Mari baca

April 17, 2010

Anak-anak Yatim yang Mengubah Sejarah

Filed under: Dakwah,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 1:10 am

Muhamamd bin Abdullah itu anak yatim. Beliau diangkat menjadi rasul pada usia 40 tahun. Mari sama-sama kita selawat kepada beliau, sepertimana yang dianjurkan oleh Al-Quran.

“Allahumma solli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad”

Ayahnya, Abdullah bin Syaibah (Abdul Muthalib ialah gelaran) meninggal sebelum nabi dilahirkan. Ibunya pula meninggal ketika beliau masih kanak-kanak.

Perginya Orang-orang yang Tersayang

Nabi Muhammad merupakan orang yang paling kuat diuji oleh Allah. Tidak alam selepas itu datuknya Abdul Mutalib yang mengasihi dan mengasuhnya pula pergi. Pada awal kerasulannya beliau disokong (walaupun tidak didokong) oleh pak ciknya yang berpengaruh Abu Thalib. Dan akhirnya Abu Thalib juga pergi meninggalkannya dalam keadaan enggan memeluk Islam. Seiring dengan pemergian Abu Thalib ialah isteri  nabi yang tercinta, ibu orang beriman, Khadijah bt Khuwailid.

Nabi bukan sahaja anak yatim dan piatu, bahkan begitu banyak orang yang dekat dan mengasihi beliau, pergi meninggalkannya. Tidak termasuk anak-anaknya yang tercinta. Begitulah digambarkan ketika nabi menitiskan air mata menangisi kematian putranya Ibrahim ketika berusia 16 bulan.

“Great leader tested”

Itu pepatah Inggeris yang saya pinjam.

Sejarah kemudiannya mencatat tidak sedikit dari anak-anak yatim yang menjadi menusia besar, dikenal dan dikenang sepanjang zaman.

Buku sederhana ini mendedahkan tokoh-tokoh yang membesar tanpa perhatian seorang ayah. Namun itu tidak menjadi halangan dan alasan untuk mereka merintis usaha mengubah dunia.

Antara 15 tokoh yang disebutkan termasuk

  1. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali (450-505 H)
  2. Muhammad bin Idris as-Syafie (150-204H)
  3. Muhammad bin Ismail al-Bukhari (194-256H) – anak murid Imam Ahmad
  4. Syaikh Abdul Aziz bin Baz (1335-1420H) – bekas mufti Arab Saudi
  5. Suffyan ats-Tsausi (97-161H) – tabiin
  6. Ahmad bin Hanbal (164-241H) – anak murid Imam Syafie
  7. Syiakh Abdurrahman As-Sa’di 1307-1376H)

Ulasan

Saya sangat suka penulis menlihat dari satu sudut yatimnya tokoh-tokoh besar Islam. Walaupun beberapa tokoh tidaklah sebaris dengan tokoh lain dari sudut ilmu dan sarjananya seperti Yasser Arafat yang tersenarai. Hanya dari sidit yatim dan dikenali namanya.

Pun begitu olahan bahan dalam buku ini masih terlihat agak kaku dan kelihatan akademik.

Saya catatkan kemudian sebahagian peristiwa anak-anak yatim semasa kecil kemudian.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: