Mari baca

April 2, 2010

Rahasia Tidur Orang-orang Shalih

Filed under: Sejarah,Tips membaca,Tokoh — Mohd Riduan Khairi @ 9:03 am

Abu Huzaifah

Penerbit Mumtaza, Solo 2007

Saya memetik beberapa maklumat menarik lagi mengejutkan dari buku ini.

Ibn Jarir Ath-Thobari menulis 385,000 halaman. Kitab tafsir nya sahaja, Tafsir ath-Thobari berjumlah 30 jilid lebih 3000 halaman. Manakala kitab sejarahnya, Tarikh ath-Thobari 11 jilid.

Ibn Aqil (1040 -1119)pula menyusun kitab al-Funun 800 jilid ukuran besar. Sehingga Imam adz-Zahabi menyatakan, “Belum pernah ada buku yang ditulis lebih besar dari al-Funun Ibnu ‘Aqil“.

Ibnu Qayyim pula menyatakan bahawa guru besarnya, Ibnu Taimiyyah (1263/661–1328M/728H) menulis sekurang-kurangnya 300 jilid buku.

Dan banyak lagi gakta menari dikumpulkan berkaitan kesarjanaan ilmuwan Islam terdahulu.

Masa masih 24 jam

Persoalan yang timbul, bagaimana mereka membahagikan masa untuk menulis sebanyak itu. Menulis juga sangat menuntut kepada bacaan yang banyak dan berkualiti.

Lebih-lebih lagi ilmuwan Islam yang bertanggungjawab berdakwah kepada masyarakat dan adakalanya turut terlibat dalam peperangan (Ibnu Taimiyah terlibat dalam peperangan melawan Tartar).

Sedangkan masa masih 24 jam.

Sedangkan zaman itu belum wujud mesin taip apatah lagi komputer.

Sedangkan pada zaman itu belum ada ‘ball pen’, masih menggunakan pen dakwat celup.

Sedangkan kertas pada ketika itu harganya masih mahal untuk dimiliki.

Jauh sekali mereka menulis menggunakan gran atau program tajaan universiti atau pemerintah.

Buku kecil ini membongkar satu dari rahsia ulama silam menghasilkan karya berjumpah ribuan jilid, tanpa mengabaikan tanggungjawab dakwah kepada masyarakat.

Rupa-rupanya mereka mengorbankan masa rehat dan tidur mereka untuk membaca dan menulis. Disebutkan ada imam yang yang tidur hanya satu pertiga malam, beribadah 1/3 malam dan membaca 1/3 malam.

Bahkan kerana asyiknya mereka menulis dan membaca adakala sehingga terlupa untuk makan.

Imam Nawawi

Penulis memetik, Imam Nawawi disuapkan ibu untuk makan kerana terlalu sibuk menulis sehingga hari siang. Ketika siang muncul, Imam Nawawi bertanya kepada ibunya, “Mana makan malamnya wahai ibuku”. Ibunya membaca, “Aku telah menyuapmu, wahai anakku”.

“Demi Allah, aku tidak sedar akan hal itu”.

Kandungan

Selain itu, buku kecil ini memuatkan adab dan aturan agama ketika tidur. Dan yang lebih penting ialah bagaimana menjadikan tidur kita lebih berkualiti.

Selamat membaca.

1 Komen »

  1. Masya’ Allah sungguh kagum apabila mengetahui hakikat pengorbanan para ulama’ silam dan jihad mereka dalam penulisan ilmu.Seperti Imam An-Nawawi ,walaupun jangka hayatnya tidak lama tetapi hidupnya penuh nilai kerana mengabadikannya dengan mengarang karangan2 yang sgt berharga sebagai warisan dan khazanah ilmu ummat Islam..Semoga anak-anak muda kini mengambil iktibar drpd usaha mereka.JazakAllahu khairan atas perkongsian buku yg menarik ini,Insya’ Allah,saya mahu mendapatkan senaskah buku ini .

    Komen oleh Fadilah — April 2, 2010 @ 3:40 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: