Mari baca

Januari 18, 2010

Budaya baca buku

Filed under: Tips membaca — Mohd Riduan Khairi @ 7:47 am

Budaya ‘baca buku’ di Malaysia sedang berkembang baik berbanding sepuluh tahun sebelum ini. Buku-buku berbahasa Melayu mula mengambil ruang rak-rak buku, yang sebelum ini berisi buku berbahasa Inggeris.

Kedai buku di Thailand. Semua bidang dan genre dipenuhi buku bahasa Thai. Sukar menemukan buku bahasa lain.

Kedai-kedai buku besar di pasaraya sudah berani memamerkan buku bahasa Melayu di muka pintu kedai dan di balik dinding kaca ‘bulk-display’. Situasi ini jauh berbeza dengan sepuluh tahun yang lalu. Buku bahasa Melayu ketika itu ditempatkan di rak paling belakang, dan selalu ‘hilang’ di celah-celah rak yang lain.

Ini menunjukkan permintaan terhadap buku bahasa Melayu adalah tinggi, dan budaya membaca rakyat Malaysia semakin meningkat. Pun begitu terdapat masih banyak ruang boleh diperbaiki untuk meningkatkan budaya membaca. Budaya ilmu (membaca) di Negara jiran masih jauh lebih baik dari Negara kita. Tidak relevan sekiranya kita membawakan contoh Jepun atau Eropah. Cukup sahaja dengan memerhatikan Indonesia dan Thailand.

Harga

Satu faktor penting yang perlu diberi perhatian ialah harga buku. Secara relative buku-buku tempatan masih lebih mahal berbanding negara jiran.

Saya membandingkan buku-buku di Indonesia jauh lebih murah berbanding Malaysia. Buku penulis biasa dengan tebal yang hampir sama, di Indonesia harganya separuh sahaja dari harga di Malaysia. Mungkin sahaja ada yang kata, taraf hidup Indonesia masih rendah. Jika begitu bandingkan sahaja dengan Thailand. Juga masih murah. Di Amerika atau Eropah apatah lagi.

Sehinggakan tidak sedikit dari pembaca Malaysia yang punya kenalan di luar negara memesan buku dari kenalan @ sanak saudara yang belajar atau bekerja di luar negara. Bukan sahaja untuk buku dari Barat atau Eropah, termasuk juga buku-buku bahasa Arab dari Timur Tengah.

Boleh lah saya membuat kesimpulan, terbukti buku terbitan dalam negara lebih mahal berbanding kebanyakan negara maju dan negara sekitar. Sekiranya ada fakta lain yang menyangkal dakwaan ini, saya bersedia meralat hipotesis ini.

Sepanjang penelitian saya, masih terdapat sebilangan kecil penerbit yang berusaha untuk menurunkan harga seperti Karya Bestari, Hidayah Publisher termasuk terbitan mutakhir Pts Publication.

Buku Karya Bestari setebal 400 halaman dijual dengan hanya RM 18.00. Saya fikir tujuan utama penerbitan buku ini bukan keuntungan material, sebaliknya keuntungan akhirat berupaya penyebaran bahan dakwah Islam. Klik untuk maklumat lanjut dari galeriniaga kelolaan Sdra Nawawi.

Pilihan dan terjemahan

Pilihan judul dan genre buku bahasa Melayu masih kurang. Semasa di Thailand saya sempat masuk ke sebuah kedai buku. Pilihan judul dalam bahasa Thai sangat pelbagai, jauh meninggalkan bahasa Melayu di Malaysia. Padahal saya yakin, hanya orang Thailanda sahaja yang boleh baca bahasa Thai.

Sedangkan bahasa Melayu ditutur-baca juga oleh orang Brunei, Singapura dan Indonesia. Jumlah penuturnya lebih 300 juta (untuk Negara sekitar Asean sahaja). Bahkan menurut kajian yang dibuat oleh sarjana bahasa, bahasa Melayu mempunyai lebih 500 juta penutur di seluruh dunia.

Saya terjumpa novel Eragon (Christopher Paolini) dalam bahasa Thai. Juga  Trumph Think Like Billionaire.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: