Mari baca

Januari 2, 2010

30 Tips Individu Berpengaruh

Filed under: Bisnes & Kewangan — Mohd Riduan Khairi @ 4:23 am
Tags:

Zamri Mohamad

Penulis : Zamri Mohamad & Haeqal Zulqarnain

Penerbit : Pts Publication 2009

Beli di Bookafe. Klik.

Zamri Mohamad tidak memerlukan pengenalan. Penulis muda ini mula menempah nama melalui buku pertama beliau yang ‘bestseller’, “77 Tips Melembutkan Hati Lelaki”.

Kali ini, beliau bersama penulis baru Haeqal Zulqarnain yang menekuni topik pengaruh melalui tokoh sejarah Islam.

Beberapa bahagian menarik :

1. Kisah Nabi Allah Yusuf dak keluarganya.

2. Kisah Nabi Muhammad bertemu budak lelaki bernama Addas sekembalinya dari Thaif. Gaya pengungkapan cerita ini persis kuliah yang disampaikan oleh Dr Mohd Asri.

Selain itu, dua pengarang ini membawakan contoh-contoh dan teladan dari kisah-kisah inspirasi dari Eropah dan Barat.

Saya lebih teruja mengambil iktibar dari tokoh Islam.

Khazanah intelektual Islam

Pakar-pakar bahasa dan tamadun Melayu seringkali menegaskan bahawa ‘khazanah ilmu Melayu’ antara yang terbesar. Bahkan ada bukti menunjukkan ia lebih besar dan awal berbanding khazanah ilmu @ sastera Inggeris.

Saya pula meyakini bahawa khazanah ilmu Islam jauh lebih besar dan kaya berbanding semua tamadun lain.

Bandingkan mana-mana karya besar Barat atau Eropah dengan buku-buku tulisan Ibn Taimiyah (Majmu’ al-Fatawa sahaja 32 jilid)  atau anak muridnya Ibn Kathir (dua karya besarnya Bidayah wan-Niahayah dan takfsir al-Azim) . Baik dari sudut timbang kilo mahupun ketebalan, belum tentu ada.

Dan hanya lewat tulisan, mereka membina pengaruh yang sangat besar. Semoga kajian buku ini dapat dilanjut-kembangkan lagi.

Tinggalkan Komen »

Tiada komen.

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: