Mari baca

Disember 6, 2010

Menyingkap Aliran dan Paham Sesat

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 12:11 am
Tags: , , ,

Penulis : Ummu Tamim Izzah binti Rasyad
Pengantar : Syaikh Mustafa al-Adawi
Penterjemah : Sufyan bin Zaidin
Penerbit : Pustaka Imam Ahmad (2009)
252 halaman

Pertama sekali, saya mengucapkan syukur dengan lafaz alhamdulillah kerana ditemukan dengan buku ini. Maksud saya, Allah memberi kelapangan dan kemurahan kepada saya untuk membeli dan membaca naskah ini. Saya melihat buku ini beberapa kali di galeriniaga juga membeleknya beberapa kali. Namun sekali ini baru dapat membeli dan membacanya. Alhamdulillah, alangkah nikmatnya.

Secara jujur seorang pembaca buku harus mengakui, semakin kita membaca semakin kita rasakan banyak lagi yang perlu dibaca. Semoga begitulah seperti resamnya padi, semakin berisi semakin tunduk.

Perhatian saya kepada buku-buku akidah dan aliran pemikiran dalam Islam masih baharu. Ini merupakan buku pertama saya baca yang mengupas aliran-aliran sesat dalam Islam. 9 aliran sesat yang utama dibahas dalam buku ini termasuk : Khawarij, Jahmiyah, Ibadiyah, Muktazilah, Syiah, Qadariyah, Murjiah, Asya’irah dan Sufi.

Penulis buku ini menjelas 2 aliran sesat yang paling awal muncul dalam Islam ialah Khowarij dan Syiah. Bahkan dua aliran ini jugalah menjadi busung kepada umat Islam hari ini.

Khawarij

Sahabat Nabi Abu Sa’id al-Khudri melaporkan,

Ketika kami berada di sisi Rasulullah, saat beliau membahagikan harta rampasan perang, datanglah Dzul Khuwaishirah, seorang dari Bani Tamim kepada beliau, lalu berkata, “Wahai Rasulullah! Berlaku adillah”.

Nabi membalas, “Celaka kamu! Siapakah yang boleh berlaku adil jika aku tidak berlaku adil? Sungguh kamu akan rugi dan sengsara jika aku tidak berlaku adil.”

Maka Umar mencelah, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku untuk memenggal leher orang ini.”

Nabi membalas, “Biarkan dia, kerana dia memiliki pengikut. Salah seorang dari kalian mengganggap remeh solatnya bila dibandingkan dengan mereka, menganggap remeh puasanya bila dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca Al-Qur’an tapi bacaan mereka tidak melewati kerongkon mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah keluar busurnya.”

(Hadis Bukhari)

Dalam satu rekod yang lain disebut,

Sesungguhnya dari orang inilah  atau setelah mereka ini akan ada satu kaum yang membaca Al-Qur’an tapi bacaan mereka tidak melewati kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari busurnya. Mereka akan membunuh umat Islam dan mebiarkan para penyembah berhala. Jika aku mendapat mereka, sungguh aku akan membunuh mereka seperti kaum ‘Ad dibunuh.” (Hadis Muslim)

Membaca Al-Qur’an yang diistilahkan pada zaman nabi ialah orang yang paling baik bacaan dan hafalan mereka. Ini kerana pada zaman nabi belum ada mushaf dikumpulkan. Bacaan Al-Qur’an bergantung kepada hafalan, kerana rekod Al-Qur’an belum dibuat secara tersusun. Proses penyusunan Al-Qur’an hanya dapat disiapkan pada zaman Khalifah Uthman Affan. Mereka (golongan Khawarij) membaca Al-Qur’an dan menghafalnya, namun silap mereka ialah memahami Al-Qur’an hanya dengan akal dan hawa nafsu semata-mata. Tanpa berdasarkan pemahaman yang diajarkan oleh Nabi kepada para sahabat.

Hadis ini juga menunjukkan orang khowarij mengabaikan hadis sebagai petunjuk.

Sejarah juga merakamkan sebilangan pendakwah dan pergerakan dakwah yang termasuk syubhat khowarij melaungkan slogan untuk kembali kepada Al-Qur’an. Dan titik. Sedangkan ahlus sunnah tidak pernah memisahkan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama ajaran Islam. Kedua-duanya adalah wahyu seperti yang dijelaskan oleh Al-Qur’an sendiri, bahawa semua perkataan nabi itu bukan dari hawa nafsunya bahkan wahyu.

Khawarij Adalah Anjing-Anjing Ahli Neraka

Abu Ghalib rahimahullahu bahawa melaporkan, “Pada saat aku berada di Damaskus, tiba-tiba didatangkanlah 70 kepala dari tokoh-tokoh Haruriyyah (Khawarij) dan dipasang di tangga-tangga masjid. Pada saat itu datanglah Abu Umamah –sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam– kemudian masuk ke masjid. Beliau shalat dua rakaat, lalu keluar menghadap kepala-kepala tadi. Beliau memandangnya beberapa saat sambil meneteskan air mata, kemudian berkata: “Apa yang dilakukan oleh iblis-iblis ini terhadap ahlul Islam?” (tiga kali diucapkan). Dan beliau berkata lagi: “Anjing-anjing neraka.” (juga tiga kali diucapkan). Kemudian beliau berkata:

هُمْ شَرُّ قَتْلَى تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمْاءِ، خَيْرُ قَتْلَى مَنْ قَتَلُوْهُ

“Mereka adalah sejelek-jelek bangkai di bawah naungan langit, dan sebaik-baik orang yang terbunuh adalah orang yang dibunuh oleh mereka.” (tiga kali)

Kemudian beliau menghadap kepadaku seraya berkata: “Wahai Abu Ghalib, sesungguhnya engkau berada di negeri yang banyak tersebar hawa nafsu dan banyak kekacauan.” Aku menjawab: “Ya.” Beliau berkata: “Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala melindungimu dari mereka.” Aku katakan: “Tetapi mengapa engkau menangis?” Beliau menjawab: “Karena kasih sayangku kepada mereka, sesungguhnya mereka dulunya adalah golongan Islam (di atas Islam yang benar).” Aku bertanya kepadanya: “Apakah yang kau sampaikan itu sesuatu yang kau dengar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam atau sesuatu yang kau sampaikan dari pendapatmu sendiri?!” Beliau menjawab: “Kalau begitu, berarti aku sangat lancang jika aku menyampaikan apa yang tidak aku dengar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sekali, dua kali, tiga kali, dan seterusnya –hingga beliau menyebutnya sampai tujuh kali. (Hadits hasan, Al-Ajurri dalam Asy-Syari’ah hal. 156)

Diriwayatkan pula dari Sa’id bin Jahman, beliau berkata: “Saya masuk menemui Ibnu Abi Aufa dalam keadaan beliau telah buta. Aku memberi salam kepadanya. Ia pun menjawab salamku, kemudian bertanya: “Siapakah engkau ini?” Aku menjawab: “Saya Sa’id bin Jahman.” Dia bertanya lagi: “Apa yang terjadi pada ayahmu?” Aku menjawab: “Dia dibunuh oleh sekte Azariqah (salah satu sekte Khawarij).” Maka Ibnu Abi Aufa mengatakan tentang Azariqah: “Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memerangi Azariqah. Sungguh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menyampaikan kepada kami:

أَلآ إِنَّهُمْ كِلاَبُ أَهْلِ النَّارِ

“Ketahuilah bahwa mereka adalah anjing-anjing penduduk neraka.”

Aku bertanya: “Apakah puak Azariqah saja atau seluruh Khawarij?” Beliau menjawab: “Seluruh Khawarij.” (As-Sunnah, Ibnu Abi ‘Ashim rahimahullahu hal. 428 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Zhilalul Jannah)

Syiah

Kelompok kedua yang muncul dalam aliran sesat Islam ialah Syiah. Pada awalnya ia merujuk kepada golongan yang mencintai Ali bin Abu Talib (semoga Allah reda kepada beliau) secara berlebih-lebihan. Mereka mengutamakan Ali melebihi Abu Bakar dan Umar dan digelar sebagai Rafidhi.

Syiah diasaskan oleh seorang lelaki Yahudi bernama Abdullah bin Saba. Oleh yang demikian itu kita akan melihat ada banyak persamaan antara ajaran Yahudi (hari ini) dan ajaran Syiah. Salah satu yang paling ketara ialah menambah-nambah hari perayaan. Orang-orang Syiah melakukan bid’ah meraikan hari kematian Hussein.

Kerajaan Syiah Fatimiyah di Mesir mula-mula mengasaskan perayaan maulud nabi, dan macam-macam perayaan lain yang tiada asalanya dalam ajaran Islam. Jelas ini merupakan legasi pengasanya seorang lelaki Yahudi Abdullah bin Saba’.

Keyakinan atau aqidah Syiah sangat jauh melencong dari akidah Islam yang sebenar seperti yang diajarkan oleh Nabi kepada sahabat. Makanya sebilangan sarjana Islam langsung tidak memasukkan Syiah ke dalam 72 golongan umat Nabi yangs sesat. Bahkan mereka mengeluarkan langsung Syiah dari ajaran Islam.

Beberapa bukti kesesatan akidah Syiah :

  1. Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan, “Al-Mansyuriah adalah Rafidhah yang paing keji. Mereka mengatakan Jibril tersalah menyampaikan risalah.”
  2. Menuduh ibunda Aisyah sebagai perempuan lacur.
  3. Menghalalkan darah dan harta kaum Muslimin. Ini dirujuk dari beberapa kitab mereka seperti Abu Jaafar At-Tusi dalam Tahzib al-Ahkam, al-Faidh al-Kasani dalam al-Wafi.
  4. Mencaci Maki dan Mengkafirkan Sahabat.
  5. Mendakwa bahwa Al-Qur’an yang wujud dalam dunia Islam hari ini belum sempurna. Sebahagian yang lain akan dibawa oleh Imam Mahdi, dakwa mereka.

Demikian beberapa penyelewengan dan kesesatan yang dalam ajaran Syiah.

Menyingkap Aliran dan Paham Sesat

Secara ringkas buku ini memuat manfaat yang besar untuk memahami kesesatan-kesesatan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Nabi sendiri pernah menjelaskan bahawa umatnya akan terpecah kepada 73 golongan. Hanya satu sahaja yang selamat untuk masuk syurga, selebihnya sesat dan ditempatkan di dalam neraka.

Nabi tidak hanya sekadar mengajarka ajaran Islam yang murni. Bahkan beliau menjelaskan juga kesesatan-kesesatan yang bakal menimpa umatnya. Yang selamat ialah mereka yang berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah.

1 Komen »


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: