Mari baca

September 12, 2010

Ringkasan Iqtidha Shiratal Mustaqim

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 12:10 am
Tags: , , ,

Ringkasan Iqtidha’ Ash-Shiratul Mustaqim Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Diringaskan oleh Muhammad bin Ali bin Ibrahim Adh-Dhubai

Terjemahan : Ahmad Hamdani Ibnu Muslim

Pustaka Ar-Rayyan (2008)

167 halaman

Menyebut nama sarjana besar ini mengundang risiko. Risiko dilabel itu dan ini. Namun, biarkan. Tidak ada perkara yang tidak punya risiko. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (661-728 H) merupakan sebilangan sarjana Islam yang menerima kritikan dan cemuhan paling banyak. Seperti kata pepatah, “hanya buah yang elok sahaja dibaling orang”, semua kritikan dan cemuhan itu tidak mengurangkan sedikitkan ilmu dan wibawa beliau.

Satu dari buku karangan beliau ialah naskah yang diringkas dan diterjemah ini, Iqtidha’ Ash-Shiratal Mustaqim.

Jalan yang Lurus

Judul ini persis satu ayat dari Surah Al-Fatihah, “Tunjukkan kami jalan yang lurus (sirothol mustaqim)”. Kemudian disambung lagi, “Bukan jalan yang engkau murkai, juga bukan jalan yang sesat”.

Ahli tafsir menyebutkan golongan yang dimurkai oleh dalam ayat ini ialah orang-orang yang mengetahui kebenaran namu tidak mengikutinya seperti Yahudi. Manakala jalan orang yang sesat ialah golongan tidak mengikuti kebenaran kerana kebodohan seperti Nasrani / Kristian (Tafsir Al-Qur’an As-Sa’di).

Fokus perbahasan buku ini berkisar larangan menyerupai orang-orang kafir atau dalam istilah lain ‘tasyabuh’. Ia berdasarkan beberapa bukti dari Al-Qur’an seperti,

Wahai orang-orang Yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim”. (Al-Maidah : 51)

Nabi juga ada berkata,

Barang siapa menyerupai satu-satu kaum, maka ia sebahagin darinya” (Sahih, Al-Albani)

Kalian betul-betul akan mengikuti jalan hidup orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai mereka masuk ke lubang biawak pun kalian mengikuti mereka” (Bukhari & Muslim)

Larangan Menyerupai Orang Kafir Termasuk Bab Akidah

Buku ini membahaskan dalil- dalil berkaitan menyerupai orang-orang kafir. Ia bukan perkara yang kecil dalam agama. Sehinggakan ulama memasukkan perkara ini dalam bab akidah (bab wala’ dan barra’).

Perbincangan berkaitan menyerupai orang kafir sangat penting pada hari ini. Lebih-lebih lagi hari ini orang Islam sukar dibezakan gerak-gerinya berbanding orang-orang kafir. Sudah ada orang kafir yang mahir membaca Al-Qur’an dalam ceramahnya, memakai busana seperti busana orang Islam dan banyak contoh lain.

Bahkan lebih dari itu lagi, orang Islam sudah mula mengambil pedoman dan petunjuk dari tokoh-tokoh agama lain seperti Budha, Gandhi dan Mother Teressa yang kafir.

Syaikhul Islam membawakan ketetapan yang dibuat oleh Umar Al-Khattab dan ulama selepasnya berkaitan etika penampilan orang-orang kafir. Yang jelasnya mereka di larang sama sekali untuk tampil seperti orang Islam. Baik berupa pakaian, cara menyikat rambut dan menggunakan istilah-istilah yang sering digunakan oleh orang Islam.

Berdasarkan kenyataan ini, fatwa beberapa buat negeri yang melarang orang bukan islam menggunakan perkataan seperti Allah, masjid dan haji (dll) bertepatan dengan ruh Islam.

Baca buku ini untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: