Mari baca

April 6, 2010

Sunnah tapi dilupakan

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 1:18 pm

Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Dia yang ciptakan semua manusia, semua makhluk  sekelian alam. Allah ciptakan manusia berbangsa-bangsa berbagai fi’il dan ragam.

Yang wajib bagi semua manusia tanpa kompromi ialah mentauhidkan Allah, taat pada semua perintahya yang wajib dan meninggalkan semua larangannya.

Selain dari itu agama memberi berbagai variasi amalan untuk menambah pahala. Ada yang suka solat, maka nabi mengajarkan sedemikian banyak solat-solat sunat. Ada yang agak kurang rajin untuk solat sunat, maka dia boleh berpuasa sunat untuk menambah pahala. Ada puasa Isnin Khamis dan ada pula puasa nabi Dawud (puasa selang satu hari).

Dan macam-macam. Tinggal manusia memilih sahaja yang mana kita cenderung.

Buku kecil ini merupakan satu dari beberapa buku yang saya temui dalam topik yang sama. Seingat saya sudah 3 saya jumpa. 2 sudah saya baca, dan 1 belum sempat baca sudah diambil orang.

Semoga kita bijak mengambil manfaat dan peluang untuk menambah pahala. Amin.

Petikan dari tulisan Sulaiman al-Khurasyi. Semuanya ada 70 amalan sunnah yang mudah lagi simpel, namun sering diabai-lupakan.

Saya titipkan sebahagiannya :

1. Tidak memakai kasut di tanah perkuburan

Basyar bin Ma’bad (beliau merupakan pembantu Nabi Muhammad) melaporkan, beliau pernah menemani berjalan di kawasan perkuburan. Nabi melihat seorang berjalan di kawasan perkuburan dengan memakai kasut, lalu beliau pun berkata, ”

“Wahai orang yang memaki kasut. Celakalah engkau, lepaskan kasutmu”
(Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i)

2. Sunnah memakai kasut

“Jika engkau memakai kasutmu, mulailah dengan kaki kanan.  Jika engkau menanggalkan kasutmu, mulailah dengan kaki kiri. Hendaknya sebelah kanan mula m
emakai kasut dan sebelah kiri mula menanggalkan kasut. Dan jangan berjalan dengan sebelah kasut. Tanggalkan kedua-duanya atau pakai kedua-duanya” (Silsilah as-Shahihah Albani)

3. Larangan makan makangan yang masih berwap (panas)

Asma binti Abu Bakar mendengar Nabi Muhammad berkata,

“Makanan tidak boleh dimakan sehingga wapnya hilang”. (Silsilah as-Shahihah Albani)

4. Jangan remehkan kebaikan walaupun sedikit

“Janganlah meremehkan sedikit pun kebaikanyang engkau kerjakan. Walaupun sekadar engkau memberi ikatan tali, walaupun sekadar engkau menuangkan air ke dalam bejana orang yang meminta air, walaupun sekadar engkau menemui saudaramu sesama muslim dengan wajah berseri, walaupun sekadar engkau menghibur hati orang yang bersedih, dan walaupun sekadar engkau memberi tali sandal”. (silsilah Ash-shahihah Albani)

5. “Banyakkan kasut” (silsilah ash-Shahihah Albani)

6. Jangan duduk antara matahari dan teduh

“Jika di antara kalian duduk tempat teduh, lalu keteduhannya berkurang sehingga sebahagiannya disinari matahari dan sebahagiannya teduh, maka hendaklah dia berdiri” dalam teks yang lain disebut “tempat duduk syaitan. (silsilah as-Shahihah Albani)

Advertisements

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: