Mari baca

Februari 23, 2010

Bebas Masalah dengan Amal Saleh

Filed under: Fiqh & Syariat — Mohd Riduan Khairi @ 11:49 am

Dr. Falih Muh Falih

Sami Muhammad Jadullah

Pustaka Ausath, Jawa Tengah

136 mukasurat

Kandungan

  1. Bentuk-bentuk Kenikmatan Amal Saleh
  2. Sebab-Sebab yang Membantu untuk Merasakan Nikmatnya Amal Saleh
  3. Dampak-dampak Kenikmatan Amal Saleh
  4. Penghalang Tercapainya Kenikmatan Amal Saleh
  5. Pengaruh Amal Saleh dalam Menghadapi Bencana

–         Bencana Jiwa

–         Bencana Fizikal

Ada orang bersusah-susah memujuk dirinya melakukan amal saleh.

Ada orang yang lain melakukan amal saleh dengan redha dan gembira. Gembira dapat melakukan solat jamaah 5 waktu di masjid, walaupun rumahnya paling jauh. Bahagia mengeluarkan zakat dan infak, walaupun hartanya tidak banyak. Seronok berlapar dan berdahaga untuk melakukan puasa sunat. Walaupun dia boleh sahaja meninggalkan puasa sunat, dan tidak dicatatkan dosa.

Di sisi yang lain, sebahagian dari kita sangat berat tangannya mengeluarkan harta untuk zakat apatah lagi sedekah. Walaupun mereka tergolong orang yang banyak harta dan dimurahkan rezeki.

Ternyata, melakukan amal saleh itu satu dari nikmat dan rezei yang Allah kurniakan kepada kita.

Bukan banyak harta menentukan banyak zakat dan infaknya.

Resensi

Buku kecil ini menyajikan, kaedah-kaedah memperoleh kenikmatan dalam amal saleh. Bagaimana mahu ghairah untuk melakukan amalan yang diredhai Allah. Bagaimana mahu redha dan gembira ketika mengeluarkan infak dan sedekah. Dan bagaimana mahu sabar dan redha apabila diuji oleh Allah dengan cubaan dan musibah.

Antara tips yang disebutkan termasuk :

  1. Merasa selalu diawasi oleh Allah
  2. Bersahabat dengan orang-orang saleh
  3. Membaca tulisan-tulisan yang memberikan motivasi untuk melakukan amal saleh
  4. Memahami Al-Quran dan mengetahui nama-nama dan sifat Allah
  5. Doa
  6. Melakukan ibadah yang bermacam jenis dan selang-seli melakukannya

Rasulullah pernah berkata,

“Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”

(Riwayat Muslim) Sumber

Komentar

Tidak dinafikan, kandungan buku ini sangat bermanfaat. Ia digali dari sumber Al-Quran dan hadith. Serta dihuraikan contoh generasi salaf.

Namun begitu, terjemahan buku ini agak kaku dan berbau Indonesia. Jiak dibandingkan, buku-buku terbitan penterjemah dan penerbit lain punya kualiti terjemahn yang lebih baik.

Ini mengakibatkan saya agak lembat menyudahi bacaan buku ini. Walaupun pada akhirnya, saya menemukan banyak sekali manfaat dan motivasi untuk melakukan amal saleh.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: