Mari baca

Januari 22, 2011

Norfa Bookstore, Kuantan

Filed under: Senarai Bacaan — Mohd Riduan Khairi @ 12:55 pm

Burung sama bulu terbang bersama, beginilah saya menterjemahkan pepatah Inggeris tentang orang-orang yang mempunyai persamaan.

Sejak saya mula belajar membaca dan jatuh cinta dengan buku, kemana-mana ceruk pekan dan bandar saya pergi, saya akan cari kedai buku dahulu.

Di Kuantan saya bertemu dengan beberapa buah kedai buku yang masing-masing punya koleksi unik dan tarikan tersendiri. Saya mulakan dengan kedai buku yang paling baru dibuka. Kira-kira dua minggu menurut jurujual di situ.

Norfa Bookstore

“Sampaikan walau sepotong ayat”

A-101, Ground Floor Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang.

(bersebelahan dengan Celcom dan Kamdar Kuantan, bertentangan Kompleks Belia Dan Sukan, Kuantan)

Koleksi Buku Agama

Norfa Bookstore memberi fokus kepada buku agama baik dalam bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

Apa yang paling menarik ialah kedai buku ini mempamer buku-buku berbahasa Arab. Ia ditawarkan dengan harga yang relatif lebih murah berbanding harga pasaran semasa (setakat yang saya tahu).

Beberapa judul besar yang sempat saya cerap dipamer di Norfa Bookstore ialah :

  1. Tafsir Al-Qurtubi
  2. Tafsir Ibnu Kathir
  3. Fathul Qadir (5 jilid), kitab tafsir karangan Imam Syaukani
  4. Tafsir An-Nasafi (2 jilid)
  5. Kitab-kitab hadis yang enam
  6. Fathul Bari Syarh Sahih Muslim (14 jilid)
  7. Syarah Sahim Muslim (10 jilid)
  8. Bidayah wan Nihayah, kitab sirah karangan Ibnu Kathir.
  9. Subulus Salam, kitab syarah hadis hukum Bulughul Baram oleh Imam Shan’ani
  10. Tarhib wa Targhib (4 jilid), kitab hadis anjuran dan ancaman oleh Imam al-Mundziri.

Hanya sahaja buku-buku yang disajikan belum melalui proses penapisan. Sebagai contoh turut dijual di sini ialah kitab tafsir dari aliran muktazilah Al-Kasyaf karangan Zamakhsyari. Juga Tafsir Fi Zilalil Qur’an oleh Syed Qutb. Kitab ini menerima banyak catatan dan komentar dari sarjana dan ilmuan mutakhir ini.

Untuk pembelian boleh hubungi Cik Puan Fariza 014-5007179
Buat masa ini (sehingga detik saya mengunjunginya sebentar tadi) kedai ini belum punya laman web, facebook ataupun blog.

 

Carian saya dengan kata Norfa Bookstrhttp://umieabi.blogspot.com/2010/12/25-rasul-series-form-norfa-bookstore.html

Advertisements

3 Komen »

  1. salam…nak tanya, ada membership tak kat NORFA BOOKSTORE ni?

    Komen oleh fairylittlemiya — Februari 2, 2011 @ 2:08 pm | Balas

    • biar saya tolong jawab…ada kalau tak salah dengan bayaran RM10 setahun..

      Komen oleh rozita — April 24, 2012 @ 5:51 am | Balas

  2. Assalam,disini ada menjual Al Quran Wakaf Dan Ibtida’ terbitan Telaga Biru dan harganya,ada promosi?

    Komen oleh leezamrose — Julai 19, 2012 @ 1:20 am | Balas


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: