Mari baca

November 29, 2010

Mukjizat-Mukjizat Nabi

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 12:22 am
Tags: , ,

Penulis : Syaikh Mutthafa Al-Adawi

Penterjemah : Suffyan al-Atsary

Penerbit : Pustaka At-Tibyan, Solo

Pengarang buku ini merupakan salah seorang pakar hadith kontemporari. Beliau lahir pada tahun 1945 dan berasal dari Mesir. Salah seorang guru beliau yang berpengaruh ialah Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i.

Saya mengenal nama beliau melalui buku-buku ‘parenting’ yang beliau tulis. Ia direkomen oleh ramai pembaca dan pendakwah. Namun saya belum memilik dan membacanya!

Mukjizat-Mukjizat Nabi

Buku kecil setebal 160 halaman ini menghimpunkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith Nabi berkaitan mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau).

Sebanyak 21 mukjizat disenaraikan di dalam buku ini.

  1. Al-Qur’an
  2. Isra’ dan Mikraj
  3. Baitul Maqdis Diangkat Sehingga Nabi Melihatnya di Mekah
  4. Bulan Terbelah
  5. Tangisan Pokok Kepada rasulullah
  6. Dada Nabi Dibelah
  7. Balasan Serta-Merta Kepada Orang Yang Menipu Dan Memusuhi Nabi
  8. Hukuman Kepada Orang yang Tidak Menghargai Ucapan Nabi
  9. Adab Haiwan Kepadanya
  10. Pohon Tunduk Kepada Beliau
  11. Batu Mengucapkan Salam Kepadanya

dan beberapa lagi.

Sebahagiannya sudah dimaklumi di kalangan umat Islam. Manakala sebahagian lagi masih belum masyhur. Justeru buku ini sangat bermanfaat untuk dibaca.

Penulis juga menukilkan sikap seorang mukmin terhadap mukjizat nabi. Lantaran sebahagian sebahagian orang yang mengaku Islam dan beriman, namun menolak untuk beriman dengan sebahagin mukjizat Nabi. Mereka beralasan bahawa peristiwa yang berlaku itu tidak logik.

1 Komen »

  1. salam
    Wajar Allah membekalkan mu’jizat pada kekasihNya rasulNya yg akaan berdakwah. Mu’jizat sebagai perkara pelek yg menyalahi adat yg tak mampu dilakukan oleh orang awam. Jika orang awam yg lakukannya atau terjadi padanya ia mungkin sihir atau karamah anugerah Allah jua.
    Mu’jizat yag banyak mungkin kita tak dapat saksikannya sekarang, tapi mu’jizat alquran tetap berterusan hingga qiamat. Alquran adalah wahyu Allah yg hidup terus memberi bimbingan kepada umat manusia untuk selamat, dunia akhirat.

    Komen oleh prihatin — April 17, 2011 @ 4:37 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: