Mari baca

Mac 29, 2011

Menjadi Guru Yang Sukses Dan Berpengaruh

Filed under: Adab & Akhlak,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 1:35 pm

Menjadi Guru Yang Sukses dan Berpengaruh
Penulis : Dr Muhammad bin Abdullah Ad-Duwesy
Penerbit : Pustaka Elba, Surabaya (2010)

Pengarang

Saya cuba mendapatkan biografi ringkas pengarang naskah ini, namun masih belum bertemu. Yang sempat saya temui ialah DR Muhammad bin Abdullah Ad-Duwesy juga menulis beberapa buku berkaitan tema yang sama seperti :

• Terapi Maksiat
• Biografi Generasi Muda Sahabat Nabi
• Sabil An-Najah min Syu`mi Al-Ma`shyyiah
• At Tarbiyah Al Jaddah Dharurah, Dar Al Wathan, Riyadh 1415
• Perang Melawan Syahwat terjemahan oleh Daar an-Naba
• Kiprah Pemudi Sahabat Nabi

Potret pendidik yang paling mulia ialah Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau). Salah satu dari tugas utama Nabi ialah mengajarkan umat isi kandungan Al-Qur;an dan perkara-perkara lain yang belum diketahui oleh manusia. Ini dijelaskan oleh Allah dalam Kitabnya,

(Nikmat berkiblatkan Kaabah Yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), Yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan Yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa Yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah, ayat 151)

Ayat dengan nada yang sama disebutkan dalam beberapa tempat yang lain dalam Al-Qur’an.

Nabi Muhammad adalah guru agung. Modulnya datang dari Tuhan Yang Maha Tahu. Manakala jurulatihnya ialah Jibril (sala keatasnya), malaikat yang mulia.

Kepakaran Nabi mengajar, mendidik dan mendorong umat disebutkan oleh seorang sahabat Muawiyah bin al-Hakam as-Sulami,

“Aku korbankan bapa dan ibuku untuknya, aku tidak melihat seorang guru sebelumnya dan sesudahnya yang lebih baik pengajarannya daripada dia.” (Hadis Rekod Imam Muslim)

Antara metod yang dicontohkan oleh Nabi ketika mengajar anak muridnya, para sahabat (semoga Allah redha kepada mereka semua) ialah :

Membiasakan Mereka Utnuk Mengetahui Alasan dan Titik Pijakan Hukum
Metod dan Etika Bertanya
Memberi Jawapan Tidak Terbatas Pada Pertanyaan, melainkan menjawab dengan kaedah umum
Mendidik Sahabat Tentang Manhaj Talaqqi
Mendidik Tentang Metod Bersikap Tentang Dalil
Membiasakan Istinbath (Mengambil Kesimpulan)
Membiasakan Dialog dan Murajaah
Mendorong dan Memberi Pujian
Menggabungkan Antara Pengajaran Peribadi dan Kolektif
Menggunakan Alat Bantu Mengajar

Kemudian pada bahagian yang lain, pengarang menhuraikan sifat-sifat positif yang perlu dimiliki oleh seorang guru dan pendidik.

Komentar Saya

Untuk bergelar pakar, sekurang-kurangnya perlu baca 100 buah buku dalam tema yang berkaitan. Saya belum membaca buku sebanyak itu dalam tema pendidikan. Saya sekadar sempat membaca puluhan sahaja.

Setakat puluhan buku pendidikan dan parenting sayang sudah saya baca, buku ini menduduki kelas teratas. Antara kupasan dan huraian terbaik berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.

1 Komen »

  1. […] dari blog encikbaca. […]

    Ping balik oleh Menjadi Guru Yang Sukses dan Berpengaruh « Mohd Riduan Khairi — Mac 31, 2011 @ 3:20 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: