Mari baca

September 25, 2010

Prinsip Dasar Islam

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 11:33 pm

Prinsip Dasar Islam Menurut Al-Quran dan As-Sunnah yang Shahih

Yazid bin Abdul Qadir Jawwas

Pustaka At-Takwa (cetakan ke-8 2010)

262 halaman (14cm X 21 cm) kulit tebal

Harga RM 38.00

Hasrat saya membaca naskah ini pada peringkat awal ialah sebagai mengulangkaji. Ini memandangkan sekali pandang buku ini seperti memuat maklumat asas tentang Islam yang sudah diketahui umum.

Sebelum mengulas lanjut ada dua perkara yang perlu diperkenalkan tentang buku ini. Pertama penerbitnya, Pustaka Taqwa. Penerbit ini banyak menerbitkan buku-buku pengarang ini, Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawwas. Buku-buku terbitannya disemak dan diedit dengan teliti. Saya tidak ragu-ragu lagi dengan kualiti penerbit ini.

Keduanya, Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas.

Beliau merupakan ilmuwan dan pendakwah yang (antara) paling aktif menulis dan berdakwah. Mungkin ramai yang belum tahu, beliau beberapa kali hadir di negara kita menyampaikan ceramah dan membentangkan kertas kerja. Antara buku beliau yang paling laris ialah Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Pustaka Imam Syafi’e). Sepanjang pengalaman saya membaca buku-buku terbitan Indonesia, boleh dikatakan bahasa Melayu pengarang ini antara yang paling persis dengan bahasa di negara kita.

Rebiu

Tanggapan awal sebelum membaca naskah ini ternyata tidak tepat sama sekali. Setelah saya uliti dan renungi, masih banyak maklumat Islam yang prinsip dan dasar yang masih belum saya ketahui sebelum membaca buku ini.

Antara perkara yang benar-benar menjadi ilmu baru kepada saya ialah penjelasan orang-orang kafir yang memeluk Islam.

Sungguh Allah memberi tawaran yang sangat lumayan kepada orang yang sanggup menukar keyakinan kufurnya kepada Islam. Dalam buku ini dibawakan hujah dan dalil

Daftar Isi xi

  1. Prinsip Dasar Agama Islam 1
  2. Mensyukuri Nikmat Islam Yang Allah Karuniakan Kepada Kita 3
  3. Pengertian Islam dan Tingkatannya 13
  4. Karekteristik Agama Islam 21
  5. Asas Islam Adalah Tauhid dan Menjauhkan Syirik 33
  6. Keutamaan Tauhid 65
  7. Iman Kepada Nabi Muhammad saw 75
  8. Pengertian Ibadah Dalam Islam 101
  9. Keutamaan Islam dan Keindahannya 111
  10. Islam Adalah Agama Yang Mudah 137
  11. Islam Adalah Agama Yang Sempurna 147
  12. Dasar Islam Adalah Al-Qur’an dan As-Sunnah Yang Shahih Menurut Pemahaman Salafus Salih 173
  13. Islam Adalah Satu-satunya Agama Yang Benar 193
  14. Al-Wala’ Wal Bara’ 221
  15. Kemuliaan Akhlak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah 243
  16. Penutup 254
  17. Maraji’ 255

Untuk beli dan semak status stok emel ke riduankhairi.enterprise@gmail.com

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: