Mari baca

Ogos 23, 2010

Pengaruh Syi’ah Dalam Tasawwuf dan Tariqat : Menyingkap Rahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad

Filed under: Akidah & Manhaj — Mohd Riduan Khairi @ 12:46 am
Tags: ,

Maulana Muhammad Asri bin Yusof

Pustaka Bisyarah, Kelantan (2007)

Saya bukanlah peminat obses dalam kajian firqah-firqah sesat dalam Islam. Justeru bacaan dan pengetahuan saya masih sangat terbatas dalam bab ini. Saya membaca buku ini, lantaran perbincangan bersama seorang sahabat berkaitan falsafah, sufi dan Syiah.

Saya menukilkan kalam dua ilmuwan Islam Melayu yang mengebutkan falsafah-sufi-Syiah berada dalam satu lingkaran yang saling mengorbit satu sama lain. Saya petik perkataan ini dari seorang bekas pensyarah bertaraf professor madya di sebuah universiti tempatan, Dr Sulaiman Nordin hafizahullah. Juga dari rakaman kuliah Ustaz Armen Halim Naro rahimahullah. Lingkaran ini akan bersambung dengan falsafah-sufi-Syiah-Yahudi. Sepertimana yang diketahui, Syiah diasaskan oleh lelaki Yahudi bernama Abdullah bin Saba’.

Buku tulisan Maulana Asri ini membawakan beberapa (bahkan) banyak bukti menunjukkan Tasawwuf dan Tariqat dipegaruhi oleh Syiah. Antara yang sangat jelas ialah melalui tokoh sufi yang sering dirujuk dan dipuja dunia sufi Timur dan Barat, Jalaluddin ar-Rumi. Katanya :

Telah pun ada Ali ketika alam ini mula dibentuk

Telah pun ada Ali ketika bumi ini dilakar dan masa pun bermula

Itulah Ali penakluk yang telah mencabut pintu gerbang benteng Khaibar dengan hanya satu pukulan

Bila saja ku renungi, ku perhatikan ufuk-ufuk alam

Yakinlah aku bahawa Ali berada pada segala maujudat

Orang yang wujudnya sejati,

Ketiadaannya melenyapkan alam maujud, itulah dia Ali

Sessungguhnya rahsia dua alam zahir dan batin yang tersingkap pada Syamz Tabrez, itulah dia Ali

(halaman 16, dipetik dari buku Ghazliyyat Syams Tabrezi)

Nota : Jalaluddin ar-Rumi ialah seorang ahli sufi Farsi (Iran).

Melebihkan para wali dari Nabi

Satu lagi persamaan rapat antara sufi dan Syiah ialah melebihkan kedudukan dari nabi. Dalam keyakinan Syiah, imam-imam mereka adalah maksum sama seperti nabi, bahkan dalam banyak hal lebih baik berbanding nabi.

Buktinya :

“Wahai para nabi! Diberikan kamu gelaran sedangkan, sedangkan kepada kami diberikan apa yang tidak diberikan kepada kamu” (halaman 36, dipetik dari Insn Kamil)

Manakan bukti orang-orang Syiah melebihkan kedudukan imam mereka berbanding nabi :

Al-Kulaini melaporkan dari Ja’far bin Muhammd al-Baqir, “Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi, dan Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul, Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai rasul sebelum menjadikannya sebagai khalil, Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai imam”. (halaman 37, dipetik dari AL-Kafi Fi al-Usul)

Nur Muhammad

Pada bahagian kedua, Maulana Asri membawakan kajian berkaitan kepercayaan Nur Muhammad. Beliau menyelongkar asal-usul faham Nur Muhammad ini muncul.

Lebih menarik lagi, beliau juga membincangkan kedudukan Abdul Razak, seorang pengumpul hadith terawal dan kedudukan kitab humpunan hadithnya, Musannaf. Perbincangan ini penting, kerana hadith berkaitan Nur Muhammd disandarkan kepada riwayat yang beliau bawa.

Kepercayaan Nur Muhammad ini selain tidak sahih dari nas agama (Al-Quran dan hadith), ia juga menjadikan wajah agama Islam lucu dan tak masuk akal. Saya catatkan apa yang dinukilkan oleh Maulana betapa anehnya fahaman ini,

“Disebutkan dalam satu riwayat Allah menciptakan satu pohon kayu yang mempunyai empat dahan. Pohon kayu itu dinamakan “Syajaratul Muttaqin”. Kemudian ia menjadikan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seperti burung merak dan diletakkan burung merak itu di atas pohon tadi, maka bertasbihlah Nur di atas pohon itu selama 70,000 tahun. Setelah itu Allah menjadikan cermin malu, diletakkan cermin itu berhadapan dengannya. Bila burung merak itu menilik dirinya di dalam cermin itu, dilihatnya rupanya sangat cantik dan sangat elok. Maka malulah ia kepada Allah lalu berpeluh dan bertitiklah daripadanya enam titik peluk. Satu titik jadi roh Abu Bakar, satu titik jadi roh Umar, satu titik jadi roh Uthman, satu titik jadi roh Ali. Titik yang kelima dan keenam dijadikan bunga ros dan padi”.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang telah tersesat dalam syubhat yang dahsyat ini. Bukan mudah untuk mengeluarkan manusia dari kebodohan dan kesesatan, melainkan taufiq dari Allah.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: