Mari baca

April 7, 2010

Biografi Generasi Muda Sahabat Nabi

Filed under: Dakwah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 11:50 am

Khazanah Islam pernah melahirkan begitu banyak karya yang membicarakan latar belakang dan biografi generasi awal ; sahabat, tabi’in dan tabi tabi’in.

Antaranya al-Isabah tamyiz as-Sohabah oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani. Begitu juga Siyar a’lam an-Nubala oleh Imam Adz-Dzahabi, Za’adul Ma’ad oleh Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah dan Bidayah wan-Nihayah oleh al-Hafidz Ibnu Kathir (ketiga-tiganya anak murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah).

Namun ironinya, amat jarang kita menemui kisah mereka ini dipetik dalam karya mutakhir orang Islam (termasuk juga yang mengaku ilmuwan Islam).

Satu dari hipotesis saya ialah, khazanah tamadun Islam pernah terputus.  Sebahagian besar karya ilmuwan dan sarjana Islam terdahulu masih berada dalam bentuk manuskrip asal. Proses mencetak manuskrip mengambil masa yang tidak sedikit, lebih-lebih membaca tulisan tangan dari penulis berbeza zaman. Khabarnya tulisa tangan Ibnu Hajar al-Asqalani antara yang sukar dibaca. Jika ada yang sudah dicetak, proses menterjemah ke dalam bahasa utama dunia mengambil masa yang agak lama.

Rebiu

Buku yang saya baca ini menghimpunkan kisah-kisah generasi mudah sahabat nabi. Ia dipetik dari buku-buk yang sebahagiannya saya sebutkan.

Ia tidak disusun mengikut nama sahabat, sebaliknya diceritakan mengikut bab-bab peristiwa.

Sebagai contoh kepahlawanan, ibadat, ketekunan menuntut ilmu. Semuanya diberikan contoh-contoh generasi muda para sahabat.

Antara yang banyak disebutkan ialah :

  1. Usamah bin Zaid
  2. Hassan dan Hussein bin Abi Thalib
  3. Abdullah bin Abbas
  4. Abdullah bin Umar
  5. Anas bin Malik
  6. Abdullah bin Zubair

Sikap nabi terhadap generasi muda

Melalui beberapa hadith interaksi nabi dan kanak-kanak dan generasi muda kita dapat mengambil beberapa faedah :

1. Perhatian nabi terhadap anak kecik tidak kalah berbanding orang dewasa. Bahkan ada ketika nabi mendahulukan golongan muda apabila berkelayakan. Sebagai contoh nabi melantik Usamah bin Zaid yang berusia 18 tahun untuk mengetuai angkatan perang melawan Rom.

2. Variasi pengikut nabi. Nabi tidak mendakwah orang dewasa sahaja. Bahkan nabi juga dikelilingi anak-anak kecil dan pemuda. Justeru nabi selalu memadankan perkataannya agar diterima dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

3. Nabi tidak memilih pengikut. Ada yang kaya dan bergelar seperti Hamzah dan Abbas. Ada pula orang tua, dewasa dan kanak-kanak. Ada dari kalangan hamba seperti Bilal bin Robah. Ada orang buta seperti Abdullah bin Ummi Maktum. Ada yang tegas lagi garang seperti Umar al-Khattab. Ada orang Parsi (Salman), ada orang kulit Hitam (Bilal). Asal sahaja mahu tunduk dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, semuanya nabi terima.

Terjemahan

Naskah ini baik dan sangat menarik. Ia disampaikan dalam bentuk cerita dan santai. Namun saya punya sedikit masalah dengan terjemahan beberapa bahagian.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: