oleh Syeikh Abdul Rahman bin Hassan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah(pengarang Fathul Majid) ianya merupakan hasyiah(catatan kaki) beliau ke atas Kitab Tauhid.

5. Fathul Hamid Al-Majid fi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Hamid bin Muhammad bin Hassan bin Muhsin-rahimahullah- pertama kali dicetak di Percetakan Al-Quran Wa As-Sunnah di India pada tahun 1317 Hijrah dengan bilangan 161 muka surat, kemudian dicetak dan disebarkan oleh Darul Muayyad di Riyadh pada tahun 1417 Hijrah dalam satu jilid dengan tahqiq dan ta`liq Syeikh Bakr bin `Abdullah Abu Zaid.

6. Ibtal At-Tandid bi Ikhtisar Syarh Tauhid oleh Syeikh `Alim Al-`Allamah Hamd bin `Ali bin `Atiq-rahimahullah-(wafat 1301H)

7. Al-Qaul As-Sadid fi Maqasid At-Tauhid oleh Syeikh `Abdul Rahman bin Nasir As-Sa`di-rahimahullah-(Pengarang Tafsir As-Sa`di) (wafat 1376H)-

8.Ad-Dur An-Nadhid `Ala Abwabi At-Tauhid oleh Syeikh Sulaiman bin `Abdul Rahman Al-Hamdan-rahimahullah- (wafat 1397H)

9. Hasyiah Kitab Tauhid oleh Syeikh `Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim Al-`Ashimi An-Najdi Al-Hanbali –rahimahullah-(wafat 1392H).

10. Al-Jadid Fi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Muhammad bin`Abdul `Aziz As-Sulaiman Al-Qar`awi–

11. Al-Jami` Al-Farid Lil As`ilah wal Ajwibah Fi `Ilmi Tauhid oleh Syeikh `Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah –rahimahullah-(wafat 1414H)

12. Ifadatul Mustafid bi Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh `Abdul Rahman bin Hamd bin Ahmad bin Muhammad Al-Jutaili-rahimahullah- (wafat 1406H)

13. At-Ta`liq Al-Mufid `Ala Kitab Tauhid oleh Syeikh Abdul `Aziz bin Abdullah bin Baz-rahimahullah- (wafat 1420H)

14. Al-Qaul Al-Mufid `Ala Kitab Tauhid oleh Syeikh Muhammad bin Soleh Al-`Uthaimin-rahimahullah-

15. `Ianatul Mustafid Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan-hafizahullah-

16. At-Tamhid Syarh Kitab Tauhid oleh Syeikh Soleh bin `Abdul `Aziz Aalu Syeikh-hafizahullah-

Dan banyak lagi Kitab Syarah,ta`liq ,rakaman suara syarah kepada Kitab Tauhid yang disyarahkan oleh para ulama` dan masyaikh. Semoga kita dapat memepelajari dan menguasai Kitab Tauhid mengamalkannya serta menyebarkannya agar ianya dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin.

Disediakan oleh:
Abul Hussein Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
Kuliah Dakwah dan Usuluddin
Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah
14 Muharam 1432H
_________________________________________________________________________

Makhtutat( Tulisan Tangan) naskhah Kitab Fathul Majid karya Syeikh `Abdul Rahman bin Hassan-rahimahullah- mengandungi seratus lapan puluh lima muka surat,dimiliki oleh`Abdullah bin `Ali Aaalu Hammad  ditulis pada tahun 1308 Hijrah dengan tulisan `Abdul Rahman bin Daud bin Sulaiman bin Turki Aaali Dhuhayyan.

Sebahagian daripada naskhah makhtutat Hasyiah,Ikhtisar atau Syarah bagi Kitab    Tauhid oleh para Ulama`antaranya Kitab Ibtal An-Nadhid bi Ikhtisar Syarh At-Tauhid oleh Syeikh `Alim Al-`Allamah Hamd bin `Ali bin `Atiq-rahimahullah-(wafat 1301H)

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: