Mari baca

Januari 3, 2010

Al-Amthal (analogi) dalam Al-Quran (2009)

Filed under: Al-Qur'an & As-Sunnah,Pendidikan — Mohd Riduan Khairi @ 8:46 am

al-amthal

1. al-Amthal dalam al-Quran : Golongan Munafik

1. al-Amthal dalam al-Quran : Golongan Kafir dan Ahli Kitab

Penulis : Muhd Najib Abdul Kadir dan Mohd Nazri Ahmad

Penerbit : Utusan Publication (2009)

Dr Muhd Najib merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan. Buku ini merupaka satu dari kajian beliau.

Al-amthal ialah perbandingan atau analogi dalam bahasa saintifiknya.

Saya sedang membuat sedikit kajian tentang kaedah Luqman mendidik anak dalam Surah Luqman. Dalam beberapa ayat perintah dan larangan Luqman kepada anaknya, dia menggunakan dua kali perbandingan. Pertama menggunakan biji sawi dan kedua menggunakan perumpamaan keldai.

Buku ini menjelaskan secara sepintas lalu, jenis-jenis analogi yang digunakan dalam Al-Quran khususnya yang menceritakan golongan munafik.

Kajian ini merupakan lanjutan dari kajian-kajian yang telah pun dibuat oleh sarjana Islam terdahulu. Antara rujukan yang dibuat oleh pengarang ialah Tirmidzi (Al-Amthal min Kitab wa Sunnah) dan Zamakhyari (Al-Mustaqsa fil Amthal al-Arab).

Ternyata analogi merupakan kaedah yang digunakan dalam Al-Quran secara meluas.

Saya menantikan buku-buku yang membincangkan analogi dari perspekstif hadits nabi.

Dan bagaiman melaksanakan unsut analogi dalam dakwah dan pendidikan? Sedangkan dalam setiap bahasa (mungkin) mempunyai seni membuat perbandingan. Dalam bahasa melayu ada bidalan, perumpamaan dan peribahasa. Begitu juga bahasa Inggeris.

Mari sama-sama kita kaji.

Rebiu

1. Perbandingan (al-amthal) bukan sahaja masyhur dalam bahasa Arab dan Al-Quran. Bahkan dalam kebanyakan (mungkin semua) bahasa, wujud perbandingan. Ia adalah sebahagian dari keindahan dan sastera bahasa.

Pengarang memetik Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam Kitab Tafsir al-Kabir. Beliau menyatakan, selain Al-Quran, Injil juga banyak menggunakan perbandingan. Antara yang digunakan termasuk, antah, biji sawi, anak batu dan sebagainya.

Quran dan Sunnah pernah menyamakan manusia dengan kera, anjing dan babi.

Berdasarkan penelitian saya secara rambang, Al-Quran dan hadith banyak sekali menggunakan kaedah perbandingan ini. Antara beberapa perbandingan yang saya temui termasuk biji sawi, anak panah, tikar, lubang biawak. Bahkan terdapat perbandingan yang sangat ekstrim dengan membandingkan manusia seperti kera, babi dan anjing. (Baca himpunan analogi yang saya temui. Klik)

2. Perbandingan dalam budaya Melayu

Khazanah sastera Melayu juga tidak kurang kaya dengan analogi dan perbandingan. Antaranya :

diam ubi berisi, diam besi berkarat

– bagai aur dengan tebing

jangan bawa resmi jagung, makin berisi mak

in tegak

3. Faedah dan kepentingan

Padi, biji sawi, kurma dan kasturi antara tumbuhan yang sering digunakan sebagai analogi dalam Quran dan Sunnah

Antara tujuan utama penggunaan analogi ialah untuk mendekatkan

gambaran sesuatu kepada pemikiran manusia. Gambaran yang jelas akan memberi lebih kesan emosi.  Contohnya :

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya“.  (QS al-Baqarah : 261)

Manakala tujuan-tujuan lain termasuk :

– Mengasah upaya berfikir dan berfikir secara kreatif

– Mengemukakan idea yang banyak dalam bentuk yang ringkas, contoh :

Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?” (QS Hud : 24)

– Menjaga adab dalam perkara yang peribadi dan memalukan, contoh :

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (QS al-Baqarah : 187)

Ucapan dan tulisan masa kini mengabaikan analogi/perbandingan

Menggunakan analogi/perbandingan adalah sunnah Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw. Bahkan ia menjadi metod yang sering digunakan dalam menyampaikan dakwah.

Sayang sekali metod ini diabaikan baik dalam penulisan atau ucapan pendidik dan pendakwah hari ini.

Tulisan dan ucapan sebahagian besar dari mereka ‘flat’ dan mendatar. Ianya dipenuhi dengan fakta baku dan statistik, bagi yang (kononnya) mahu ilmiah. Di satu sisi yang lain pula memuatkan cerita-cerita dongeng yang diragui kesahihahnnya, demi menari perhatian (keredhaan pendengar/ pembaca).

Saya juga sedang membaiki kualiti tulisan saya dengan menerapkan teknik analogi’perbandingan. Semoga beroleh manfaat.

2 Komen »

  1. […] Mari sama-sama kita kaji. Baca rebiu di encikbaca. […]

    Ping balik oleh Buku : al-Amthal dalam al-Quran « Mohd Riduan Khairi — Januari 4, 2010 @ 3:31 am | Balas

  2. harap dapat kongsi maklumat berkaitan mathal yang saudara kaji…terima kasih

    Komen oleh nurul — Januari 12, 2010 @ 4:45 pm | Balas


Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

%d bloggers like this: