Mari baca

Jun 20, 2010

Pidato Cara Nabi

Filed under: Dakwah,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 4:29 pm
Tags: , , , ,

Pidato Cara Nabi (selawat dan salam buat beliau).

Satu dari kemahiran yang perlu dimiliki oleh jurudakwah ialah kemahiran menyampaikan ucapan.

Kemahiran berucap tidak semestinya bernada lantang berkobar-kobar. Juga tidak semestinya menggunakan perkataan yang canggih-canggih. Sebab ada orang yang pandai berucap, akan tetapi semakin dia berucap semakin dia dibenci kerana ucapannya.

Sudah banyak buku-buku panduan berucap diterbitkan. Dan judulnya pun berbagai-bagai. Namun, saya belum berjumpa buku yang membahaskan gaya ucapan tokoh-tokoh Islam.

Sarjana Islam, selain tajam mata penanya menulis, mereka juga terkenal dengan siri pengajian yang dikuti oleh puluhan ribu manusia dalam satu-satu masa. Selain, menguasai ilmu didalam bidang kepakaran mereka, tentu juga mereka menguasai paling tidka sedikit teknik dan cara menyampaikan ilmu tersebut dalam bentuk perkataan dan ucapan.

Tentu sahaja pemidato yang paling agung harus dirujuk ialah mentor umat Islam, Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau).

Pidato Islami

Pada zaman awal Islam mungkin belum ada istilah pidato dan pengucapan awam (public speaking). Namun dalam Islam ada pidato mingguan dipanggil khutbah Jumaat. Ada pidato tahunan, yakni khutbah hari raya.

Selain itu ada majlis-majlis ta’lim dan syarahan.

Judul : Petunjuk Nabi dalam Khutbah Jumaat

Penulis : Dr Anis Ahmad bin Thahir

Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi’i

94 halaman

Saya siap membaca dua buah buku berkaitan kemahiran berucap yang ditunjukkan oleh Rasul kita Muhammd (selawat dan salam buat beliau).

Jangan kita sangka Nabi tidak memberi garis panduan dalam menyampaikan ucapan @ khutbah. Antaranya :

1. Tenang dalam menyampaikan ucapan

Ibu orang beriman Aisyah binti Abu Bakar (semoga Alalh redha kepada mereka berdua) menceritakan :

“Rasulullah (selawat dan salam buat beliau) tidak tergesa-gesa menyambung satu perbicaraan dengan perbicaraan lain seperti tergesa-gesanya kalian. Akan tetapi beliau berbicara dengan perkataan yang jelas, yang mudah ditangkap dan diingat oleh orang yang duduk bersama (menghadap) beliau”. (Rekod Bukhari dan Muslim)

2. Bersemangat

Jabir bin Abdillah, seorang sahabat yang banyak melaporkan hadith dari Nabi menceritakan tentang khutbah nabi,

“Apabila nabi berkhutbah,kedua matanya merah, nadanya tinggi dan penuh semangat. Beliau bagaikan panglima perang mengingatkan pasukannya ‘Musuh akan menyerang kalian pada pagi hari…’ ” (Rekod Muslim)

Dan banyak lagi tips yang digali dari hadith-hadith nabi.

Selain itu,dalam sebuah buku yang lain pengarang membawakan beberapa koreksi terhadap kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh khatib dan penceramah.

Antara yang disebutkan termasuk :

  1. Sering membawakan dalil yang tidka disemak kesahihannya. Selalu terjadi penceramah membawa hadith yang dhoif bahkan ada yang palsu.
  2. Memanjang khubtah. Ada sebahagian khatib atau penceramah berucap sangat panjang sehingga meresahkan jemaah.
  3. Mencaci-maki individu di dalam khutbah dengan menyebutkan namanya secara terang-terangan.

Judul : Koreksi Total Praktik Khutbah dan Ceramah

Penulis : Su’ud Malluh bin Sulthan al-‘Anazi

Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi’i

194 halaman

Untuk beli jemput ke galeriniaga Q&S Islamic Media.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: