Mari baca

November 2, 2011

34 Benteng Penangkal Syaitan

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 12:58 pm

Judul Asal : Al-Hishn al-Hashiin Min Asy-Syaitaan Ar-Rajiim

Penulis : Abdul Hadi bin Hasan Wahbi

Penterjemah : Abu Khansa Suharlan Madi, Lc

Penerbit : Pustaka Darul Ilmi, Bogor 2009

Harga : RM 30, beli di galeriniaga.

Buku ini saya capai untuk mendapatkan pemahaman dan bahan untuk memberi respon kepada isu cerita hantu yang ‘panas’ akhir-akhir ini.  Ia bukan isu baharu dan ‘semasa yang akan luput ditelan masa’. Sebaliknya ia isu yang akan selalu berulang dan berulang sehingga hari kiamat. Kerana ia berkaitan dengan urusan agama dan termasuk dalam bahagian yang mendasar dan paling penting iaitu akidah ; keyakinan dan kepercayaan terhadap perkara ghaib.

Naskah ini menghimpukan usaha-usaha syaitan untuk mengganggu anak-cucu Adam alaihissalam dan juga kaedah-kaedah mengatasinya. Semuanya disari berdalilkan Al-Qur’an dan as-Sunnah. Ini sesuai dengan manhaj salafussoleh ketika membicarakan tentang hal-hal yang ghaib seperti syaitan dan gangguan-gangguannya. Tidak ada sesiapun yang mengetahui akan hal mereka melainkan apa yang dikhabarkan oleh Allah dan RasulNya.

Saya berminat untuk memetik beberapa hadis yang agak jarang kita dengar dan ketahui maksudnya, tentang syaitan.

Tempat Duduk Syaitan

Diriwayatkan dari seorang lelaki dari kalangan sahabat-sahabat Nabi selawat dan salam buat beliau, bahawasanya Nabi melarang menduduki (tempat) yang ada di antara sinar matahari dan bayangan. Beliau berkata, “(Itu adalah) tempat duduk syaitan.”

(HR Ahmad, statusnya hasan)

Bagaimana Merobek Rahang Syaitan?

Diriwayatkan oleh sahahat Buraidah, semoga Allah redha kepadanya bahawa Nabi Muhammad, selawat dan salam buatnya berkata,

“Tidaklah seorang lelaki mengeluarkan sedikit dari sedekahnya melainkan dengan sedekah itu dia merobek dua rahang tujuh puluh syaitan.”

(HR. Al-Hakim : 1/417. no 1521 dipersetujui oleh Imam Adz-Dzahabi)

Kasut atau Sandal Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah semoga Allah redha kepadanya, bahasa Nabi pernah berkata,

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dengan memakai sebelah sandal.”

(HR At-Tahawy dalam Musykil Al-Atsar, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

Beberapa Benteng dan Penangkal Syaitan yang Jarang Kita Ketahui

1. Solat Menghadap Sutrah

Dari sahabat Sahl bin Abu Hatsmah semoga Allah redha kepadanya, Nabi berkata,

“Apabila salah seorang dari kalian solat menghadap sutrah, maka hendaklah dia mendekati sutrah itu, agar syaitan tidak dapat membatalkan solatnya.”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani) 

2. Berjemaah dalam Safar (mengadakan perjalanan jauh)

Dari sahabat Abdullah bin Umar semoga Allah redha kepadanya, Nabi berkata,

“Satu musafir adalah syaitan, dua musafir adalah syaitan, sedangkan tiga musafir adalam para musafir.”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

3. Melurus dan Merapatkan Saf  Solat

Dari sahabat Anas bin Malik semoga Allah redha kepadanya, dari Nabi,

“Rapatkanlah barisan-barisan solat kalian, saling mendekatlah di antaranya, dan sejajarkanlah dengan leher-leher. Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya sesungguhnya aku benar-benar melihat syaitan masuk di celah-celah barisan seakan-akan dia dalah al-Hadzaf (kambing kecil berwarna hitam).”

(HR Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

4.  Mohon ‘Ta’awudz’ (Mohon Berlindung Dengan Allah) Ketika Mendengar Nyalakan Anjing dan Ringkikan Keldai

Dari Jabir bin Abdillah, Nabi berkata,

“Apabila kalian mendengar nyalakan anjing dan ringkikan keldai pada waktu malam, maka belindunglah kalian kepada Allah dari syaitan. Sesungguhnya mereka melihat apa yang kalian tidak lihat.”

(HR Ahmad, Bukhari dalam Adabul Mufrad dan Abu Dawud, dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani)

Demikian beberapa petikan dari hadis-hadis Nabi yang mulia tentang syaitan, sifat-sifatnya dan beberapa kaedah menghindarinya. Semoga beroleh manfaat.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: