Mari baca

September 28, 2011

Ensiklopedia Kitab-Kitab Rujukan Hadits

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 8:52 am

Ini buku untuk orang ‘riak’. Dengan buku ini kita akan dapat menyebut nama-nama besar penyusun kitab hadis dan judul-judul kitab hadis yang disusun. Baik yang sudah diterjemah, telah dicetak mahupun yang masih dalam bentuk manuskrip. Hebat bukan. Walaupun kita tidak pernah melihat atau membaca kitab hadis tersebut, namun dengan kitab ini kita boleh menyebutnya.

Semoga Allah meluruskan hati dan niat kita untuk memiliki buku ini. Sesungguhnya ilmu itu bukan dengan banyaknya “qiila wa qoola”.

Naskah ini mengkaji pengumpulan dan penulisan hadis dari abad pertama Hijrah sehingga abad ke-9 Hijrah. Kebanyakan kitab-kitab hadis utama seperti Kitab hadis yang-6 dan kitab-kitab musnad ditulis pada abad ke-3 Hijrah.

Yang menarik perhatian saya ialah selepas abad ke-4 hijrah hingga abad ke-9 hijrah. Ini kerana, tidak banyak kajian atau bahan diterbitkan.

Antara kitab-kitab hadis yang muncul pada abad ke-4 dan ke-5 termasuklah :

  • Sahih Imam Ibnu Khuzaimah
  • Sahih Ibnu Hibban
  • Al-Mustadrak : Abu Abdillah al-Hakim an-Naisaburi
  • Syarah Musykil al-Atsar : Abu Jaafar Ath-Thahawy
  • Al-Mu’jam Al-Kabir : al-Hafidz Thabrani
  • Kitab as-Sunan : Imam ad-Daruquthni
  • As-Sunan al-Kubra : al-Hafidz Baihaqi
Manakala beberapa jenis kitab yang muncul selepas itu pula ialah :
  • kitab al-Mustakhraj
  • kitab al-Maudhuuat
  • kitab al-Ahkam
  • kitab Gharib Hadis
  • kitab Athraf
  • kitab Takhrij
  • kitab Zawa’id
  • kitab Jawami’

Ensiklopedia Kitab-Kitba Rujukan Hadits ; Lengkap Dengan Biografi Ulama Hadits dan Sejarah Pembukuannya

Judul Asal : Tadwin As-Sunnah An-Nabawiyah

Penulis : Dr Muhammad Az-Zahrani

Penterjemah : Muhammmad Rum

Halaman : 264 mukasurat

Penerbit : Darul Haq, 2011

Harga : RM 30.00 (beli di galeriniaga)

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: