Mari baca

November 14, 2010

3 Jenis Buku

Filed under: Senarai Bacaan,Tips membaca,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 3:59 am

Syaikh Muhammad Soleh a-Uthaimin menuliskan dalam bukunya yang diterjemahkan “Panduan Menuntut Ilmu”,

Buku terbahagi kepada tiga macam :

  1. Buku yang baik
  2. Buku yang buruk
  3. Buku yang tidak baik dan tidak juga buruk

Syaikh Uthaimin menambah lagi,

Bersungguh-sungguhlah agar perpustakaanmu kosong dari buku-buku yang tidak mengandungi kebaikan atau buku yang mengandungi keburukan. Ada buku yang disebut dengan buku sastera tetapi boleh menyita dan menghabiskan waktu tanpa faedah.

Ada lagi buku berbahaya yang mengandungi pemikiran-pemikiran tertentu dan tujuan tertentu. Buku ini pun jangan engkau masukkan ke dalam perpuatakaanmu, baik yang berkaitan dengan manhaj atau aqidah. Seperti buku-buku ahli bid’ah yang membahayakan aqidah dan buku-buku revolusioner yang membahayakan manhaj.

Secara umum, setiap buku yang membahayakan jangan engkau masukkan ke dalam perpustakaanmu kerana buku adalah makanan bagi ruh seperti makanan dan minuman bagi badan. Engkau akan mendapat mudarat yang besar dan akan mempunyai pandangan yang menyimpang dari manhaj penuntut ilmu yang benar.

dipetik dengan pengolahan bahasa dari buku Panduan Lengkap Menuntu Ilmu, Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin. Terjemahan Ustaz Abu Haidar Sundawy. Terbitan Pustaka Ibnu Katsir, Jakarta.

Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (1925-2001) rahimahullah merupakan sarjana Islam kontemporari yang diakui ilmu dan kesarjanaannya.

Antara guru beliau termasuklah tokoh tafsir moden

Pengarang buku motivasi Islami terkenal Dr A’idh Abdullah al-Qarni menyebutkan di dalam bukunya bahawa Syaikh Uthaimin termasuk dari 3  ulama kontemporari yang patut diambil ilmu dari mereka. Selain Syaikh Uthaimin, beliau menamakan Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz atau dikenali sebagai Bin Baz dan Syaikh Muhammadi Nasiruddin al-Albani rahimahumullah.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: