Mari baca

November 9, 2011

Dasar-Dasar yang Berfaedah Dalam Tauhid, Fiqh dan Akidah

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 5:34 am

Judul Asal: al-Mabadiu al-Mufidah fi at-Tauhid wa al-Fiqh wa al-Aqidah

Penulis : Syaikh Al-Allamah Al-Muhaddith Abu Abdurrahman Yahya bin Ali Al-Hajuri Hafidzahullah

Penterjemah : Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Zaidi

Penerbit : Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (2011)

Halaman : 100 mukasurat

Beli di galeriniaga.

Syaikh Yahya bin Ali Al-Hajuri adalah anak murid terpilih Syaikh Abu Abdurrahman Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah, seorang ulama’ salaf yang paling terkenal di Yaman. Beliau mengajar di Darul Hadith Dammaj, Yaman, sebuah pusat pengajian ilmu Islam khususnya hadits yang dihadiri sejumlah 5000 orang penuntut ilmu dari seluruh dunia. Setelah Syaikh Muqbil meninggal, Syeikh al-Hajuri telah mengambil alih pengurusan Darul Hadith tersebut hingga ke hari ini.

Manakala penterjemahnya pula, Ustaz Muhammad Fashan merupakan lulusan Darul Hadith Dammaj dan kini sedang melajutkan pengajian di Universiti Islam Madinah.

Takdirnya, ketika menamatkan bacaan naskah ini, kami mendapat berita bahawa ikhwah (baca : saudara-saudara) kita di Dammaj sedang bertempur dengan puak Syiah Rafidhah yang sudah mengepung mereka sejak beberapa minggu. Semoga Allah menguatkan hati dan kaki mereka atas manhaj yang benar dan mengalahkan musuh-musuh Islam.

Rebiu

Saya paling terkesan membacakan prakata yang dibawakan oleh penulis. Syaikh memulakan naskah ini dengan membawakan sebuah ayat al-Qur’an dan sebuha hadis yang sangat signifikan.

Di dalam Surah al-Baqarah, ayat ke 133, Allah berkata yang maksudnya,

 “Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya : Apa yang kamu akan sembah setelah kematianku? Mereka menjawab : Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.”

Kemudian beliau membawakan sebuah hadis sahih oleh Imam Tirmidnzi yang dilaporkan oleh sahabat Abdullah bin Abbas,

“Suatu hari saya pernah di belakang Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam , kemudian beliau bersabda kepadaku: Hai anak, sesungguhnya aku (akan) mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah (hak) Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya engkau dapati Dia ada dihadapanmu. Apabila engkau memohon, maka moholah kepada Allah. Dan apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah, bahwa umat, seandainya mereka berkumpul (bersepakat) untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan (bisa) memberimu suatu manfaatpun melainkan (sebatas) telah ditakdirkan oleh Allah bagimu, dan apabila mereka berkumpul (bersepakat) untuk menimpakan bahaya kepadamu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan (bisa) menimpakan suatu bahaya apapun kepadamu melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atasmu. Pena-pena telah diangkat dan lembar-lembar (tulisan takdir) telah kering.”

Syaikh menunjuk dan membuktikan bahawa pendidikan yang paling asas, utama dan penting bagi seorang anak manusia ialah akidah. Ia bermula sedari anak sekecil Abdullah bin Abbas (ketika Nabi wafat beliau hanya berusia 10 tahun sahaj) sehinggalah sang ayah itu sendiri yang wafat. Lihat apa yang dipesankan oleh Nabi Ya’kub kepada anak-anaknya, walhal anak-anaknya tentu sudah dewasa. Tentu sahaj sebagai Nabi beliau sudah menanamkan didikan akidah sejak anaknya masih kecil. Bahkan ada dari kalangan anaknya diangkat menjadi Nabi seperti Nabi Yusuf dan sebahagian orang mengatakan Bunyamin juga adalah Nabi. Namun Ya’kub tetap memesankan kata-kata azimat tentang penyembahan dan pengabdian kepada Allah.

Dasar-Dasar Akidah

Naskah ini disarikan dalam bentuk termudah yakni dalam bentuk tanya jawab. Bermula dari soalan

 

1.“Siapakah yang menciptakanmu?”

11. “Apakah hukum melukis gambar makhluk bernyawa?”

13. “Apakah maksud ibadah?”

14. “Di mana Allah?”

47. “Apakah hukum demokrasi?”

49. “Apakah hukum hizbiyah (berkelompok-kelompok)?”

Semua soalan-soalan ini dijawab ringkas namun tetap disertai dengan dalil. Bukan seperti buku Ustaz Azhar Idrus yang diterbitkan oleh Pts. Ianya ringkas, namun rakyu semata tanpa dalil. Bahkan jika disemak semula jawapannya itu sebahagiannya bahkan menyalahi dalil al-Kitab dan as-Sunnah, hanya akal-akalan semata-mata. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada pengarang dan penerbit tersebut untuk kembali kepada manhaj yang hak yakni manhaj para salafussoleh.

Selepas membahaskan akidah, Syaikh menjelaskan pula dasar-dasar fiqh bermula dari wudu hingga ke bab solat, zikir-zikir dan terakhir ialah nama Allah Yang Indah serta dalil yang mendasarinya.

1 Komen »

  1. […] Dasar-Dasar yang Berfaedah Dalam Tauhid, Fiqh dan Akidah […]

    Ping balik oleh Buku “Dasar-Dasar yang Berfaedah Dalam Tauhid, Fiqh dan Akidah” | One Aqidah — April 30, 2012 @ 6:04 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: