Mari baca

Disember 24, 2010

Manhaj Ahlussunnah dalam Mengkritik Tokoh, Kitab dan Aliran

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 7:17 am

Tajuk : Manhaj Ahlus Sunnah dalam Mengkritik Tokoh, Kitab dan Aliran
Tajuk Asal : Manhaj Ahlu Sunnah Wal Jama’ah fi Naqdi ar-Rijaal wal Kutub wat-Thawaa’if
Penulis : Dr. Rabi’ Bin Hadi Umair al-Madkhali
Pembimbing : Syaikh Abdul Aziz ibnu Abdullah Ibnu Baz
Pembimbing : Syaikh Abdul Aziz Arrajihi
Penerbit : Najla Press, Jakarta, Februari 2004
Penterjemah : Abu Lutfi

Buku ini milik sahabat saya, Abu Amru Radzi Othman. Yang juga teman serumah saya. Naskah ini sudha berada di atas rak buku rumah kami sejak beberapa tahun dahulu. Namun saya baru sempat menyelaknya menikmati buah butir sarjana tersohor ini.

Dr Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali hafidzahullah merupakan seorang sarjana dan ilmuwan kontemporari yang sangat dihormati dan disegani. Beliau adalah salah seorang anak murid Muhaddis Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani yang paling menguasai bidang hadis.  Beliau juga berguru dengan beberapa tokoh seperti Syaikh Abdul Azin bin Baz rahimahullah dan Prof Dr Abdul Muhsin Abbad hafidzahullah.

Seperti mana yang berlaku kepada tokoh-tokoh ilmuwan sepanjang zaman, ibarat kata pepatah,”hanya buah yang baik sahaja dibaling orang“. Seperti gurunya Syaikh al-Albani, beliau juga sering menjadi mangsa fitnah, kritikan dan tohmahan dari kelompok yang tidak sealiran dengannya.

Rebiu : Manhaj Ahlus Sunnah Dalam Mengkritik Tokoh, Kitab dan Aliran

Secara ringkasnya buku ini mengupas persoalan ‘fiqh muwazzanah‘. Fiqh muwazanah bermaksud ‘pertimbangan’.

Menurut pengarang, tokoh, kitab atau aliran yang dikritik dan mempunyai kesalahan dalam bab akidah, maka tidka perlu menyebutkan kebaikan mereka. Beliau membantah beberapa aliran yang mengatakan bahawa perlunya muwazanah atas alasan untuk berlaki adil.

Metod Al-Qur’an

Hal ini dibantah tegas oleh pengarang. Beliau membawakan metod Al-Qur’an mengkritik tokoh-tokoh sesat tanpa menyebutkan walau sedikit pun kebaikan dan sumbangan mereka.

Metod Ulama Salafussoleh

Bagi menguatkan hujah beliau, pengarang menunjukkan bukti dari kitab-kitab dan perkataan ulama salaf. Antaranya metod yang digunakan oleh ulama hadis ketika melakukan penilaian terhadap perawi hadis. Para sarjana hadis seperti Imam Bukhari, Imam Nasa’i menyusun buku khusus untuk menyebutkan sisi buruk dan lemah perawi-perawi hadis. Antaranya seperti Ad-Duafa wal Matrukin oleh Imam An-Nasai yang menyenaraikan perawi-perawi yang lemah dan bermasalah. Tanpa langsung menyebutkan kebaikan mereka.

Tuntasnya buku ini menyatakan bahawa manhaj ahlus sunnah bersikap tegas dalam perkara yang melibatkan prinsip seperti bab akidah hukum. Tokoh dan kitab yang jelas menyalahi prinsip akidah dan hukum ahlus sunnah perlu ditinggalkan.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: