Mari baca

Januari 20, 2010

Membeli Jannah dengan Harta

Filed under: Adab & Akhlak,Al-Qur'an & As-Sunnah — Mohd Riduan Khairi @ 7:23 am

Penulis : Dr Ragib As-Sirjani

Penerbit : Daar an-Naba’

Halaman : 124 mukasurat

Judul ini meminjam perkataan Abu Hurairah yang direkodkan oleh Al-Hakim. Kata Abu Hurairah :

Uthman Affan pernah membeli Jannah dari Nabi saw dua kali : Ketika Uthman mewakafkan sumur (Ruumata) kepada kaum Muslimin, dan ketika Uthman menyiapkan (infak untuk bekal) tentera Perang Tabuk“.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain seperti Abu Bakar yang membawa seluruh hartanya kepada Rasulullah. Hinggakan Nabi bertanya, “Apa yang tinggal buat mu wahai Abu Bakar?”

Maka dengan yakin dan tenang, beliau menjawab, “Yang tinggal bersama aku ialah Allah dan Rasul“.

Demikian juga Umar membawakan separuh dari hartanya.

Lantara nama mereka disebut oleh Nabi satu demi satu berada di dalam syurga. Pun begitu, selepas mendapat jaminan itu, tidak pula amalan dan infak mereka berkurangan, bahkan semakin bertambah.

Buku kecil ini memuat 10 tips untuk mendorong kita melakukan sedekah. Antaranya :

1. Ganjaran jannah

2. Ganjaran 700 kali ganda

3. Harta yang disedekahkan tidak akan bekurangan

4. Dekatnya perintah solat dan sedekah

Dan saya suka untuk menyebutkan di sini, terdapat 12 amalan (sekurang-kurangnya) untuk murah rezeki. Antaranya ialah sedekah. Beberapa kali Allah tegaskan bahawa sedekah itu akan menyuburkan harta.

Tips-tips ini digali oleh dua penulis : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dan Dr Fadh Ilahi di dalam buku mereka.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: