Mari baca

Januari 23, 2011

‘Wahabi’ Menjatuhkan Turki Uthmaniyah!

Filed under: Dakwah,Politik — Mohd Riduan Khairi @ 4:24 am
Tags: , , ,

Analogi buat yang diberi faham oleh Allah

Ada sebuah rumah yang sudah usang. Pemiliknya tidak pernah endah dengan rumah tersebut. Yang mereka tahu duduk berteduh dan tidur di dalamnya. Tanpa memikirkan tentang tiang yang dimakan anai-anai dan dinding yang reput. Atap yang bocor pun tidak dihiraukan.

Suatu hari datang seorang pengembara tumpang berteduh di halaman rumah. Kerana lelah dia pun cuba melelapkang mata sambil bersandar di dinding rumah yang usang itu.

Ditakdirkan rumah yang sudah sedia usang itu pun runtuh kerana menahan sandaran pengembara ini.

Maka keluarlah tuan rumah melihat rumahnya yang sedang roboh. Maka disalahkannya sang pengembara ini kerana mengakibatkan rumahnya runtuh.

Pengarang buku panas, Kejatuhan Kerajaan Turki Uhtmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan “Wahhabiyyah“, Ibnu Ahmadain al-Barlisi membuat analogi mudah tentang tuduhan penglibatan gerakan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab terhadap kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Beberapa Nama Yang Gemar Mengaitkan ‘Wahabi’ dengan Kejatuhan Turki Uthmaniyah

Elok juga dirungkai asal-muassala atau setidak-tidaknya orang yang menggembur semula isu ini. Antara yang agak dikenali umum ialah :

  • Dr Muhammad Uthman el-Muhammady dalam kerta kerjanya Tauhid Menentang Syirik Dalam Kefahaman dan Amalan (2002)
  • Zamihan Mat Zain al-Ghari, Salafiyah Wahabiyah : Satu Penilaian (2001)
  • Astora Jabat, rencana Wahhabi : Bahaya dari Padang Pasir. Dalam Al-Islam Februari 2003.

Catatan : Astora Jabat berkongsi pandangan dengan Hizbuttahrir menuduh ‘Wahabi’ sebagai khawarij.

Faktor Dalam Istana Yang Menyumbang Kepada Jatuhnya Kerajaan Turki Uthmaniyah

Pengarang buku ini membawakan hujah dari Prof Mehmet Maksudoglu 7 faktor (Osmanly History 1289-1922, Based On Osmanli Sources) :

  1. Kelemahan pentadbiran sultan (terutama pada perido kedua)
  2. Jihad bukan lagi misi dan asa penggeraknya
  3. Kesibukan berperang (dengan negara-negara Eropah)
  4. Pembukaan Jalan-jalan maritim baru
  5. Revolusi Industri yang menguatkan Eropah
  6. Campur tangan wanita (bonda sultan, permaisuri dan gundik-gundik) dalam pentadbiran
  7. Kemewahan dan Cintakan dunia

Kesimpulan

Pengarang buku ini membuat kesimpulan yang tuntas dan baik tentang penglibatan gerakan dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dalam kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Pengarang menggunakan istilah ‘pertembungan secara tidak langsung’. Ini kerana mereka bertembung bukan secara terus dengan pemerintah Turki, sebaliknya bergeser dengan wakil-wakil kerajaan Turki sahaja seperti dinasti Syarif Makkah, dinasti Muhammad Ali Pasha di Mesir dan ar-Rasyid di Najd.

Pertembungan ini berlaku bukan kerana mahu merebut khalifah atau menjatuhkan kerajaan Turki. Sebaliknya ia merupakan pertahanan dan melindungin keyakinan dan akidah.

Jika pergeseran ini boleh dijadikan premis untuk membuktikan tuduhan bahawa gerakan dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah,

maka banyak lagi pihak lain boleg dituduh sedemikian rupa termasuk kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu. Catatan sejarah membuktikan pemerintah Tanah Melayu ketika itu telah menyumbang sejumlah billionan harta untuk membantu British dalam perang Dunia pertama. Dilaporkan pemerintah Tanah melayu ketika itu menyumbang sebuah kapal perang His Majesty Ship HSM bernilai $22,000,000 kepada British untuk berperang melawan paksi yang disertai kerajaan Tukri.

Bahkan ada arahan dari pemerintah dan pejabat mufti melarang sokongan kepada kerajaan Turki, sebaliknya sokongan perlu diberikan kepada kerajaan British!
Semua dakwaan dan bukti ini ditampilkan dalam naskan ini. Rujukan boleh diperolehi secara lengkap dalam naskan ini. Hanya sahaja saya tidak menampilkannya dalam rebiu ini kerana ia melibatkan nama-nama institusi.


Penerbit: Jahabersa. www.jahabersa.com.my

Harga: RM20.00 (soft cover, 279ms).

Sinopsis buku di kulit belakang:

Banyak orang menyandarkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada gerakan islah Muhammad bin Abdul Wahhab, atau lebih dikenali sebagai gerakan “Wahhabiyyah”.

Benarkah sandaran atau ia semata-mata tuduhan? Pengarang buku ini cuba menganalisa persoalan ini dengan mengkaji sumber-sumber sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah pelbagai pihak. Keputusan kajian agak memeranjatkan!

9 Komen »

  1. Anda ingin menebang sepohon pokok yang sangat besar, di lereng bukit, bahkan tepi bukit. kaki anda kiri dan kanan berada dalam kedudukan yang tidak sama kerana muka bumi yang dahsyat itu. Anda perlu bertahan dalam kekudukan itu bukan dua minit atau 2 jam, tetapi mungkin 2 hari atau 2 minggu. rehat cuma untuk makan dan solat. tidur pun kurang. tersalah kedudukan kaki anda akan melayang ke dalam cerunan yang tinggi. sayangnya isekeliling pokok dan penuh dengan semak dan pepohon kecil yang mengganggu anda. Anda pula tidak ingin menebas dan membersihkan semak samun itu terlebih dahulu. sedang anda menghayun kapak(zaman tu belum aa chain saw) satu dahan kecil ari semak tadi melibas mata anda. anda hilang imbangan terus melayang maut dalam gaung yang cerun.
    itulah perupamaan wahhabi yang menumbangkan khilafah Islamiyyah Turki uthmaniyyah. Anda rujuk sahaja Lawrence of arabiyya!!!!

    Komen oleh Abu Umar — Disember 31, 2011 @ 3:33 am | Balas

    • Letihlah begini.

      Menggunakan filem sebagai dalil agama. Alahai.

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — Januari 2, 2012 @ 12:38 pm | Balas

  2. Betul tu Abu Umar…takkan lah rujuk filem pulak….kenali dulu siapa itu dr uthman alMuhammady, zamihan MatZin dan astora Jebat tu…janganlah kita menyesatkan dan menjadi pemfitnah kepada saudara sesama islam pula.

    Komen oleh sidik — Mac 20, 2012 @ 2:11 am | Balas

  3. macam mana nak dapatkan buku ni ye?

    Komen oleh nss — Ogos 9, 2012 @ 4:39 am | Balas

    • Tuan berada di mana lokasinya.

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — Ogos 10, 2012 @ 2:29 pm | Balas

      • perak..

        Komen oleh nss — Ogos 10, 2012 @ 4:12 pm

      • lebih mudah kalau tuan balas di emel saya, el_desu@yahoo.com.
        terima kasih

        Komen oleh nss — Ogos 10, 2012 @ 4:21 pm

  4. kt mph ad jual x buku nie?????????????

    Komen oleh noor syahirah saharudin — Februari 12, 2014 @ 12:33 pm | Balas

    • try cek

      Komen oleh Mohd Riduan Khairi — Mac 14, 2014 @ 6:50 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: