Mari baca

Jun 17, 2010

Penyebab Rusaknya Amal

Filed under: Akidah & Manhaj,Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 3:40 am
Tags: , ,

Penulis : Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali

Buku ini kecil, sekecil saiz poket dan senipis 102 muka surat sahaja.

Namun ulama ahlus sunnah tidak pernah membazirkan dakwah pena mereka untuk menulis sesuatu yang sia-sia.

Walaupun buku ini kecil, namun subhanallah! kandungannya besar bahkan sangat penting untuk diketahui oleh orang-orang yang beriman.

Ibadah yang tidak diterima

Ramai orang menyangka setiap perbuatan amal yang niatnya baik akan dikira sebagai dibadah dan diberi pahala. Sedangkan syarat diterima ibadah bukan sahaja niat yang ikhlas, seharusnya juga mematuhi sunnah Rasulullah (selawat dan salam buat beliau).

Naskah ini menjelaskan beberapa perbara yang boleh menjejaskan amal seseorang. Ada 20 pembatal amal disusun dalam buku ini. Semuanya tidak berdasarkan fikiran penulis, sebalknya disandarkan kepadadalil Al-Quran dan sunnah yang sahih.

Saya titipkan sebahagian darinya.

1. Syirik

Syirik mengakibatkan semua amal permuatan manusia ditolak. Kata Allah dalam surah Az-Zumar,

Jika kamu mensyirikkan Allah, maka akan terhapus amalmu (Az-Zumar 65)

2. Mengungkit pemberian

Abu Umamah melaporkan dari Nabi Muhammad (selawat dan salam buat beliau),

Allah tidak akan menerima amal yang wajib atau pun sunah dari 3 golongan. Anak yang derhaka kepada orang tuanya, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya dan orang yang mendustakan takdir. (Hadith hasan menurut Mundziri dan Albani)

Selain mengungkit-ungkit, hadith ini juga menunjukkan orang yang derhaka kepada orang tuanya dan mendustakan takdir tidak diterima amalanya.

Kandungan buku ini sangat penting untuki dicerna supaya kita tidak berletih-letih melakukan amal namun akhirnya tidak diterima oleh Allah.

Semoga Allah merahmati pengarang kitab ini Syaikh Salim ‘Eid al-Hilali.

1 Komen »

  1. Salam.
    Nak tanya, Syirik tu riak ke?

    Komen oleh Nor Hafiza Adnan — Julai 22, 2010 @ 12:35 am | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: