Mari baca

April 19, 2011

Spiritual Reading

Filed under: Senarai Bacaan,Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 1:11 pm

Spiritual Reading ; Hidup Lebih Bermakna dengan Membaca
Penulis : Dr Raghib As-Sirjani & Amir al-Madari
Pernterjemah : H. Sarwedi
Penerbit : Alam Raya Enterprise (2011)

Sebenarnya naskah ini layak disandarkan kepada Amir al-Madari. Dr Raghib As-Sirjani dan Dato’ Dr Siddiq Fadzil hanya sebagai ‘pelaris’ buat memberi rasa ‘hip’ pada buku ini.

Satu-satunya faktor yang mendorong saya memiliki dan membaca naskah ini adalah ia berlegar seputar isu buku dan membaca. Saya tidak dapat melarang diri saya dari memiliknya walau dari mana penulisnya.

Saya sama sekali tidak merekomendasi naskah ini untuk dijadikan panutan dan panduan. Saya lebih rela mencadangkan Panduan Menuntut Ilmu oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (Pustaka Ibnu Katsir) ataupun Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga oleh Ustaz Yazid bin Abdul Qadri Jawwas (Pustaka at-Taqwa).

Ada beberapa petikan yang baik dan menarik untuk dikongsi bersama,

Kitab-kitab Yang Dicadangkan

“Hadis adalah salah satu gudang yang besar dari gudang-gudang yang bersama kita. Alhamdulillah, banyak sekali buku-buku sunnah di sekitar kita. Maka, pilihlah yang paling sederhana dan sungguh akan lebih baik jika anda membacanya dengan perlahan.

Mulakan, misalnya dengan hadis Arba’in Nawawi, lalu Riyadus Solihin yang juga karangan Imam Nawawi. Kemudian bacalah Lu’lu’ wal Marjan, yakni hadis yang disepakati oleh dua Imam (Bukhari dan Muslim).”

Kitab-kitab lain yang beliau cadangkan termasuk :
– Tafsir Ibnu Katsir karya Ibnu Katsir
– Fiqih Sunnah karya Sayid Sabiq
– Ringkasan Minhajul Qasidin karya Ibnu Qudamah
– Raheeq al-Makhtum karya Al-Mubarakfuri
– Jami’ul Ulum wal-Hikam karya Ibnu Rajab al-Hambali

Tahap-Tahap Dalam Membaca

“Kita banyak melihat para pemuda yang belum pernah membaca kitab hadis al-Arba’in An-Nawawiyah karya Imam Nawawi, namun dengan penuh kesungguhan terus mengkaji kitab Fathul Bari ‘ala Syarhi Shahihil Bukhari karya Ibnu Hajar al-Asqalani atau kitab-kitab sejenisnya.”

Berkenaan tahapan dalam membaca penulis membawakan perkataan Imam Ibnu Jauzi yang sangat tepat,

“Kita semua menyedari bahawa umur kita sangat pendek, sementara ilmu sangat luas. Kerana itu, hendaknya seorang pembaca memulakan dengan mengkaji Al-Qur’an, menghafalkan, dan mengkaji tafsirnya secara sederhana sehingga tidak ada lagi yang masih samar baginya.” (Shaidul Khatir)

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: