Mari baca

April 8, 2011

Ustaz Abdullah al-Qari Haji Salleh (AQHAS)

Filed under: Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 2:46 am

BIODATA USTAZ ‘ABDULLAH AL-QARI HAJI SALLEH

Pengenalan

‘Abdullah Al-Qari ialah Guru Kreatif (1994), Tokoh Agama (Tokoh Hijrah Ar-Rasuul 2004)dan Tokoh Maulid Ar-Rasuul 2005), Pujangga Islam (2005) yang melahirkanbanyak dan berbagai karya berunsur Islam juga Tokoh Sunnah Nusantara (2005) yang melahirkan buku-buku berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, salah seorang penggerak Sunnah Nabi SAW, pemurni (reformis) Islam menerusi buku di mana B u ku Guru Zaman.

Jika Hasaan B. Thaabit Al-Anshaari r. a. dikenal sebagai Penyair Nabi SAW, maka Abdullah Al-Qari tersohor Penulis Tuk Kenali dengan berbagai karya menarik.

Kelahiran

Beliau lahir pada pagi Ahad 23 Dzu Al-Qa’idah 1356 H. bersamaan 26 Disember 1937 M. diberi nama ‘Abdullah Al-Qari (Pembaca terutama Al-Qur’an) oleh anak saudara Tuk Kenali, Tuan Guru Hi.Muhammad Jebeng, empat tahun sesudah perginya Hj. Salleh tepi Jalan Kenali. Kenali, di Lot 1203 Kenali, Jalan Puteh, tidak jauh dari Maqam Tuk Kenali.

Pendidikan

Beliau dibesarkan dalam Pendidikan Islam, di mana bapanya Hj. Salleh B. Puteh (Ab.Latif) seorang Guru Al-Qur’an di Pondok Kenali, murid tua Tuk Kenali; demikian juga ibunya Hjh. Khadijah Bt. Abdullah, keluarga Tuk Kenali, mengajar Al-Qur’an kepada kanak-kanak di sebelah dapur rumahnya. Lokasi rumah di tepi Pondok Lorong Kubur Tuk Kenali menyebabkan beliau banyak dipengaruhi Pendidikan Pondok di samping Pendidikan Sekolah Melayu Kubang Kerian, Kota Bharu (1946-1951).
Bakat

‘Abdullah Al-Qari mula berminat membaca buku-buku serba bidang sejak di Darjah Lima Sekolah Rendah dengan membaca buku-buku Indonesia yang dipinjam daripad Gurunya, Cikgu Muhammad B. Abdullah dan buku-buku di bilik bacaan di sekolah termasuk buku Sains. Bakat beliau terserlah dikesan oleh gurunya, Cikgu Mahmud B. ‘Abbas semasa beliau di Darjah Tujuh (Sekolah Menengah Melayu Tuk Pasir Pertama di Kelantan) di Sekolah Melayu Kota (Jelasin) – 1952 yang memuji dan tertarik kepada hasil karangannya di peringkat sekolah. Beliau memperoleh Sijil Pangkat Satu bagi kedua sekolah tersebut.

Mendalami Islam

Beliau memasuki Pondok MadrasahAl-Ahmadiyyah Bunut Payung (1952) belajar pada Tuan Guru Hj. AbdullahTahir B. Hj. Ahmad akan Tafsir Al-Qur’an dan pada Ustadz Hj. Ab. Rahman Al-Khudhri B. Ibrahim akan Al-Hadith. Gurunya yang berasal dari Pahang ini memberi galakan menulis di bidang Agama. Mula membaca majalah-majalah Agama dengan cara meminjam dan cuba menulis. Pada sebelah pagi beliau belajar di Darjah Tujuh.

Awal 1953 beliau dilantik menjadi guru dalam usia 15 tahun dan bercanggah dengan hasratnya untuk menyambung pelajaran di Jaami’ Merbau, K.Bharu (sempat belajar sehari). Pada suatu malam, beliau bermimpi berhadapan dengan wajah Nabi SAW yang bersabda, “Anta belajarlah Islam!”

Beliau mula membeli kitab-kitab Arab dengan cara belajar sendiri dan berguru kepada murid-murid Tuk Kenali dan murid Tuk Khurasan (Ahli Hadith) dengan mempelajari Hadith,Ilmu Ushuul At-Tafsir, Ushuul Al-Fiqh dan lain-lain. Ya, dalam usia 15 tahun ini beliau mula menjadi guru, pengarang, penerbit (Pustaka ASA) dan pengedar. Kerja seharian beliau ialah mengajar dan mengarang buku sambil belajar Agama. Bila sesuatu tajuk sudah difahami dengan baik, maka dia dijadikan buku dan disebarkan.

Peningkatan llmu

Beliau berjaya memperoleh Sijil Kursus Persekolahan Melayu (T.U.O.S. : Perguruan – 1956) , Sijil Maktab Perguruan Bahasa ‘. Language Institute – 1959),SPM (1962); STP (penuh – 1974);juga Sijil Pra LINAS (Universitas Nasional Jakarta: Kuliah Bahasa dan Sastera- 1974) dan kelayakan masuk ke Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri (Kuliah Usuluddin – 1974; seterusnya memasuki Universiti Malaya (1974-1977) dengan pencapaian Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dan anugerah Mahasiswa Terbaik.

Demi mematuhi arahan Nabi SAW tadi, maka sejak umur 15 tahun mula mempelajari dan mengkaji Islam serta menulisnya menjadi buku-buku bernilai sehingga masih kini (berusia lebih 70 tahun) berjaya menghasilkan lebih 300 karya sendiri dan terjemahan dalam berbagai bidang pengajian Islam, perubatan, umum, bahasa dan sastera; juga sajak berunsur Islam dalam bentuk buku biasa, kamus dan ensiklopedia.
Kerana kegiatan yang agak luar biasa ini, maka penulis telah dianugerahkan:

1. Tokoh Guru Kreatif (Penulisan) Kelantan, 1990.
2. Tokoh Buku Kelantan,1994.
3. Tokoh Hijrah Ar-Rasuul Kelantan,2004.
4. Tokoh Guru Kelantan (JPN), 2004.
5. Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia, 2005.
6. Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara, 2005.
7. Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,2007.
8. Tokoh Penulis Islam Terbaik, Serambi Mekah, 2008.
9. Tokoh pengkajian Al-Qur’an dan Al-Hadith (SIQAH),Nusantara, 2008.

Isteri beliau menerima anugerah “Tokoh Ibu Shaalihah Kelantan” (2005): Hjh. ‘Aisyah Bt. Hj.Ibrahim.

‘Abdullah Al-Qari telah berjaya mendirikan Masjid As-Sunnah dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Qari di Taman Al-Qari; juga “Pusat Kajian dan Sebaran Al- Qur’an dan As-Sunnah Nusantara” bertempat di Tingkat Satu Masjid As-Sunnah, Taman Al-Qari Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian berhadapan Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian.

Senarai buku tulisan dan terjemahan beliau di sini.

disalin dari kertas kerja Seminar Pencinta Buku 2010 anjuran Institus Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

5 Komen »

  1. abdullah al-qari ni menasabkan diri kepada tok kenali tapi tak macam tok kenali menolak tarikat

    Komen oleh al-kelangi — Julai 17, 2011 @ 10:38 pm | Balas

  2. ABDULLAH QARI SEORANG ILMUAN YANG TAWADUK

    Komen oleh azwandi — April 22, 2012 @ 12:38 am | Balas

  3. Beliau adalah guru agama (ustaz) saya semasa di SMK Ketereh dulu. Ada juga sy amalkan ilmu yang diberinya walau pun beliau dr Golongan Kaum Muda dan saya Kaum Tua. Seronok dengar cerita beliau bermimpi jumpa Rasulullah saw. Dari ceritanya beliau betul2 mencintai dan kagum dgn Rasul saw. Sekian – dr ikhwan Shattariah, bersanad dr Tok Kenali.

    Komen oleh murid AQHAS dulu2... — Mei 23, 2012 @ 4:30 am | Balas

  4. Baru jumpa salah satu buku Abdullah Al Qari – niyat dan Ikhlas untuk panduan thesis saya. Alhamdulillah.

    Komen oleh Oniey Zain — Januari 21, 2013 @ 7:09 am | Balas

  5. Bagi sy, Abdullah Al-Qari seorang tokoh ilmuan di Malaysia yg tiada sepertinya pada zamannya

    Komen oleh Abu Faisal Awang Nazrul — Januari 9, 2014 @ 12:10 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: